Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday 17 August 2011

Disimbah asid..

   Hari ini, 17 OGOS 2011,aku buka internet untuk baca berita. Pada tajuk pertama, hatiku tersentak dengan  satu berita tentang seorang lelaki, Mohd Raffie Abdul Latif,28 yang disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika berada dalam keretanya berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut Ogos lalu.

  Sebelum kejadian tersebut, mangsa pergi ke Jalan Tengku Abdul Rahman untuk membeli sepasang baju Melayu. Almaklum..dah nak raya..tapi begini pula kejadiannya..

  Mengikut penyiasatan yang telah dibuat, kes ini bermotifkan perasaan cemburu.

  Aduhaii...sadis sungguh!..kesian...

  Orang kampung seperti aku fikir, asid hanya berguna bagi penoreh-penoreh getah untuk membuat 'kepingan ' !

  Bahan tersebut telah disalah-gunakan oleh orang-orang yang tidak waras untuk melakukan perbuatan yang hina!..mereka meragut kehidupan orang lain..! dasyat.Tolonglah hentikan! 

  Kes seperti ini, bukan sekali dua sahaja berlaku, tapi semakin hari semakin menjadi-jadi pulak..haisshh..!

Disimbah asid

No comments:

Post a Comment