Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday, 24 August 2011

Tong-gi-la-ngot

    " ama.."
   " hoo..."
   " ontong pogi diti kayu do diia eyo..nu to ngaran diti?..suai-suai kopio no kosingudan dau.."
   " okuro-kuro kosingudan..? "
   " miabal do tonggilangot..outong..tayi do manuk.."
   " hahaha...kayu do tongilangot.."

    Aku masih ingat perbualan itu. Aku memakai gaun berbunga-bunga ketika itu..dan serasanya, masa itu aku begitu selekeh sekali...almaklum..budak kampung..

   Aku bertanyakan pada ayah, tentang nama sebatang pokok renek yang 
mempunyai banyak dedaunan kecil-kecil. Dia mengatakan pokok renek tersebut adalah pokok Tonggilangot (pokok Tahi Ayam).

   Daun pokok ini nampak biasa sahaja,banyak - halus-halus..tetapi, apabila diambil daunnya lalu diramas..dicium..Eweekkk... macam Tonggilangot. 
( Tonggilangot- Spesis tahi ayam yang berwarna hitam legam dan serasanya paling bau di dunia..!)--Busuk..!! busuk yang susah sangat hilang..

  Inilah juga senjata kami masa budak-budak time main kejar-kejar. Kawan yang sudah meramas-ramas daun pokok ini, adalah orang yang ditakuti kerana dia akan mengelap tangannya yang busuk itu di muka kita terutamanya di hidung..ndaa kau..! haha....   

   Orang-orang di perkampungan Rungus di sini, menggelar pokok renek ini sebagai " Tontut Palanuk" ( Kentut Pelanduk )..

   Apabila batang pokok renek ini diambil dengan daun-daunnya sekali, dan di letakkan di atas nyalaan api,ianya akan mengeluarkan bunyi-bunyi halus Krikk..krikk..krikkkkk..krikk.. daunnya akan terbakar dan mengeluarkan cahaya yang berkilat-kilat...( umpama bunga api..)

  Waktu petang apabila siap membersihkan halaman rumah..pokok inilah yang akan kami bakar bersama longgokan daun-daun kering. Hasilnya.. kami akan dapat melihat percikan bunga-bunga api ...FREE...Tidak perlu membeli bunga api di kedai Tokeh Cina...

pokok tonggilangot



--------------------naayi.

No comments:

Post a Comment