Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Friday, 26 August 2011

tambang..sangau do tambang

     Sangau do tambang..A.K.A tanduk payau. Sabahan mengenali rusa sebagai payau
     Orang-orang kampung memburu payau untuk dagingnya...kalau si anu tidak tembak, si polan yang akan tembak.. saling tidak mengalah..siapa campin dia dapat. Larangan perhilitan mengkategorikan payau sebagai binatang yang dilindungi umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..

   Setiapkali berjaya menumbangkan satu, salah satu anggota badan payau yang akan disimpan ialah tanduknya. Bukan semua payau memiliki tanduk. Hanya payau jantan sahaja. Semakin naik usia si payau, semakin banyaklah cabang-cabang pada tanduknya...dan semakin liat pula dagingnya..:D. 

  Selain mengambil tanduk sebagai kenang-kenangan 'ke-Champion-an" si pemburu, ianya juga dijadikan sebagai hiasan dalam rumah..hiasan yang "RaRe"..bukan semua orang memilikinya!

  Kadang-kadang tanduk tersebut dilekatkan pada patung kepala payau yang dibuat sendiri. Mengukir kayu bulat sehingga nampak seiras muka payau yang agak tirus memerlukan kemahiran. Di sekitar sini, upah yang diminta oleh si pengukir adalah rm80 (harga tahun 90an). Bagi orang yang kreatif, patung kepala payau tersebut malah dilukis dan diwarnakan sehingga saling tak tumpah dengan kepala payau sebenar.
  
   Tengkorak payau dipakukan terus pada dinding,hal ini agak sukar..paku itu yang terpaksa ditukul sehingga ianya bengkok untuk membolehkannya menahan tengkorak dan tanduk tersebut daripada jatuh. Cabang-cabang pada tanduk itu, sesuai dijadikan sebagai tempat menyangkut benda-benda seperti topi, tali parang, malah baju juga agar senang dilihat dan diambil apabila digunakan.

   Kerajaan memandang berat akan kepupusan haiwan ini. Sebab itulah banyak diwujudkan ladang-ladang penternakan payau agar generasi muda juga dapat melihat haiwan yang digelarkan 'PAYAU' ini.terima kasih.

pemburu dengan kepala payau
   
Tanduk Payau../ sangau do tambang

Payau di ladang penternakan payau

...................naayi.

No comments:

Post a Comment