Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Monday 1 August 2011

Program Pemantapan Projek Pertanian Tanaman Sawit.


     Hari ini, 28 Julai 2011, aku menghadiri satu majlis di dewan terbuka Kg Palapag, Pitas, yang dinamakan Program Pemantapan Projek  Pertanian Tanaman Sawit.

    Majlis tersebut dijangka bermula seawal jam 10.00pagi, namun disebabkan faktor jarak dan 'timing' majlis tersebut diadakan, ianya meleret-leret bermula agak lewat daripada masa yang ditentukan.

   Kehadiran di mata ku kurang memuaskan, 20% peserta projek tidak dapat menghadirkan diri. Walau bagaimanapun, keadaan ini berubah pada sebelah petangnya..dengan kehadiran supporters acara-acara selepas majlis!

     Wakil Pegawai Pertanian Daerah Pitas En Morunting Masauviah menyatakan penumpuan kepada satu projek sahaja membolehkan seseorang individu itu mencapai hasil yang lebih baik berbanding terlibat dalam banyak projek atau aktiviti tetapi tidak dapat mencapai tahap pendapatan yang dibanggakan.

En Janiun Katulai-wakil Pengerusi Penganjur
    
        Beliau menyatakan, sebarang permohonan bagi penambahbaikan program yang ada sekarang, hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pertanian Daerah Pitas.Ini dinyatakan beliau ketika meenjawab dan mengulas ucapan wakil Pengerusi penganjur En Janiun Katulai yang mengutarakan tentang permohonan perluasan kawasan penanaman Sawit serta pembinaan sistem saliran yang baik.

      Timbalan Pegawai Pertanian Daerah Pitas, En Larry James, bersama rombongannya tiba agak lewat kerana menghadapi masalah mencari arah destinasi ke Kg Palapag. Setelah di'dera' menari tarian Mongigol, beliau diiringi oleh AJK Penganjur Program melawat dan meninjau Tanaman Sawit Kg Palapag.

     Acara rasmi berakhir kira-kira jam 1.30pm.
 
  SEmPaT SnaP sediKiT GamBAR seMaSa Majlis di DeWan;                                
                         
           

       

       
       
           
          
       
   
               
       
       
       


   


MAKAN-MAKAN IKUT BARISAN..!
      Sehingga majlis berakhir, aku masih tercari-cari, tertanya-tanya, ternanti-nanti, apakah program pemantapan yang dimaksudkan. Mungkinkah sekadar mengenang kembali  kertas kerja yang didraf ? yang telah diambil peluang sebaik mungkin oleh orang-orang tertentu sahaja? Mungkin fikiranku keterlaluan jika memikirkan sepatah kata iaitu GIMIK.  

EXTRA;
                    
                                                                  

                                   

                                
                                
                                       

                

                     
    

No comments:

Post a Comment