Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday 14 September 2016

Kek Pisang (versi guna banyak pisang)

Biasanya aku rujuk resipi apabila membuat sebarang kek termasuk kek pisang.  Hari ini aku menyumbangkan satu resipi kek pisang kepada En Google.  Resipi ini menggunakan pisang yang banyak..bukannya apa cuma bekalan pisang di rumah terlalu banyak..lagipun resipi kek pisang yang saya ada menggunakan sedikit pisang sahaja...sayang pisang fresh dari ladang tidak habis..di buang begitu sahaja..( bukan sekali dua sahaja pernah membuang pisang)...sayang peluh loukungku tercurah ketika menanam pisang-pisang kami.. kali ini..biar kek pisangku kaw rasa pisangnya;

Cawan, mangkuk, sudu yang digunakan. (Kek dlm kuantiti yg banyak yaa..)

Pisang hijau



Resipi Kek Pisang;

Pisang ( 2 mangkuk dipotong-potong)
1 cawan gula pasir
8 biji telur A
1 1/2 cawan minyak masak 
3/4 cawan air
6 cawan tepung
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
2 sk esen (terpulang esen apa..)
1 cubit garam

Cara-cara;
1.  Blend pisang + soda + garam + air
2.  Blend telur + gula + esen
     * tuang bersama dalam satu bekas
3.  Campur minyak masak - putar perlahan
4.  Masukkan 3 cawan tepung, 1 st baking powder - putar perlahan
     Tambah 3 cawan tepung, 1 st baking powder - putar perlahan.  Pastikan sebati.
5.  Masuk dalam loyang yang sudah dioleskan minyak dan dialaskan dengan kertas minyak.
6.  Bakar sehingga masak dgn kepanasan 150ยบ C     
     ( Pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 9 minit )
    
 ...ngam untuk kupi-kupi..tidak melekit..kurang manis.

Nota;
Berdasarkan pengalaman saya;
1.  Kalau rajin menapis tepung bersama baking powder..struktur kek lebih mantap.
2.  Demikian juga dengan cara memutar.  Jika memutar sehala, lompang-lompang udara dalam kek akan lebih baik/kemas.  (kurang ruang-ruang kosong yang besar-besar.  Udara yang terperangkap semasa memutar membuatkan kek itu naik..tidak bantat.
3.  Jika minyak digantikan dengan butter, kek lebih sedap.
4. Kek pisang ini lagi sedap jika dimakan beramai-ramai sambil minum2 kupi..ngehh..ngehh..      

Read more...
Read more...

Tuesday 16 August 2016

KISARAN JAGUNG

Zaman dulu-dulu di kawasan perkampungan, khususnya bagi kaum Rungus di Sabah, tiada mesin-mesin atau ciptaan-ciptaan canggih untuk memudahkan kerja-kerja harian sepertimana yang ada sekarang.  Generasi dahulu terpaksa berkarya kreatif dalam penciptaan alat-alat sendiri untuk digunakan bagi membantu mereka melakukan kerja-kerja harian, khususnya dalam hal mengisar jagung.

Beras agak sukar didapati apatah lagi dalam keadaan kemarau.  Justeru jagung merupakan bahan makanan sebagai alternatif menggantikan beras dan ubi.  Kadang-kala butiran jagung dicampurkan bersama beras untuk dimasak bagi tujuan penjimatan beras yang ada di samping penghasilan bahan makanan yang beraroma wangi dan menyelerakan.




Jagung perlu dikisar untuk menjadikannya butiran-butiran halus agar cepat ditanak dan senang pula dikunyah.

Alat 'Kisaran' yang sering digunakan pada suatu ketika dahulu, kini jarang sekali ditemui dalam keadaan yang sempurna.  Malahan bukan semua orang masih menyimpannya.  Hal ini disebabkan oleh faktor ekonomi khususny masyarakat berbangsa Rungus, semakin meningkat.  Mereka dengan mudah dapat membeli bahan-bahan makanan khususnya beras sebagai makanan ruji.

