Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Thursday, 11 August 2011

Feng Shui nombor kereta

     Tatkala sebuah kereta bernombor xx 9980 x parking untuk diperbaiki kerosakannya,seorang makenik berbangsa cina berkata.." ayooo...lu punya no keleta baguss woo..."
   (hehe..ya ka..?) kenapa bagus..?
   " Itu Feng Shui Cina aarr...ada no 8, ada no 9, bagus maaa...."
   " Apalah kunu ertinya? "
   " Lama-lama kaya loo..."
    " aikk...ya ka..? bagus kalau jadi itu macam.."
   " ya lor..."
   ( hiss..kereta rosak..minggu lepas pun rosak..yg bulan lepas pun rosak juga..kalau roosak saja.abis lui bikin kasi bagus...apamacam bole kaya oo....! ) 
    diam.
    " mana losak..? "
    " begini...bla..bla..bla...."
     tuk..tukk..tuk...ngrrrr..chusss...tokk.tok....
    "satu latus lua pulu linggit loo..."



   Percaya atau tidak..dalam perkiraan Feng Shui Cina, setiap nombor mempunyai maknanya yang tersendiri. Perkara yang menentukan samaada sesuatu nombor itu bagus atau sebaliknya, adalah berdasarkan sebutan nombor tersebut yang dalam bahasa kantonis menyerupai perkataan yang membawa makna tertentu. Sebagai contohnya, no 8, disebut 'Fa' dalam bahasa kantonis yang bermaksud kekayaan, 9 bererti lama/kekuasaan. Nombor malang yang sentiasa dihindari adalah no 4, sebutannya dalam bahasa kantonisnya bermaksud mati/miskin/susah.

  Kadang-kala, terdapat bangunan yang tidak mempunyai nombor lif 14 kerana diganti dengan no 13A..mungkin itulah penangan Feng Shui..! 

  Namun itu kepercayaan orang-orang cina, menyandarkan kepada 5 elemen utama untuk mewujudkan keharmonian yakni elemen air, api, bumi, kayu dan besi. 

Mengikut Numerologi Cina lagi, setiap nombor mempunyai elemennya tersendiri.Angka 1 mempunyai elemen Air.
Angka 2, 5 dan 8 – Bumi.
Angka 3 dan 4 – Kayu.
Angka 6 dan 7 – Besi
Angka 9 - Api.
Angka 8 yang mempunyai elemen bumi bermaksud memberikan kestabilan serta meningkatkan keazaman untuk mencapai kejayaan


  Tidak salah untuk mengongsikan tafsiran nombor-nombor dalam perhitungan Feng Shui ini..:D;
1 - satu,saya,diri sendiri
2 - mudah,senang
3 - mendapatkan,hidup
4 - mati,miskin,susah
5 - tidak akan,tidak pernah
6 - akan,menuju
7 - pasti,tepat,ketuhanan
8 - kaya,makmur
9 - lama,panjang,kuasa


    Gabungan nombor dan maksudnya dalam perkiraan atau tafsiran Feng Shui;
168 - saya akan makmur/kaya
54   - tidak akan susah
78   - pasti kaya/makmur
998 - lama lama kaya
..............Ya ke..? :D


    Nombor yang dijauhi;
34 - hidup susah/miskin
24 - mudah mati
58 - tidak akan makmur
77 - banyak cakap
64 - akan miskin


Cerita Nombor Kereta
      ..Haissshhh....no kereta xx 9980 x..nombor..oh nombor..nombor kereta tersebut adalah no kereta pertama..( kereta buruk jaa..)..bukan di booking, dapat nombor tu secara tidak sengaja....sekali tu, bila ada kemampuan nak dapatkan satu lagi kereta, kira nak dapatkan nombor yang sama,tujuannya spy tahu kereta tu empunya siapa..:D saja la..booking nombor ja,RM450 dikeluarkan, malangnya, tiga hari lepas tu, dealer kereta kata, nombor tu sudah dibida oleh orang lain di JPJ dgn harga bidaan RM1000..pehhh..! beranti jak nak up
      Mungkin orang yang membida nombor tersebut mempercayai perkiraan feng shui sebab itulah dia sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan nombor yang dikehendakinya.
      Last-last2 dpt no lain xx9880x.
      xx9880x pun xx9880x la...kalau cina..feng shuinya pun ok juga..hehe...


Nombor 666 dikaitkan dengan pembawa malang/nombor syaitan




Gambar: Lihat Nombor Pendaftaran;



Ngam..!

 ........................DOT.

29 comments:

  1. Memangla terbakar sbb blom d cerak pakai ayam kampung....

    ReplyDelete
  2. Klu no 8679 ok tak..atau 7986

    ReplyDelete
  3. aku punya ajs 3124 dan kerata pertama aku JNG437 TOTAL LOST

    ReplyDelete
  4. klau no 8573 @ 7385 ok kah

    ReplyDelete
  5. 7666 sy pakai memang terguling bisnes saya..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kalau ikut daripada maksud yg atas, makna dia, hidup kaya, kaya selamanya. Okay la tu

      Delete
  7. Replies
    1. No yang ni kalau ikut maksud yang atas, saya tak sampai hati nak bagitau. Boleh baca maksud dia kat atas tu.

      Delete
  8. kereta pertama aku 6764. kene tipu, kene langgar lasat-last total lost.

    ReplyDelete
  9. 1112,1211,1111,7878,8787,8778

    ReplyDelete