Gonsuri = undur-undur = Lion Ant..sama ja tu...
Aku dan kawan-kawan geram sangat melihat lubang Gonsuri di bawah kulung rumah..kami ambik straw lalu meniup lubang Gonsuri perlahan-lahan, dan akan kelihatanlah badan Gonsuri terserlah di dalamnya..kami gunakan ranting kecil untuk mengeluarkan Gonsuri dan dimasukkan dalam bekas...
Semakin besar dan dalam lubang atau sarang Gonsuri di atas permukaan tanah, semakin besarlah Gonsuri di dalamnya...lubang yang kecil-kecil biasanya kami tinggalkan sahaja kerana kami tidak mahukan Gonsuri yang kecil..
Selepas tu, kami akan pilih Gonsuri yang paling besar dan diletakkan di atas permukaan rata, dan di situlah kami usik-usik Gonsuri tersebut agar bergerak mengundur dan bermulalah Perlawanan Gonsuri sumunsuri..!
Perkataan Gonsuri dalam bahasa orang Dusun Kota Belud bermakna 'undur'. Dulu aku tidak tahupun yang sebenarnya Gonsuri ini apabila dewasa akan transform menjadi serangga..:D
Dalam kitaran hidup serangga undur-undur ini, undur-undur betina dewasa akan menetaskan telurnya di atas permukaan tanah...menjadi larva undur-undur/ Gonsuri dan akhirnya menjadi serangga..
" Tengok sini...ada banyak Gonsuri di dalam ni..saya kumpul sama si Umpung tadi.." |
Lubang/Sarang Gonsuri.. |
Gonsuri menarik makanan yang terjerlus dalam sarangnya.. |
undur..dan terus mengundur... |
Agresif bergerak.. |
Gonsuri dewasa.. |
....abiss...
No comments:
Post a Comment