Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday 31 August 2011

Gonsuri

     Gonsuri = undur-undur = Lion Ant..sama ja tu...

    Aku dan kawan-kawan geram sangat melihat lubang Gonsuri di bawah kulung rumah..kami ambik straw lalu meniup lubang Gonsuri perlahan-lahan, dan akan kelihatanlah badan Gonsuri terserlah di dalamnya..kami gunakan ranting kecil untuk mengeluarkan Gonsuri dan dimasukkan dalam bekas...

    Semakin besar dan dalam lubang atau sarang Gonsuri di atas permukaan tanah, semakin besarlah Gonsuri di dalamnya...lubang yang kecil-kecil biasanya kami tinggalkan sahaja kerana kami tidak mahukan Gonsuri yang kecil..

   Selepas tu, kami akan pilih Gonsuri yang paling besar dan diletakkan di atas permukaan rata, dan di situlah kami usik-usik Gonsuri tersebut agar bergerak mengundur dan bermulalah Perlawanan  Gonsuri sumunsuri..!

   Perkataan Gonsuri dalam bahasa orang Dusun Kota Belud bermakna 'undur'. Dulu aku tidak tahupun yang sebenarnya Gonsuri ini apabila dewasa akan transform menjadi serangga..:D 

   Dalam kitaran hidup serangga undur-undur ini, undur-undur betina dewasa akan menetaskan telurnya di atas permukaan tanah...menjadi larva undur-undur/ Gonsuri dan akhirnya menjadi serangga..


" Tengok sini...ada banyak Gonsuri di dalam ni..saya kumpul sama si Umpung tadi.."

Lubang/Sarang Gonsuri..

Gonsuri menarik makanan yang terjerlus dalam sarangnya..



undur..dan terus mengundur...

Agresif bergerak..


Gonsuri dewasa..

    ....abiss...


Read more...
Read more...

Friday 26 August 2011

tambang..sangau do tambang

     Sangau do tambang..A.K.A tanduk payau. Sabahan mengenali rusa sebagai payau
     Orang-orang kampung memburu payau untuk dagingnya...kalau si anu tidak tembak, si polan yang akan tembak.. saling tidak mengalah..siapa campin dia dapat. Larangan perhilitan mengkategorikan payau sebagai binatang yang dilindungi umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..

   Setiapkali berjaya menumbangkan satu, salah satu anggota badan payau yang akan disimpan ialah tanduknya. Bukan semua payau memiliki tanduk. Hanya payau jantan sahaja. Semakin naik usia si payau, semakin banyaklah cabang-cabang pada tanduknya...dan semakin liat pula dagingnya..:D. 

  Selain mengambil tanduk sebagai kenang-kenangan 'ke-Champion-an" si pemburu, ianya juga dijadikan sebagai hiasan dalam rumah..hiasan yang "RaRe"..bukan semua orang memilikinya!

  Kadang-kadang tanduk tersebut dilekatkan pada patung kepala payau yang dibuat sendiri. Mengukir kayu bulat sehingga nampak seiras muka payau yang agak tirus memerlukan kemahiran. Di sekitar sini, upah yang diminta oleh si pengukir adalah rm80 (harga tahun 90an). Bagi orang yang kreatif, patung kepala payau tersebut malah dilukis dan diwarnakan sehingga saling tak tumpah dengan kepala payau sebenar.
  
   Tengkorak payau dipakukan terus pada dinding,hal ini agak sukar..paku itu yang terpaksa ditukul sehingga ianya bengkok untuk membolehkannya menahan tengkorak dan tanduk tersebut daripada jatuh. Cabang-cabang pada tanduk itu, sesuai dijadikan sebagai tempat menyangkut benda-benda seperti topi, tali parang, malah baju juga agar senang dilihat dan diambil apabila digunakan.