Saya bernasib baik kerana masih sempat melihat 'kisaran' ini secara live digunakan oleh generasi lama di satu kawasan perkampungan daerah Pitas.  Ternyata masih ada generasi lama yang menggunakan alternatif tradisional untuk mengisar jagung.

Walau bagaimanapun, jagung yang dikisar bukanlah untuk dijadikan makanan ruji, tetapi sekadar mengimbas kembali makanan yang pernah dimakan suatu ketika dahulu iaitu mencampurkan sedikit butir-butir jagung dengan beras untuk ditanak: beras dimasak dan di'langot' dengan butiran jagung.

Selain itu, lebihan jagung akan dikisar untuk kegunaan makanan haiwan peliharaan seperti ayam, malahan anjing.

Kisaran  jagung ini diperbuat daripada kayu.  Ianya seakan-akan batang kayu yang besar dipotong pada dua bahagian dengan masing-masing ketinggian pada 10'', di 'santak' (ditindihkan) antara satu sama lain pada bahagian kayu yang dipotong.

Kisaran jagung tradisional
Pada bahagian atas kisaran jagung,  dipahat bagi menghasilkan bentuk melengkung untuk memudahkan butir jagung melalui corong yang dibuat di tengah-tengah kisaran tersebut,  seterusnya terserak di antara lapisan kisaran atas dan bawah untuk dihancurkan.  Tuil yang bertindak sebagai alat pemegang kisaran digerakkan dalam pusingan bulatan lawan arah jam untuk membolehkan wujudnya geseran di antara kedua-dua bahagian kisaran untuk menghancurkan/ mengisar  jagung.

Pada bahagian kisaran tersebut bergeser, dibenamkan potongan-potongan besi yang bertindak sebagai 'gigi' kisaran untuk mengisar atau menghancurkan jagung.  Contohnya besi daripada kuali yang tidak digunakan di'reuse' untuk dijadikan 'gigi' kisaran.  Potongan-potongan besi tersebut dibenamkan mengikut susunan atau aluran tertentu yakni secara berpunca dari bahagian tengah.

Potongan besi dibenamkan pada kisaran jagung.



Semakin besar potongan kayu atau kisaran di bahagian atas, semakin baik ianya mengisar jagung kerana lebih banyak tenaga geseran terhasil untuk menghancurkan atau mengisar jagung.

Apabila kisaran ini digunakan, biasanya diletakkan di tengah-tengah bakul bulat yang disebut 'Raza' atau 'nyiru'.  Ini untuk memastikan butiran jagung yang keluar pada bahagian kisaran yang bergeser dapat ditadah.


Sedang mengisar jagung


Cara yang sama menggunakan Kisaran, diaplikasikan apabila mengisar padi, yakni memisahkan padi dengan kulitnya untuk menghasilkan beras.  Yang membezakan adalah 'gigi' kisaran iaitu benaman potongan-potongan besi tidak digunakan.  Bermakna perlukan kisaran khas untuk mengisar padi pula. 'Gigi' kisaran digantikan dengan alur halus yang dipahat secara bertumpu pada bahagian tengah padapada kedua-dua bahagian kisaran yang bergeser.  Padi yang dikisar perlu ditumbuk.  Ini dinamakan 'mongorigas'.  Hampas-hampas padi dibuang dan aktiviti 'mongorigas' ini dapat menghasilkan butir-butir beras yang berkilat, halus dan sedap dimakan ( tidak apahag' ).

Penutup.
Kisaran jagung mahupun kisaran padi biasa terdapat di rumah-rumah panjang suku kaum Rungus di Sabah pada suatu ketika dahulu.  Aktiviti mengisar jagung dan padi mengeratkan hubungan para penghuni rumah panjang dengan aktiviti mengisar sambil bercerita dan amalan saling tolong- menolong antara satu sama lain.
Kini, peralatan tradisional ini amat jarang sekali ditemui.  Kisaran merupakan satu lagi contoh karya tradisional yang kreatif daripada generasi lama dalam usaha mereka mencari alternatif bagi memudahkan kerja-kerja harian.

