Kraf ini dipanggil Sa'up oleh orang-orang rungus. Bakul mengkuang ini kecik sahaja..ianya digunakan sebagai bekas untuk menyimpan benda-benda yang kecil seperti butang baju, pin, benang dan benda-benda yang sewaktu dengannya.
Aku yang memang tak reti menganyam kagum dengan kesenian si pembikin bakul kecil ini, dia menganyam 6 bucu di bahagian atas bekas ini. Dahlah tu, ada pula pasangannya yang merangkap penutup bekas .Ianya di gunakan oleh si pembikin Sa'up ini untuk menyimpan duit syiling. Penuh bekas ini dengan duit syiling olehnya. Melihat aku menatang dan memerhati bakul ini, sekejap membukanya, sekejap menutupnya balik, Si pembikinnya bertanya
" Kau sukakah?
" Ya..( kataku nda malu..:D), saya suka tengok bucu-bucu yang
dianyam di bahagian atas dan bawah bekas ini" kataku senyum-senyum.
" Kau sukakah?
" Ya..( kataku nda malu..:D), saya suka tengok bucu-bucu yang
dianyam di bahagian atas dan bawah bekas ini" kataku senyum-senyum.
Dia bingkas bangun, tidak lama tu, dia datang dengan 'korus-korus' (bahai) di tangannya,dia menuangkan duit syiling pada sa'up itu dan menghulurkan saup itu padaku.."naa..ambil lah..aku ni, kejap saja buat benda ni" katanya..
Hehe..siuknya..!
Hehe..siuknya..!
" sebenarnya benda ni ada dua, tapi si Osong sudah ambil satu,
..ini kau punyalah kalau kau suka" katanya..
..ini kau punyalah kalau kau suka" katanya..
" terima kasih..( sambil tersenyum kambing..)"
Sa'up ini diperbuat daripada daun tumbuhan yang dipanggil orang Rungus 'Boribi' iaitu mengkuang. Daunnya panjang berduri dan tumbuh subur di kawasan yang berair.
Daun Mengkuang yang ingin digunakan,dilayurkan di atas bara unggun api sehingga layu ataupun dikeringkan di bawah matahari sehingga ianya benar-benar kering. Selepas itu, duri pada mengkuang itu dibuang dan dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua bahagian.
Belahan daun itu kemudian dibelah sekali lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki. Untuk menghasilkan bahan anyaman yang lebih halus, daun mengkuang yang digunakan itu di ikat atau di pukul supaya mudah dilurut bagi melicinkan dan melembutkan daun mengkuang tersebut.Sa'up yang dihasilkan oleh si pembikin saup disini, tidak melalui proses 'dipukul' atau 'dilurut'.
Katanya lagi, kalau mahukan bekas yang laagi cantik, daun mengkuang ini diwarnakan..
" saya buat ni, ikut suka hati suka badan saja" katanya..
Selain daun mengkuang, daun pandan juga boleh digunakan untuk menghasilkan Sa'up ini.
Bukan semua orang berkemahiran membuat benda-benda sebegini( trmasuk aku..)..tu pasal aku kagum tu..malah dengan melihat sahaja hasil kraf orang, orang yang mahir sudah dapat membikin benda yang sama dilihatnya..! wahaii para penganyam..kamurang kreatif laa...!
------------------------------nopongo.
Bukan semua orang berkemahiran membuat benda-benda sebegini( trmasuk aku..)..tu pasal aku kagum tu..malah dengan melihat sahaja hasil kraf orang, orang yang mahir sudah dapat membikin benda yang sama dilihatnya..! wahaii para penganyam..kamurang kreatif laa...!
penutup sa'up |
pasangannya..! |
sepasang |
Sa'up |
No comments:
Post a Comment