Masa tu, time buka Bombon di Kampung..ertinya masa untuk penduduk kampung menangkap ikan di sungai, setelah sekian lama ikan-ikan dibiarkan beranak pinak bercucu cicit...
Dahulu, orang-orang kampung bukannya tahu apa itu esbok or freezer. Dan bagaimana mereka memastikan agar bekalan makanan mereka sentiasa tersedia untuk jangka masa yang panjang ialah dengan cara membuat 'sambaat', 'pinongian' atau mengeringkan sahaja hasil buruan atau dapatan mereka. Orang dulu-dulu memang kreatif punya!
Sehingga sekarang, walaupun setiap isi rumah sudah mempunyai peti ais atau freezer, tapi amalan membuat sambaat, pinongian masih diteruskan untuk mencari satu kelainan dalam rasa makanan berbanding makanan yang biasa di makan setiap hari.
Di kalangan orang-orang Dusun di area Kota Belud,Sambaat yang dimaksudkan ialah pekasam..ianya boleh diperbuat daripada daging, ikan, sayur buah seperti nangka, betik dan sebagainya. Ada juga orang mamanggilnya sebagai 'Daat' sahaja.Ianya merupakan makanan tradisi orang Dusun. Makanan-makanan yang sewaktu dengannya adalah 'pinongian', 'Bosou', dan juga 'sinamu' bagi orang Rungus.
Yang bestnya, aku berpeluang mengambil gambar orang sedang
membuat 'sambaat do sada'( Pekasam Ikan )...!;
Bahan Asas Membuat Sambaat;
a) Ikan (mentah)
|
Buangkan lebihan air pada ikan tersebut! |
Ini adalah pelbagai jenis ikan air tawar..ada ikan botuan,lumpis,rokot,sada-sada,turongou dan gipan juga!
Ikan-ikan ini hanya hidup di air yang jernih sahaja..dalam kolam2 buatan atau dalam aquarium, spesis ikan ini tidak akan hidup lama!..Ikan-ikan ini adalah bahan asas sambaat yang akan dibuat..'sambaat do sada'!
b) Buah Kepayang;
|
Buah Kepayang dibelah dan di ambil isinya. |
|
di potong halus-halus.( atau ditumbuk/diblender) |
c) Lada, Tuhau, Halia dan isi Tomboutong;
|
Penambah rasa dan wangi sensasi! |
d) Buah Betik;
|
dihiris-hiris, tidak perlu dikupas kulit- betik mentah laagi bagus..! |
e) Nasi ( sebagai gagau..! )
|
sejukkan dahulu.. |
Complete Ingredients;
|
Sada( Ikan), Tapayas(betik), Takano(nasi),Pangi(kepayang), Layo(halia),Lado(lada),Tomboutong(daun bawang), Tuhau, Silawon(garam) |
Steps membuat Sambaat;
|
1. Campurkan garam secukup rasa pada ikan |
|
2. Kacau campuran garam dan ikan sehingga sebati | |
|
|
|
3. letakkan ikan bercampur garam di atas nasi |
|
4. Gaulkan sehingga sebati nasi dengan ikan bergaram tadi. |
|
5. ..seperti ini. |
---break---------> orang kampung sedang membuat sambaat !
|
6. Campurkan pula betik yang sudah dipotong-potong ke atas campuran nasi dan ikan bergaram. |
|
7. gaulkan. |
|
8. Tambahkan lada, tuhau,tomboutong dan halia |
|
9. --> (Seni Mengaul) Gaulkan lagi sehingga sebati. |
|
10. Campurkan bahan pengawet iaitu Pangi( kepayang) ke atas campuran tadi. |
|
11. Seni menggaul lagi!. Gaulkan sehingga sebati. |
|
12. Tambahkan garam secukupnya untuk semua campuran bakal sambaat tadi. |
|
bergaram..jangan lupa gaul sekali lagi..! |
|
13. Bubuh sedikit pangi yg sudah dihancurkan di dalam bekas sebagai alas campuran tadi. |
|
14. Bahh..kasi masuk tu bakal sambaat. |
|
15. pangi ditaburkan di bahagian atas sambaat.. |
|
ini macam... |
|
Sudah siap... |
|
dalam dua bekas.. |
|
yang satu tu pula adalah sambaat nangka... |
Sambaat atau pekasam tersebut, dibiarkan selama seminggu sebelum dimasak atau best dicampurkan dengan pucuk ubi kayu sebelum dimakan. Rasanya masam masin..! kalau time2 cuti balik kg, aktiviti makan-makan, panggang-panggang di sungai merupakan satu aktiviti yang wajib bagi kami sekeluarga..
salah satu makanan yang mesti ada ialah sambaat...:D..
Kepercayaan orang tua-tua tentang membuat sambaat..
Bukan semua orang pandai membikin sambaat yang mempunyai rasa sambaat- asam dan beraura..:D . Ini bergantung kepada tangan si pembikin, kalau si pembikin sambaat mempunyai 'tangan yang bagus', sambaat yang dibuat akan menjadi..malah boleh mereka jual sambaat mereka kepada para peminat sambaat, tapi jika sebaliknya si pembikin 'tidak mempunyai tangan yang bagus' sambaat mereka akan dibuang sahaja kerana tiada sesiapapun yang sanggup melihat sambaat yang dihasilkan apalagi memakannya- busuk...!..dari jauh dah tercium bau busuk sambaat..! :D..haoo liaoo...!
....." Toid, posuangon ku moti do hid blog ku ti gambar2 diti kaa..."
" hoo..? nunu hoi..?
" Posuangon kud hid blog ku.., hid intenet.."
" Uu...saimilo dia..posuangon nopo.."
" Nunu tajuk do kangaam.."
" 'Sambaat Do Sada' kanto.."
" baa...."
.......to be continue...( sambaat sedang masak dlm bekas..)
|
ini dia sambaat..sudah siap! |
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Special thank to:
1. Toid ( minomonsoi diti sambaat )
2. Uncle Pilang Ransab ( mininahak diti sada do sinambaat..! )
3. Si Umpung ( yang pigi mengambil tapayas )
Bah aramai tomod oh ponuntudukan momonso "bosou" nga ogumu bogia cara do momonsoi idi...
ReplyDelete