......................................end.


Terima Kasih untuk;
i) Gambar & video - Cikgu Jony Dodong
ii)Idea Penulisan - Cikgu Raymon Malupin,  Cikgu Juwi Jina dan Cikgu Johnny Mojuhi

GBU.

Read more...
Read more...

Monday 15 August 2016

Kg Melangkap, Kota Belud ( BANJIR LUMPUR )



Kg Melangkap, Kota Belud, 5 dalam 1 (Kg Melangkap Baru, Kg Melangkap Tiong, Kg Melangkap Tomis, Kg Melangkap Kapa, Kg Melangkap Neriou), yang terletak di lembah gunung Kinabalu, mendapat impak rentetan kejadian Gempa Bumi, 5.9 Magnitud pada 5.Jun. 2015.  Kejadian gempa bumi tersebut yang seterusnya diikuti beberapa siri gegaran cukup dirasai di beberapa buah tempat, terutamanya di Ranau.  Gempa ini, nyata membuatkan bumi Sabah cukup cemas dan trauma.

Keadaan Gunung Kinabalu sebelum dan selepas Gempa Bumi. ( Kredit kepada empunya gambar)

Sungai Panataran @ sungai Melangkap yang menjadi kebanggaan penduduk kampung,  kini tidak lagi seperti yang dahulu.  Seribu harapan, seribu tangisan dan doa dipanjatkan agar struktur sungai Panataran kembali semula seperti sedia kala.  Sungai inilah yang menjadi sebutan anak-anak kami yang diperantauan..yang memanggil pulang untuk bersama keluarga setiapkali menjelang cuti persekolahan...Sungai ini seakan mempunyai suara halus yang indah untuk memanggil kami berada ditebingnya..bermandi manda diairnya yang jernih..bersih..nyaman dan menyegarkan.

Gempa bumi yang berlaku, telah melonggarkan struktur batuan Gunung Kinabalu, yang akhirnya dibawa bersama aliran air dan diperhebatkan dengan lebatnya hujan yang berpanjangan.  Hujan inilah yang bertindak sebagai medium yang ampuh terjadinya banjir lumpur.

Kerosakan struktur batuan lembah Gunung Kinabalu selepas Gempa - ditinjau menggunakan drone. (Kredit empunya pictrs)

Tebing-tebing sungai terhakis, pokok-pokok tumbang di kiri dan kanan aliran sungai..menyapu segala macam objek-objek di sepanjang laluan air..dibawa bersama sebagai banjir lumpur yang pekat..deras..ngeri dan menakutkan.  Tiada apa yang tertinggal..tiada apa yang tidak berubah.

Pengalaman dasyat dan ngeri lebih kurang 2000 penduduk kampung Melangkap yang mengalami kejadian banjir lumpur..trauma dengan dentuman yang maha kuat dari arah sungai.  Batu-batu besar yang bergolekan..kayu-kayu balak yang bergeseran dan saling menghempap antara satu sama lain,  mengaumkan bunyi yang ganjil dan menakutkan.  Bunyi itu seakan memecahkan segenap tanah yang dipijak..seakan menerpa menghempap bumbung dan dinding rumah...seakan terbayang diri meronta-ronta melawan arus lumpur..lalu tenggelam..meninggalkan orang-orang tersayang...pedih dan terseksa.

Banjir lumpur yang disertai dengan simbahan air hujan,  mengalir deras dan kuat.  Menghanyutkan jambatan gantung, jambatan besi yang menghubungkan Kg Melangkap Baru dengan Kg Melangkap Tiong, Kg Melangkap Kapa dan Kg Melangkap Neriou, yang pada ketika itu masih dalam pembinaan menggantikan jambatan besi yang hanyut ketika banjir pada gelombang pertama banjir lumpur sebelumnya.

