Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Monday 26 December 2011

Senyuman 1 malaysia

     Cuti Sekolah Akhir Tahun...masa yang paling sesuai untuk mengadakan gathering keluarga, apalagi masa tersebut adanya tarikh 25 Disember, di mana Christian merayakan Hari Natal atau Krismas...

    Masa gathering, salah satu perkara yang wajib dibuat ialah mengambil gambar kenang-kenangan...gambar satu keluarga,bersama ipar2,abang dengan adik..sepupu dengan sepupu..dan macam2 lagi !...

   Ketika gambar bersama sepupu ini di ambil, tetiba ada satu arahan kedengaran...'senyum...'SENYUM SATU MALAYSIA'......dan pada ketika inilah,mata ku terfokus pada satu wajah;










....sepanjang sesi bergambar..mukanya setia dengan senyuman 1Malaysia, walaupun dalam keadaan tersepit sekali pun..!



--end..




   
Read more...
Read more...

Monday 12 December 2011

Gerhana Bulan-kepercayaan nenek moyang ( Tarob menelan Bulan )

    10 Disember '11, bermula jam 7.31 ptg sehingga 12.18 tengahmalam, rakyat Malaysia khususnya, sekali lagi berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh yang berlaku kali terakhir pada  bulan Jun 2011..

gambar kombinasi gerhana bulan
 
    Selama aku masih bernafas sehingga sekarang, sebanyak tiga kali aku melalui pengalaman disuruh oleh si nenek..malah orang dewasa di kawasan setempat ku, untuk mengetuk sebarang benda dengan kuat,( memalu gong terutamanya ), malah menjunjung bakul..merentangkan selimut di kawasan lapang ketika berlakunya gerhana bulan..

   Masa budak-budak dahulu, perkara ini merupakan satu keseronokan, kerana tidak pernah kami di izinkan untuk mengetuk..memukul atau memalu sesuatu benda pada waktu tengah malam..malah berpeluang pula untuk membawa selimut di luar rumah lalu mengusungnya seperti askar2 atau pak polisi yang sedang membawa bendera Malaysia semasa membuat perarakan..:D. Semua itu diizinkan, malah kami disuruh2 lagi..hihi..

   Kenapa agaknya perkara- perkara tersebut harus dilakukan ketika terjadinya gerhana bulan? Ianya bersangkut paut dengan kepercayaan nenek moyang yang masih berlanjutan dan masih menjadi amalan sehingga kini..

   Pada suatu ketika dahulu;

   Di syurga, tinggallah 'Kinorohingan' sekeluarga hidup dengan aman dan damai.
   Entah kenapa, pada suatu hari, anak 'Kinorohingan', si Tarob, menangis tidak berhenti-henti. Alkisah, habislah segala macam 'tazaa-aza' ( alat2 mainan ) di keluarkan oleh 'Kinorohingan', namun anaknya itu, masih menangis tidak berhenti-henti..tidak dapat diredakan..
  " Wahai anakku si Tarob..kenapakah engkau tidak berhenti menangis..? "

  " saya...saya bosan dengan 'tazaa-aza' di sini..saya mahukan 'tazaa-aza' yang dimiliki oleh 'riniba' (manusia)..hanya itu yang boleh membuatkan aku gembira dan tidak menangis lagi" 
    (Dan si Tarob menyambung tangisannya....)


   " Wahai anak kesayanganku, jika hal sedemikianlah yang boleh membuatkan engkau menghentikan tangisanmu, hanya satu perkara yang engkau harus lakukan agar keinginanmu itu ditunaikan.....engkau harus menelan bulan, maka dengan itu,riniba akan tahu..dan mereka akan membunyikan segala macam benda-benda yang ada di dunia... setiapkali bunyi kedengaran, engkau akan mendapat benda2 tersebut sebagai 'tazaa-aza' mu.."
   " Harus engkau ingat anakku..bahawa engkau harus membalas kebaikan 'riniba' menghasilkan bunyi-bunyian tersebut yang kelak akan menjadi tazaa-aza mu, dengan menunaikan segala apapun permintaan mereka..."


   Lalu si Tarob pun dengan perlahan-lahan menelan bulan...