   Kerajaan memandang berat akan kepupusan haiwan ini. Sebab itulah banyak diwujudkan ladang-ladang penternakan payau agar generasi muda juga dapat melihat haiwan yang digelarkan 'PAYAU' ini.terima kasih.

pemburu dengan kepala payau
   
Tanduk Payau../ sangau do tambang

Payau di ladang penternakan payau

...................naayi.

Read more...
Read more...

Thursday 25 August 2011

Bercinta di luar rumah..

    Entah apa kenanya dengan dua ekor ulat hijau ini...jika mereka adalah manusia, mereka tentunya sepasang kekasih yang romantik sekali..hehe..

   Mataku ni pula, selain geli gelamam dalam hati melihat badan ulat ini meliuk-liuk..melihat sahaja aksi seterusnya...hahaha...oii..masuk dalam rumah kamu dulu woiii....! 

 


                                                                                                                                                       

........abis.










Read more...
Read more...

Wednesday 24 August 2011

Tompipiris

     Tompipiris adalah salah satu spesis lebah selain daripada Pomosuvon, Surun, Potizukan, Lakas, Mantai-rantai, Soputan, Poniningot dan banyak lagi..

      Saiz badan Tompipiris agak kecil berbanding spesis lebah yang disebutkan di atas. Kalau menyengat pun, sengatannya tidaklah berapa pedas dan merbahaya berbanding sengatan spesis lebah lain apabila menyengat..tapi bolehlah...bengkak juga jika kena penangan sengatan Tompipiris..

    Spesis lebah ini amat minat menumpangkan sarangnya di dahan pokok yang berbunga, mungkin kerana dekat dengan makanan.. 

    Sarang Tompipiris agak kecil, walaupun kecil, ianya mengandungi madu walaupun tidaklah banyak..madu inilah yang digemari kanak-kanak untuk dicicipi..dapat sahaja sarang tompipiris yang ada madu, sarang tersebut dihisap-hisap untuk merasa madu oRiGinal..!! baby Tompipiris yang masih dalam keadaan 'ulat' pun boleh dimakan..rasanya lemak..:D

   Untuk mendapatkan madu Tompipiris, ranting di mana sarangnya melekat dipatah kan, kemudian larilah sejauh mungkin sambil menghayun-hayunkan sarang yang dicuri sehingga Tompipiris penat mengejar..yang tinggal dalam sarang adalah madu ataupun ulat ulat Tompipiris...! Taktik ini biasa di lakukan oleh budak-budak kampung..!

  Pada dahan yang agak keras pula seperti di pelepah sawit, sarang Tompipiris biasanya dibakar oleh orang dewasa sehingga Tompipiris jatuh satu persatu..cara ini memerlukan pergerakan yang pantas untuk menghalang Tompipiris escape dan menyengat si 'pencuri'...

sarang Tompipiris....

saiz sarang Tompipiris agak kecil...

 ...THE END.

terima kasih daun keladi kepada;
1.cikgu Mocthar Migit
2.cikgu Jumon Masanun
(..memberitahu nama2 spesis lebah..) 
Read more...
Read more...

linugu soguntung

     Linugu soguntung bahasa si kawan orang Rungus,bintorung do linugu bahasa ku org Dusun..makanan sihat tanpa lemak.

     Aku laagi suka makan kalau si Yindi yang buat..(mama si kawan)..hehe...kerana dia lah aku termakan makanan ini lalu menyukainya..

    Makanan ini  simple saja..boleh diubah suai mengikut selera masing-masing..mau sup nya? tidak? suka hati suka badan..:D

Baa..kanou mamagama kana Linugu Soguntung..( bikin pusas pun mangkali ngam... )

tiga biji terung dibakar

buang kulit soguntung..(ni part yg aku nda berapa suka..:D)

 mesti ada lompodos, lada dan ikan masin-dibakar

hidangan aku sama si kawan....
     Jerang air panas,sementara itu potong soguntung ikut suka hati..masuk dlm mangkuk.. lompodos di masukkan sekali, ikan masin bakar tidak ketinggalan..lada pun...tambah secubit garam..( aku nda pakai aji kalo ada lompodos..)..tuang dgn air panas..kacau sikit2..

