Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday, 10 August 2011

Kek coklat Si Janet

    Suatu petang, ketika aku sedang berPisbuk, aku dengar piring berlaga-laga di dapur..bunyi  'TRrrrrr...' berselang-seli kedengaran, aku membiarkan sahaja...dalam fikiranku..biarlah kamurang di sana..naanti aku pi tingu..


  Kira-kira 40 minit selepas itu, datanglah si gadis kecil ku kearahku sambil memegang piring kecil berisi sepotong kek coklat..dia menghulurkan pada ku sambil berkata.." nah untuk mama..try la kek saya.."

  Aduhaii......aku tersenyum lalu memeluknya dan berkata.." Wahhh...terima kasih..thank you..pandai sudah anak mama buat kek..."...dia tersenyum-senyum..apalagi apabila aku melagukan "paandai sudah anak mama buat kek..." berulang kali..

  Kek ini masih panas...boleh tahan juga rasanya..hehe...

Kek coklat si Janet..

I Love You..
    Dia tersenyum kegembiraan bila mendengar aku mengatakan keknya sungguh sedap...Dia memotong satu lagi bahagian untuk bapanya dan memberi pesan kepada adiknya si Titi supaya jangan mengambil kek tersebut..."untuk si bapa" katanya....


   ..anakku...I Love You...
  

No comments:

Post a Comment