   Dan dari cerita si nenek tersebut, tahulah aku, kenapa gong harus dipalu, tin-tin diketuk, sompoton dan seruling ditiup, dan segala macam benda-benda yang mengeluarkan bunyi dibunyikan..malah diiringi dengan doa-doa, mentera-mentera segala macam...itulah kononnya masa yang paling sesuai mereka mengutarakan segala keinginan mereka agar dapat dipenuhi...


  Lalu, setiapkali ada benda yang dibunyikan oleh 'riniba', benda2 tersebut sudah ada di depan si Tarob..menjadi miliknya sebagai 'tazaa-aza' yang dia inginkan...

  Itulah kepercayaan nenek moyang tentang Gerhana Bulan yang mereka katakan sebagai 'Tarob monolon Tulan' ( Tarob menelan Bulan )




....end.  
   
   
Read more...
Read more...

Sunday 11 December 2011

Si siput..(mungkin...)

     Si siput ini, bergerak begitu aktif sekali melarikan diri bersama bebanan pada bahagian atas badannya iaitu cengkerangnya.



    Si Siput ini, mungkin sedang asyik mencicipi jus buah rambutan, hingga tidak sempat melarikan diri ketika ada manusia mematahkan ranting tempat segugus buah rambutan bergayutan. 

    Atau  mungkin di sebalik daun2 rambutan adalah tempat di mana dia sedang berehat setelah rasa begitu kenyang sekali.   Malangnya, dia jatuh bersama daun yg melekat pada ranting pokok... dijolok dan dipatahkan oleh manusia yang mahu memakan buah rambutan..



    Si siput ini, mungkin berasa takut nyawanya akan melayang dalam kekenyangannya itu.. atau mungkin, dia sedang hairan kenapa suasana begitu berbeza sekali berbanding keadaan sebelumnya..
    
     Mungkin, sebab itu lah..dia cuba secepat mungkin untuk melarikan diri dan tidak sedar dia sudah melepaskan bahan buangannya..



yakk...!
dot.
Read more...
Read more...

Saturday 10 December 2011

Sel Suria zaman pemerintahan Berjaya..!

     Ketika  mengadakan lawatan sosial pada waktu petang di rumah seorang kawan, mata ku telah bertemu pandang pada satu benda yang 'terdampar' lesu di dinding rumah..


     Benda tersebut mereka panggil sebagai 'pengecas solar'.

    Benda berbentuk segi empat tepat tersebut adalah Solar Panel atau sel suria. Secara kasarnya, ianya kelihatan pipih dengan bulatan hitam yang banyak.  Solar panel atau sel suria tersebut memanfaatkan cahaya matahari untuk mendapatkan tenaga letrik.

    Ianya terdiri daripada sel-sel yang bertindak sebagai absorber cahaya matahari.


sel suria
     Cahaya matahari yang terdiri daripada proton-proton jika terpancar pada bahan sel suria ( absorber), akan diserap dan dipantulkan begitu sahaja dan hanya proton2 pada tahap tertentu yang akan membebaskan elektron dari ikatan atomnya sehingga mengalirkan arus elektrik. 

bahagian belakang sel suria..sudah terlalu lusuh kerana dah berkurun lama..
      Sel suria yang sekarang terdampar lesu itu, merupakan sumbangan kerajaan semasa zaman pemerintahan Berjaya lagi, yang mana dibekalkan bersama-sama dengan TV hitam putih dan bateri sel. Dan benda itulah yang digunakan untuk mengecas bateri agar orang-orang kampung yang tinggal nun di ulu-ulu sana, boleh menonton tv agar tidak terlalu ketinggalan dengan berita-berita semasa yang berlaku di dalam ataupun di luar negeri..hmm..kira ok la tu drp tiada..:D

     Kesemua bekalan tersebut diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Kampung. Aku masih ingat, hampir semua penduduk kg,selain menonton berita jam 8.00 yang biasanya disampaikan oleh pemberita Farith Esmir Emir, tayangan P. Ramlee setiap hari Jumaat begitu pemes sekali. Hingga tak muat rumah Ketua Kampung..hihi..dan yang muda-muda pula meminta turn untuk menonton drama Inggeris The Battle Star Galactica dan BJ and The Bear....!

    Alkisahnya, begitulah..sekarang dah ada bekalan tenaga elektrik, susah mo kumpul beramai-ramai penduduk 1 kampung sekaligus menonton TV bersama-sama.. 

    Pengecas bateri itu..sekarang, hanya tinggal kenang-kenangan sahaja..


