Sebelum si nenek meninggal dalam usia tuanya 98 tahun, dia sempat meninggalkan 'sesuatu' kepada cucunya. Si nenek masih kelihatan sihat dan bertenaga ketika 'sesuatu' itu diserahkannya.
Dia berdiri lama menunggu keadaan menjadi tenang, sebelum memanggil cucunya dan isteri kepada cucunya datang kepadanya. Almaklum, pada ketika itu agak ramai juga orang berkumpul di kawasan tempat perkumpulan mingguan pada ketika itu.
Dengan suara yang naturally terketar-ketar kerana faktor usia, dia menyatakan botol kecil bekas ubat rumah sakit itu mengandungi air campuran tujuh jampi yang dia buat. Dia kata, dia membuat dan memberikan air campuran tujuh jampi tersebut sebagai tanda 'Blessing' akan kehidupan mereka sekeluarga.
'Blessing' dari segi kesihatan,cara hidup, keberadaan dan kemurahan hati. Dia kata, sebelum meninggalkan rumah,gunakan air tersebut untuk membasahkan tapak tangan lalu disapukan pada muka dan jangan dibilas, biarkan dia kering sendiri.
Pantangnya: Jangan dilangkah botol yang mengandungi air campuran tujuh jampi tersebut..!
'Air Campuran Tujuh Jampi'...sebagai kenang-kenangan daripada nenek yang penyayang, hampir 2 tahun kepemergiannya, sehingga kini botol berisi air tersebut masih lagi disimpan..semoga si nenek bersemadi dengan aman..
........................................................................................................... DOT.
No comments:
Post a Comment