     Baa....mari minta dua....MaKann..(sambil2 picit tu lada...)..koroloi..!

--------abisss.

    
Read more...
Read more...

Tong-gi-la-ngot

    " ama.."
   " hoo..."
   " ontong pogi diti kayu do diia eyo..nu to ngaran diti?..suai-suai kopio no kosingudan dau.."
   " okuro-kuro kosingudan..? "
   " miabal do tonggilangot..outong..tayi do manuk.."
   " hahaha...kayu do tongilangot.."

    Aku masih ingat perbualan itu. Aku memakai gaun berbunga-bunga ketika itu..dan serasanya, masa itu aku begitu selekeh sekali...almaklum..budak kampung..

   Aku bertanyakan pada ayah, tentang nama sebatang pokok renek yang 
mempunyai banyak dedaunan kecil-kecil. Dia mengatakan pokok renek tersebut adalah pokok Tonggilangot (pokok Tahi Ayam).

   Daun pokok ini nampak biasa sahaja,banyak - halus-halus..tetapi, apabila diambil daunnya lalu diramas..dicium..Eweekkk... macam Tonggilangot. 
( Tonggilangot- Spesis tahi ayam yang berwarna hitam legam dan serasanya paling bau di dunia..!)--Busuk..!! busuk yang susah sangat hilang..

  Inilah juga senjata kami masa budak-budak time main kejar-kejar. Kawan yang sudah meramas-ramas daun pokok ini, adalah orang yang ditakuti kerana dia akan mengelap tangannya yang busuk itu di muka kita terutamanya di hidung..ndaa kau..! haha....   

   Orang-orang di perkampungan Rungus di sini, menggelar pokok renek ini sebagai " Tontut Palanuk" ( Kentut Pelanduk )..

   Apabila batang pokok renek ini diambil dengan daun-daunnya sekali, dan di letakkan di atas nyalaan api,ianya akan mengeluarkan bunyi-bunyi halus Krikk..krikk..krikkkkk..krikk.. daunnya akan terbakar dan mengeluarkan cahaya yang berkilat-kilat...( umpama bunga api..)

  Waktu petang apabila siap membersihkan halaman rumah..pokok inilah yang akan kami bakar bersama longgokan daun-daun kering. Hasilnya.. kami akan dapat melihat percikan bunga-bunga api ...FREE...Tidak perlu membeli bunga api di kedai Tokeh Cina...

pokok tonggilangot



--------------------naayi.
Read more...
Read more...

Sa'up

     Kraf ini dipanggil Sa'up oleh orang-orang rungus. Bakul mengkuang ini kecik sahaja..ianya digunakan sebagai bekas untuk menyimpan benda-benda yang kecil seperti butang baju, pin, benang dan benda-benda yang sewaktu dengannya.

   Aku yang memang tak reti menganyam kagum dengan kesenian si pembikin bakul kecil ini, dia menganyam 6 bucu di bahagian atas bekas ini. Dahlah tu, ada pula pasangannya yang merangkap penutup bekas .Ianya di gunakan oleh si pembikin Sa'up ini untuk menyimpan duit syiling. Penuh bekas ini dengan duit syiling olehnya. Melihat aku menatang dan memerhati bakul ini, sekejap membukanya, sekejap menutupnya balik,  Si pembikinnya bertanya   
         " Kau sukakah?
         "  Ya..( kataku nda malu..:D), saya suka tengok bucu-bucu yang
          dianyam di bahagian atas dan bawah bekas ini" kataku senyum-senyum.

     Dia bingkas bangun, tidak lama tu, dia datang dengan 'korus-korus' (bahai) di tangannya,dia menuangkan duit syiling pada sa'up itu dan menghulurkan saup itu padaku.."naa..ambil lah..aku ni, kejap saja buat benda ni" katanya..
Hehe..siuknya..!
            " sebenarnya benda ni ada dua, tapi si Osong sudah ambil satu,
            ..ini kau punyalah kalau kau suka" katanya..
            " terima kasih..( sambil tersenyum kambing..)"