---abis.
Read more...
Read more...

Friday 9 December 2011

Umbut Garib

     Umbut adalah pangkal pucuk batang pokok palma..contohnya umbut kelapa,sawit, polod, garib dan sebagainya..sedap dibuat sayur. Orang paling suka memasaknya dengan santan dan dicampurkan dengan ikan masin,atau udg kering....apa-apa lah..

     Taste orang kampung tulin adalah merebus terjun sahaja umbut tu..sihat! 


    Aku, kalau bukan aku yang masak..huhh..seleranya bukan main...tu pasal sekali sekala, aku sediakan ingredients sesuatu lauk tu dan minta tolong orang masak....yg jadi mangsa, para ibu2 yg sudi..yang dikenalpasti kebersihan fizikal dan mental :D..kemudian makan beramai-ramai, biasanya 2-3 keluarga kecil..huiihh..siuk.

Yang ini, si nenek sedang mengoperate umbut/tivak garib..

tivak garib

'peel' bahagian luar tivak garib

memotong



keratan rentas tivak garib

sedap dimakan begitu sahaja..

lompodos..mesti.

subo linampan tivak garib..
     Rasa umbut garib, berbanding dgn umbut kelapa dan polod, ada sedikiit pahit, tapi ianya amat baik untuk kesihatan...

     Sesudah makan berlaukkan linampan tivak garib, bantal rasanya melambai-lambai..
ular sawa mau beradu..!

--end.
Read more...
Read more...

Penerimaan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah.

      Kerajaan memperuntukkan bantuan sebanyak RM 530 juta bagi membiayai kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara untuk tujuan meringankan beban ibubapa menjelang awal sesi persekolahan tahun depan.

   Bantuan RM100 tersebut, bukan sahaja dinikmati oleh pelajar sekolah kerajaan tetapi juga sekolah swasta.

" Tanggungjawab guru, jangan soal, beri RM100 bagi tiap-tiap pelajar kepada ibubapa. Itu sahaja. Dan saya sudah beritahu dan arahan, jangan ada pemotongan dan jangan buat taksiran pelbagai, serah dulu RM100"- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

  Tanggungjawab tersebut sudah di laksanakan di Sekolah SK. Pantai, Pitas. Terima kasih kepada pihak kerajaan atas bantuan tersebut...lain kali beri lah lagi..:D


Ibubapa..( jam 9.00pagi )

sebahagian guru ..

sabar menunggu...

posing para ibu..

ikut giliran..


Nahh...! selesai dgn jayanya.

ok..end.

 
Read more...
Read more...

Thursday 8 December 2011

Siput Babi besar...!

    Tekajut aku nampak seekor siput babi ini.. paling besar aku nampak setakat ini...hao liao!..warnanya coklat beralur keputih-putihan..musuh bagi para petani.
   Walaubagaimana pun, gambar ini cumalah cengkerangnya sahaja..atau mungkin si siput babi ini sedang betapuk di balik cengkerangnya itu..nda berani aku kacau2..



  
Read more...
Read more...

ohh...jatuh di longkang..!

   Owhh..kasihannya aku dengan seorang budak perempuan umur sekitar 11 tahun ini , dia telah jatuh ke dalam longkang sedalam 1 meter, dan mempunyai berkelebaran hampir semeter juga....
   Longkang ini tidak ditutup sedangkan ianya terletak di tengah-tengah tamu mingguan..Laluan pejalan pula, nun di hujung sana...bagi mereka yang mengejar masa serta mereka yang tidak sabar, mustahil mereka berjalan puluhan langkah lagi untuk sampai ke laluan pejalan sempit yang disediakan...pilihan utama, pastinya membuat aktiviti ' lompat jauh aka langkah panjang..'






 
   Akibatnya..beginilah kejadiannya..;
orang ramai berkerumun melihat...!



    Budak perempuan itu mengatakan bahawa dia sedang kelam-kabut mengejar pakciknya yang dah nak balik, dan mengambil jalan pintas melompat longkang tersebut agar tidak ketinggalan kereta..

   Dia ditolong oleh seorang pakcik yang tidak dikenali, yang mana menuntunnya ke sebuah kenderaan untuk dihantar ke hospital..budak perempuan itu mengatakan, bahawa tulang pinggulnya amat sakit..

