'Bintorung' atau terung pipit dalam bahasa melayu, mungkin tidak ramai yang pernah memakannya..orang kampung di sekitar ku menetap, makanan ini cukup popular..dicampurkan dalam lauk 'linampan'..cukup memberi rasa yang lebih sensasi..hehe..
Masa aku mula-mula datang ke tempat ini, bintorung ini begitu asing sekali bagiku..apalagi memakannya..di kampung tempat asalku di Kota Belud, time aku masih berhingus lagi, kami biasanya mengambil buah bintorung itu untuk dijadikan peluru apabila main sopuk-sopuk..namanya pun aku tidak tahu masa tu..kami cuma memanggilnya tua timbak-imbak saja..:D.
Kali pertama aku dihidangkan masakan yang menggunakan bintorung ini di sini, aku menyisihkan sahaja bintorung tersebut di tepi-tepi piringku tanpa memakannya kerana tidak biasa dengan rasanya..tapi sekarang ehmm..suka pula aku makan bintorung ni..hehe...tiba-tiba sahaja..! macam over dos aku memakan sayur-sayur yang dijual dipasar..seleraku lebih terbuka kepada sayur-sayur yang biasa terdapat di kampung!
Orang kampung sekitar sini, memasak bintorung dengan cara membelahnya terlebih dahulu, tapi ada juga yang memasaknya bulat-bulat begitu sahaja..tapi ingat..pilih yang muda-muda dan nampak sihat sahaja, kerana terpilih bintorung yang tua, silap-silap ada giuk didalamnya..dah la tu keras pula..:D!
Bintorung siuk dimasak dengan menggunakan bilis atau bahan-bahan yang sewaktu dengannya..!.waktu ku masak bintorung ini kebetulan bilis di dapur habis..hehe..ke pekan untuk membeli bilis memakan masa hampir 2 jam..kalau begitu..beranti saja masak pakai bilis...haha...
|
Bintorung |
|
Lada putih |
|
Siap...! mari makan..! |
........
abis.
No comments:
Post a Comment