    Sa'up ini diperbuat daripada daun tumbuhan yang dipanggil orang Rungus 'Boribi' iaitu mengkuang. Daunnya panjang berduri dan tumbuh subur di kawasan yang berair.

    Daun Mengkuang yang ingin digunakan,dilayurkan di atas bara unggun api sehingga layu ataupun dikeringkan  di bawah matahari sehingga ianya benar-benar kering. Selepas itu, duri pada mengkuang itu dibuang dan dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua bahagian.

    Belahan daun itu kemudian dibelah sekali lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki. Untuk menghasilkan bahan anyaman yang lebih halus, daun mengkuang yang digunakan itu di ikat atau di pukul supaya mudah dilurut bagi melicinkan dan melembutkan daun mengkuang tersebut.Sa'up yang dihasilkan oleh si pembikin saup disini, tidak melalui proses 'dipukul' atau 'dilurut'.

    Katanya lagi, kalau mahukan bekas yang laagi cantik, daun mengkuang ini diwarnakan..
    " saya buat ni, ikut suka hati suka badan saja" katanya..

   Selain daun mengkuang, daun pandan juga boleh digunakan untuk menghasilkan Sa'up ini.

   Bukan semua orang berkemahiran membuat benda-benda sebegini( trmasuk aku..)..tu pasal aku kagum tu..malah dengan melihat sahaja hasil kraf orang, orang yang mahir sudah dapat membikin benda yang sama dilihatnya..! wahaii para penganyam..kamurang kreatif laa...!

penutup sa'up

pasangannya..!

sepasang


Sa'up
 ------------------------------nopongo.
 

Read more...
Read more...

Thursday 18 August 2011

Sambaat Do Sada

     Masa tu, time buka Bombon di Kampung..ertinya masa untuk penduduk kampung menangkap ikan di sungai, setelah sekian lama ikan-ikan dibiarkan beranak pinak bercucu cicit...
    
    Dahulu, orang-orang kampung bukannya tahu apa itu esbok or freezer. Dan bagaimana mereka memastikan agar bekalan makanan mereka sentiasa tersedia untuk jangka masa yang panjang ialah dengan cara membuat 'sambaat', 'pinongian' atau mengeringkan sahaja hasil buruan atau dapatan mereka. Orang dulu-dulu memang kreatif punya!

    Sehingga sekarang, walaupun setiap isi rumah sudah mempunyai peti ais atau freezer, tapi amalan membuat sambaat, pinongian masih diteruskan untuk mencari satu kelainan dalam rasa makanan berbanding makanan yang biasa di makan setiap hari.

    Di kalangan orang-orang Dusun di area Kota Belud,Sambaat yang dimaksudkan ialah pekasam..ianya boleh diperbuat daripada daging, ikan, sayur buah seperti nangka, betik dan sebagainya. Ada juga orang mamanggilnya sebagai 'Daat' sahaja.Ianya merupakan makanan tradisi orang Dusun. Makanan-makanan yang sewaktu dengannya adalah 'pinongian', 'Bosou', dan juga 'sinamu' bagi orang Rungus.

   Yang bestnya, aku berpeluang mengambil gambar orang sedang
membuat 'sambaat do sada'( Pekasam Ikan )...!;

Bahan Asas Membuat Sambaat;
a) Ikan (mentah)
Buangkan lebihan air pada ikan tersebut!
   Ini adalah pelbagai jenis ikan air tawar..ada ikan botuan,lumpis,rokot,sada-sada,turongou dan gipan juga!
    Ikan-ikan ini hanya hidup di air yang jernih sahaja..dalam kolam2 buatan atau dalam aquarium, spesis ikan ini tidak akan hidup lama!..Ikan-ikan ini adalah bahan asas sambaat yang akan dibuat..'sambaat do sada'!


b) Buah Kepayang;


Buah Kepayang dibelah dan di ambil isinya.

di potong halus-halus.( atau ditumbuk/diblender)

c) Lada, Tuhau, Halia dan isi Tomboutong;
Penambah rasa dan wangi sensasi!
d) Buah Betik;
dihiris-hiris, tidak perlu dikupas kulit- betik mentah laagi bagus..!
e) Nasi ( sebagai gagau..! )
sejukkan dahulu..

