Majlis Perasmian dan Penutupan Kem Motivasi tersebut diadakan pada 29 Julai dengan menjemput En Halim Bidin, Pegawai Pelajaran Daerah Pitas bagi menyempurnakan majlis ini. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke majlis ini sebagaimana tahun lepas kerana terlibat dengan komitmen lain.
Guru Besar SK. Pantai sendiri, akhirnya mengambil alih perasmian majlis tersebut yang mana dihadiri lebih kurang 70 orang termasuk murid-murid Tahun 6 dan para ibubapa serta guru-guru.
Dalam ucapan beliau, beliau menekankan tentang pentingnya kerjasama para guru dan ibubapa bagi memastikan kecemerlangan anak murid sekaligus beliau menyentuh tentang kehadiran murid-murid yang boleh diperbaiki lagi kerana ini akan membantutkan pencapaian peratus dalam peperiksaan UPSR SK Pantai secara keseluruhannya.
Gambar bercerita....;
mogondung..:D |
Makan tengahari |
No comments:
Post a Comment