Sebuah homestay turut hanyut..tanam-tanaman di sepanjang kawasan sungai lenyap..tenggelam oleh aliran lumpur dan batang-batang kayu dan kayu balak yang dibawa dari hulu sungai..tiang elektrik tumbang, mengakibatkan penduduk kampung bergelap dan terpaksa melalui suasana malam yang menakutkan sehingga dini hari menjelang semula.  Segalanya terpaksa dilalui dalam panik, ngeri dan ketakutan yang berpanjangan.  Penduduk Kg Melangkap, khususnya Kg Melangkap Baru digesa untuk mencari tempat perlindungan di kawasan-kawasan tinggi, khususnya di Kg Melangkap Tomis.

Penduduk Kg Melangkap Baru berkumpul di kawasan tinggi. Cemas dan ketakutan.

Kg Melangkap yang terputus hubungan dengan pekan berhampiran iaitu Pekan Kota Belud, mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan dan air bersih. Aroma busuk air dari arah sungai membuatkan nafas menjadi sesak, tidak kurang sakit selsema kesan pencemaran udara dari sungai yang menghanyutkan segala sisa-sisa, kulit-kulit dan daun-daun kayu, malahan bangkai yang mereput.

Pihak JKR, Kota Belud sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan jalan utama yang menghubungkan Kg Melangkap dengan Pekan Kota Belud.
 


Terima kasih rakyat Sabah yang prihatin..pihak-pihak yang bertungkus lumus menguruskan bantuan berupa makanan dan air bersih kepada penduduk kampung Melangkap yang terjejas banjir.  Tahniah kepada kepimpinan Kampung atas usaha anda demi anak-anak buah.  Terima kasih segala bantuan kata-kata semangat dan dorongan untuk terus tabah menghadapi musibah ini..terima kasih tenaga yang disumbangkan..terima kasih doa-doa yang mengharapkan kesejahteraan penduduk kampung yang terlibat, pihak SSB, Pihak JKR..terima kasih kerana sentiasa prihatin dan berusaha menyegerakan kerja-kerja pembersihan jalan dan penyelenggaraan tenaga letrik. GBU.

Banjir lumpur yang melanda sungai Panataran, berlaku dalam beberapa siri gelombang.  Gelombang yang pertama pada 5/6 berlaku rentetan kejadian Gempa Bumi yang telah menggegarkan bumi Sabah.  Banjir pada tarikh ini, membawa bersama batuan dari hulu sungai khususnya dari Gunung Kinabalu.  Batu-batu dan lumpur memenuhi dan meratakan tebing-tebing sungai.  Selepas banjir, di Kosondoton Gembala, malahan di sepanjang sungai, batu-batu besar seakan disusun-susun untuk menghasilkan satu wajah baru bagi Sungai Panataran; ( Terima Kasih rakan empunya gambar )

Banjir Lumpur 5 Jun
 


Batu-batu besar seakan disusun-susun
Batu putih dari gunung..(kredit empunya gmbar..)



Aliran air berubah.  Sungai menjadi lebar, namun air sungai semakin menyempit, cetek.  Limpahan banjir lumpur meratakan tebing-tebing sungai serta merosakkan tanah dan tanaman penduduk kampung berhektar-hektar luasnya...digantikan dengan ketebalan lumpur hitam, coklat pekat dan timbunan pasir.  Lumpur ini apabila mengeras, sekeras lapisan simen.

Pada minggu-minggu selepas banjir, air sungai keruh dan berbau busuk.  Baunya menerawang di seluruh kampung dan mewujudkan suasana yang tidak selesa.

Aliran air sungai selepas banjir lumpur. Keruh dan busuk.


 
Aliran air yang semakin menyempit

Jambatan Gantung pada ketinggian asal.                                   Banjir lumpur. Deras dan kuat.                                                        
Banjir lumpur melanda lagi pada gelombang kedua dan ketiga ada 6.8.2015 dan 7.8.2015(Jumaat, Jam 7.30 pagi).  Banjir yang ketiga amat dirasakan dengan hanyutnya sebuah homestay, Jambatan bsi serta jambatan gantung (dekat gereja SIB Melangkap) .  Jambatan gantung ini digunakan oleh murid-murid ke sekolah. Sekolah terpaksa ditutup dan kelas UPSR diadakan di rumah persendirian dan rumah ibadat atas ehsan guru-guru yang prihatin.  Laluan ke pekan terdekat iaitu Pekan Kota Belud terputus.  Hubungan penduduk kampung dengan dunia luar terputus sama sekali;

 
Jambatan utama yang menghubungkan Kg Melangkap Baru dengan Kg Melangkap Tiong, Kg Melangkap Kapa dan Kg Melangkap Noriou; semasa banjir sebelum dihanyutkan banjir lumpur.