Complete Ingredients; 
Sada( Ikan), Tapayas(betik), Takano(nasi),Pangi(kepayang), Layo(halia),Lado(lada),Tomboutong(daun bawang), Tuhau, Silawon(garam)

Steps membuat Sambaat;

1. Campurkan garam secukup rasa pada ikan
 
2. Kacau campuran garam dan ikan sehingga sebati

3. letakkan ikan bercampur garam di atas nasi

4. Gaulkan sehingga sebati nasi dengan ikan bergaram tadi.
5. ..seperti ini.



                         
---break---------> orang kampung sedang membuat sambaat !


6. Campurkan pula betik yang sudah dipotong-potong ke atas campuran nasi dan ikan bergaram.

7. gaulkan.

8. Tambahkan lada, tuhau,tomboutong dan halia

9. --> (Seni Mengaul) Gaulkan lagi sehingga sebati.

10. Campurkan bahan pengawet iaitu Pangi( kepayang) ke atas campuran tadi.

11. Seni menggaul lagi!. Gaulkan sehingga sebati.

12. Tambahkan garam secukupnya untuk semua campuran bakal sambaat tadi.

bergaram..jangan lupa gaul sekali lagi..!

13. Bubuh sedikit pangi yg sudah dihancurkan di dalam bekas sebagai alas campuran tadi.



14. Bahh..kasi masuk tu bakal sambaat.

15. pangi ditaburkan di bahagian atas sambaat..

ini macam...

Sudah siap...

dalam dua bekas..

yang satu tu pula adalah sambaat nangka...
    Sambaat atau pekasam tersebut, dibiarkan selama seminggu sebelum dimasak atau best dicampurkan dengan pucuk ubi kayu sebelum dimakan. Rasanya masam masin..! kalau time2 cuti balik kg, aktiviti makan-makan, panggang-panggang di sungai merupakan satu aktiviti yang wajib bagi kami sekeluarga..salah satu makanan yang mesti ada ialah sambaat...:D..

Kepercayaan orang tua-tua tentang membuat sambaat..
   Bukan semua orang pandai membikin sambaat yang mempunyai rasa sambaat- asam dan beraura..:D . Ini bergantung kepada tangan si pembikin, kalau si pembikin sambaat mempunyai 'tangan yang bagus', sambaat yang dibuat akan menjadi..malah boleh mereka jual sambaat mereka kepada para peminat sambaat, tapi jika sebaliknya si pembikin 'tidak mempunyai tangan yang bagus' sambaat mereka akan dibuang sahaja kerana tiada sesiapapun yang sanggup melihat sambaat yang dihasilkan apalagi memakannya- busuk...!..dari jauh dah tercium bau busuk sambaat..! :D..haoo liaoo...!

   ....." Toid, posuangon ku moti do hid  blog ku ti gambar2 diti kaa..."
      "  hoo..? nunu hoi..?
      "  Posuangon kud hid blog ku.., hid intenet.."
      "  Uu...saimilo dia..posuangon nopo.."
      "  Nunu tajuk do kangaam.."
      "  'Sambaat Do Sada' kanto.."
      "  baa...." 



.......to be continue...( sambaat sedang masak dlm bekas..)

ini dia sambaat..sudah siap!


            -----------------------------------------------------------------------------------------------
Special thank to:
1. Toid ( minomonsoi diti sambaat )
2. Uncle Pilang Ransab ( mininahak diti sada do sinambaat..! )
3. Si Umpung ( yang pigi mengambil tapayas )


Read more...
Read more...