Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Tuesday, 9 August 2011

Suatu Hari Di Kota Marudu...

Ramai orang..menjengkelkan..!
     Lepas sahaja sesi persekolahan pada sebelah pagi, aku bergegas ke Kota Marudu kerana ada urusan di kaunter BSN..
    Phulamakk...yoo...ramainya orang..! di luar orang berbaris macam keretapi..! di dalam pulak..bermacam-macam ragam dapat dilihat..almaklumlah..masa ini, time "terima  bantuan"..timing aku berurusan tidak sesuai..cukup malang..!..dah lah tu..urusan ku pula terpaksa kena tunda.... saya rasa pekerja BSN yang layan aku masa tu ada mengalami masalah fizikal dan mental..masam jak mukanya..siap meninggikan suara lagi..aku akan ingat muka hensem ko tu..! Dalam hati ku menyumpah seranah..! sial kau..!

Sedang "aramai tii"

     Kira-kira jam 4.00petang, aku duduk depan kedai Tong Guan..penat sangat rasanya..aku rehat sana kejap jaa...telingaku tertangkap suara-suara kuat orang sedang "aramai tii"..mereka duduk dalam satu bulatan dan ada botol-botol warna gelap ditengah-tengah mereka..entahlah..setiap kali aku lalu di kawasan ni..kompom ada sahaja pemandangan sebegini..!

Mengampai...!
"Magic Chair" di atas pokok
      Di belakang market More Chance, time-time petang sebegini, ramai peniaga berderet menjual sayur-sayuran dan ikan basah...ketika menuju ke tempat tersebut, aku memandang ke langit untuk memastikan apakah hujan akan turun tidak lama lagi atau sebaliknya..tapi mataku tersangkut pula dengan satu pemandangan yang agak menghairankan di atas pokok sana..sebuah kerusi yang pandai memanjat pokok...haha...

Sampin...!
       Waktu aku meninjau-ninjau ikan mana yang ku beli, aku terhenti sejenak melihat seorang remaja sedang menyiang ikan putih..tangannya lincah bermain dengan parang membuka isi perut ikan tersebut..kemudian dipotong-potong menjadi bahagian kecil sebelum dijual dengan harga RM12 sekilo..yang ini aku selalu beli..tinggal dibersihkan, dipotong menjadi bahagian yang lebih kecil lagi lalu dimasak...tidak perlu susah-susah..hehe..salute aku dengan remaja ini...

     Separuh daripada hari ku di Kota Marudu, berakhir jam 6.15petang...kembali semula ke rumah memakan masa lebih kurang 2 jam setengah...penat...!

No comments:

Post a Comment