Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday, 24 August 2011

Tompipiris

     Tompipiris adalah salah satu spesis lebah selain daripada Pomosuvon, Surun, Potizukan, Lakas, Mantai-rantai, Soputan, Poniningot dan banyak lagi..

      Saiz badan Tompipiris agak kecil berbanding spesis lebah yang disebutkan di atas. Kalau menyengat pun, sengatannya tidaklah berapa pedas dan merbahaya berbanding sengatan spesis lebah lain apabila menyengat..tapi bolehlah...bengkak juga jika kena penangan sengatan Tompipiris..

    Spesis lebah ini amat minat menumpangkan sarangnya di dahan pokok yang berbunga, mungkin kerana dekat dengan makanan.. 

    Sarang Tompipiris agak kecil, walaupun kecil, ianya mengandungi madu walaupun tidaklah banyak..madu inilah yang digemari kanak-kanak untuk dicicipi..dapat sahaja sarang tompipiris yang ada madu, sarang tersebut dihisap-hisap untuk merasa madu oRiGinal..!! baby Tompipiris yang masih dalam keadaan 'ulat' pun boleh dimakan..rasanya lemak..:D

   Untuk mendapatkan madu Tompipiris, ranting di mana sarangnya melekat dipatah kan, kemudian larilah sejauh mungkin sambil menghayun-hayunkan sarang yang dicuri sehingga Tompipiris penat mengejar..yang tinggal dalam sarang adalah madu ataupun ulat ulat Tompipiris...! Taktik ini biasa di lakukan oleh budak-budak kampung..!

  Pada dahan yang agak keras pula seperti di pelepah sawit, sarang Tompipiris biasanya dibakar oleh orang dewasa sehingga Tompipiris jatuh satu persatu..cara ini memerlukan pergerakan yang pantas untuk menghalang Tompipiris escape dan menyengat si 'pencuri'...

sarang Tompipiris....

saiz sarang Tompipiris agak kecil...

 ...THE END.

terima kasih daun keladi kepada;
1.cikgu Mocthar Migit
2.cikgu Jumon Masanun
(..memberitahu nama2 spesis lebah..) 

1 comment:

  1. Berapa lama kah masa yang diperlukan oleh tompioiris untuk membuat sarang seterusnya menghasilkan madu? Saya Ada nampak tompioiris yg berkumpul di pelapah sawit. So , saya takut saya akan terlepas menikmatinya sebelum madunya kering. Sebab banyak kes saya ambil sarang tompioiris tetapi ianya telah kering. Terima kasih.

    ReplyDelete