   Melihat kembali gambar ini, macam ada pula yang tidak ngam ku rasa..:D


 ..end.
Read more...
Read more...

Penanggung Sepi- Ain AF8

Ain AF8
      
Syok lagu dia.....


Read more...
Read more...

Wednesday 7 December 2011

KENAPALAH KALAU...!! SUKA HATI URANG BAA....

      Adessss..ada aku terbaca blog urang di bahagian shoutmix...yg menyuruh urang yg memblog mengasi promote blog mereka..kalau tidak dia bilang, si pemblog  sibuk / syok sendiri saja..nampaknya aku terasa ni kali...haha..kenapa lah kalau...


   Kalau aku kan..org tingu, tingu laa..free, kalau nda mau tingu, janganlah tingu..samada mau kasi promot blog ka tida..suka hati urang ..nda salah mau mokirayou  sendiri-sendiri..hihihi...

  ..Hoii.. masing-masing laa..

   Naa..kalau mau ada gaji memblog atau mau duit lebih membeli maggi kari..kamurang berabislah kasi promote..aku belum lagi..gaji bulan lepas belum usik ba..hahaa.....
( kasan..)

..kenapalah kalau..!    
Read more...
Read more...

Tinohian / Sigar

     Sigar atau Tinohian amat popular sebagai pelengkap pakaian tradisi kaum lelaki bangsa Rungus. Ianya dipakaikan di kepala sebagai tengkolok. Fungsi sigar pada suatu ketika dahulu adalah sebagai topi untuk melindungi kepala.

    Tinohian mempunyai corak sulaman yang agak berat. Sulaman-sulaman tersebut di buat secara manual tanpa menggunakan mesin moden..cukup kreatif..! Kaum wanita berbangsa Rungus di Kudat amat terkenal dalam penghasilan Tinohian ini.

    Corak pada Tinohian bermotifkan flora dan fauna. Motif flora cth: bunga, motif fauna cth : burung,naga.  Aplikasi corak dizahirkan dalam bentuk geometri dan bentuk organik.


    Kombinasi kesemua corak pada Tinohian membentuk satu lagi corak baru yang agak besar. Tinohian di bawah, jika diperhatikan dengan teliti, kombinasi motif flora dan fauna dalam pelbagai bentuk telah menghasilkan 'muka' seekor makhluk/naga yang sedang membeliakkan matanya..!;



       Corak pada Tinohian disulam menggunakan benang sulam pelbagai warna yang garang seperti warna-warna utama/ primer cth merah, kuning dan biru dan juga warna2 sekunder dan tertier termasuk warna hitam dan putih.


     Dua lapis kain berwarna oren dan hitam digunakan pada Tinohian. Pada lapisan kain bahagian atas dan bawah hampir tidak dapat dibezakan yang mana satu bahagian luar atau dalamnya kerana sulaman corak yang nampak begitu kemas sekali.

     Namun terdapat juga Tinohian yang menggunakan satu jenis warna sahaja seperti warna oren di bahagian atas mahupun di bahagian dalamnya.

Corak sulaman pada Tinohian;


dua helai Tinohian

corak keseluruhan bahagian atas

close up

corak sulaman pada bucu kanan

corak sulaman bahagian tengah



aku dan Tinohian..:D
      Tinohian biasanya dipakai semasa upacara rasmi/ kebudayaan terutamanya semasa perayaan Pesta Menuai. Dalam acara tarian Mongigol, penari lelaki memakai Tinohian.

memakai Tinohian semasa menari tarian Mongigol
       Tinohian juga dipakai sebagai pelengkap baju pengantin bagi pengantin lelaki berbangsa Rungus yang memilih memakai baju tradisi Rungus semasa majlis perkahwinan mereka, atau cuma sebagai pakaian persalinan.


       Saya melihat bagaimana Tinohian ini diusai menjadi sigar dan dipakai ( secara demonstrasi..);

lipat dua membentuk segitiga



pemakaian pertama: bentuk 3segi pada bahagian depan

pemakaian kedua: bentuk 3segi pada bahagian belakang

" Amu kagi ma rumatu iti sigar diti Mamang..?"
" Aiii..amu ilo..opihot no topihot ilo no.."
" oooo....."

END..(gembira mengenali dan mengetahui kebudayaan masyarakat setempat..)






     
   


Read more...
Read more...