Di sini jambatan besi itu tersadai.
Homestay slps banjir pd gelombang pertama & sebelum hanyut pd bnjir terbesar.
Keadaan banjir di taman pelancungan (Pupukoton)

Banjir lumpur yang mengganas

Lumpur tebal memenuhi jalan.  Merosakkan kolam dan frasarana kawasan pelancungan.

Penduduk Kg memerhatikan jambatan utama yang masih dalam pembinaan hanyut.




Banjir Lumpur 7.8.2015. Banjir lumpur mula melimpah ke jalan raya utama.

Sayu dan pilu melihat....

SCREENSHOT GAMBAR TEMURAMAH BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG MELANGKAP BARU BERKAITAN BANJIR LUMPUR YANG MELANDA KG. MELANGKAP.


Sungai Melangkap Banjir Lumpur



MENYUSURI SUNGAI PANATARAN @ SUNGAI MELANGKAP...;

Tiba masa cuti persekolahan pada Disember 2015 selepas tragedi banjir lumpur, aku bersama keluarga menghabiskan cuti persekolahan di kampung.  Keadaan tidak lagi seperti dahulu.  Aliran air sungai sempit dengan pasir dan lumpur tebal yang mengeras di sepanjang tebing sungai. Anak-anak ku memandang sayu dan bertanya "bila lagi kita dapat mandi- manda di sini seperti dulu aa mama?"..sedih aku mendengarnya...aku pun berharap..semua orang berharap sungai Panataran pulih seperti sediakala.

Biasanya setiap kali kami balik kampung, menjadi satu kemestian untuk acara panggang-panggang di tepi sungai..dari tengahari hingga ke  petang.  Membawa segala keperluan memasak dengan menggunakan kayu api yang boleh didapati dengan mudah di tepi sungai;

Mengimbas kenangan..anak-anak buahku..

a) Kosondoton Somiar;
Berjalan-jalan disepanjang kawasan ini..inilah gambar yang dapat kuperhatikan;
Aliran sungai yang tersasar dari aliran asal. Airnya keruh dan busuk.
Lumpur tebal yang mengering di tebing sungai
Sejauh mata memandang

Menyusuri sungai di kosondoton Somiar. Sempat lagi kunu ambil gambar sendiri :D bersama orang2 yang ku sayang..


Mengusahakan tanah selepas banjir pertama
Terpaksa melalui lumpur yang tebal untuk melihat sisa-sisa tanaman..
Tanah...tanaman musnah selepas banjir terbesar pada 7 OGOS 2015

b) Kosondoton Gembala;

Meneruskan perjalanan hingga ke kosondoton gembala..;  

DAHULU dan KINI..penanda aras pada bentuk bukit..



Aras jambatan gantung yang asal dan selepas banjir.

Gate yang hampir tenggelam..


c) Kawasan Pelancungan







Berwajah suram....









Air sungai semakin bersih....


20 OGOS 2016




Si Yoyot..PEACE. (Gambar kredit to Bob)


Penutup;

Walau di mana sekalipun kita berada..kampung halaman tetap akan berada di hati.  Di sinilah kita dibesarkan..di sinilah tempat bersemadi segala kenangan manis sewaktu zaman kanak-kanak..semoga musibah banjir lumpur tidak akan berulang lagi..semoga sungai Panataran akan sejernih...bersih seperti dahulu...damai dan tenang.

P/s Terima kasih gambar-gambar kamu yang ku pinjam..hihi.. 
.................end.................


Read more...
Read more...