Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday, 8 June 2011

Kg Melangkap,Kota Belud (5 in 1)

            Kg Melangkap, Kota Belud, kampung kelahiranku. walaupun boleh dikatakan aku berhijrah ke tempat lain, tidak mungkin aku lupakan kampung halaman. Satu tempat yang cantik di lembah gunung Kinabalu..seakan melambai memanggil ku pulang setiap kali musim cuti.

            Asal-usul nama kampung Melangkap, yang telah saya catat pada tahun 1994 dari seorang penduduk lama Pn Mindorun ( sudah meninggal), nama Melangkap diambil sempena nama satu tempat yang di panggil orang kampung "Miniangkap", yang bererti bertindih atau berlapis dalam bahasa Dusun. 

            Tempat tersebut dari jauh kelihatan seperti dua bahagian, yang dipisahkan oleh satu lembah dalam. Lembah tersebut, semakin ketara hari demi hari, tahun demi tahun yang membawa kepada kewujudan dua kawasan iaitu Melangkap Tomis dan Melangkap Kapa.

            Dari sudut geografi, kemungkinan kawasan "Miniangkap" yang dimaksudkan itu adalah satu proses gelinciran yang memisahkan satu kawasan menjadi dua bahagian.

            Pertambahan penduduk di kedua-dua kawasan tersebut membawa kepada kewujudan tiga lagi kawasan penempatan atau perkampungan lain iaitu Kg Melangkap Noriou, Kg Melangkap Tiung dan Kg Melangkap Baru.

            Setiap kampung tersebut, berdiri sendiri dengan adanya organisasi pentadbiran masing-masing yakni mempunyai Ketua Kampung , JKKK dan WKAN bagi menguruskan hal-ehwal di kampung masing-masing.

            Walaupun mempunyai ciri pentadbiran sendiri, kesedaran tentang sejarah kewujudan kampung dari perkataan "Miniangkap" , warga Melangkap tetap memelihara perasaan kekitaan dan persaudaraan di antara satu sama lain.

            Kampung Melangkap adalah 5 dalam 1. ( Melangkap - Kg MelangkapTomis, Kg Melangkap Kapa, Kg Melangkap Noriou, Kg Melangkap Tiung dan kampung Melangkap  Baru)  
        
            Generasi muda tidak meminggirkan hal ini dengan tertubuhnya Group 1 Melangkap KB dan Melangkap Baru Village di laman sosial Facebook, yang mana satu tempat interaksi bertanyakan khabar, bergurau senda serta kanvas perbincangan isu-isu semasa berkaitan Kampung Melangkap. Tahniah  generasi muda !

            Penduduk kg Melangkap berbangsa Dusun, menjalankan kegiatan pertanian sebagai aktiviti sara hidup. Seiring masa, semakin ramai dan semakin bertambah penduduk yang menaikkan taraf hidup dengan bekerja dengan kerajaan, mempunyai bisnes sendiri, malah memiliki ijazah yang dibanggakan.

A.  Kebanggaan penduduk Kg Melangkap.
     i - Gunung Kinabalu
          Cantik dan semulajadi...cukup tepat untuk menggambarkan keindahan Kg Melangkap.  Keindahan Gunung Kinabalu dan bentangan banjaran Croker, terlihat jelas dari setiap sudut di Kg ini. Pada waktu pagi, gumpalan awan putih, kelihatan jelas memayungi kemuncak gunung kinabalu.

            Pada ketika cuaca cerah, kelihatan air mengalir putih bersih umpama air terjun, turun dari puncak gunung Kinabalu ke kaki gunung.. menjadikan pemandangan begitu indah dan mendamaikan. Terima Kasih anugerah Tuhan...

Kemuncak mu telah ku tawan!
The shape of Mt kinabalu. View from Kg Melangkap Baru

 The White Cloud

The Sunset view of Mt Kinabalu
          
                      
       ii- Sungai Panataran, Kg melangkap.
          Sungai Panataran mengalir jernih dari Gunung Kinabalu. Begitu jernih sekali sehingga masih jelas kelihatan ikan-ikan berenang lalu bersembunyi di celahan batu-batu.
          Pasirnya umpama bercampur mutiara, berkilauan apabila di simbahi cahaya. Batu-batu pelbagai corak dan warna, saiz dan bentuk seakan menyediakan satu ruang khas bagi penduduk kg Melangkap serta pelancong bermandi-manda di airnya yang sejuk.

Mengalir damai..

Tunggul nan sebatang

Tebing Sg Panataran (di kosondoton Gambala)

Hanyut mengikut arus..

Riang ria berkejaran

Gosokk..jan tak gosokk..

Sejuknya air mengalir

The Hanging Bridge 
Sg Panataran in drought season.

Jernih..

Air mineral Kampung!


iii- Taman Pelancungan, Kg Melangkap
      Tidak kira pelancong luar, ataupun penduduk Kg Melangkap sendiri, Taman Pelancungan yang terletak di Kg Melangkap Baru, merupakan destinasi utama tempat beriadah yang paling digemari.

      Tempat ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga ketika hujung minggu. Dari Pusat bandaraya Kota Kinabalu untuk sampai ke sini memakan masa lebih kurang 2 jam setengah perjalanan, dan dari bandar Kota Belud hanya memakan masa kurang sejam.

      Tarikan utama di sini adalah dua buah batu besar yang menyediakan satu ruangan mandi di tengah-tengahnya. Namun tempat ini agak dalam bagi kanak-kanak.

      Batu besar tersebut berbentuk gajah yang sedang berendam dan salah satu daripada batu tersebut mempunyai kesan belahan yang unik, yang menurut kata orang tua-tua, kesan tembakan meriam Jepun..!

      Batu tersebut boleh dipanjati dari dalam air, dan aku masih ingat, aku amat bangga jikalau berjaya memanjat batu berupa gajah berendam itu dari dalam air kemudian terus memanjat hingga sampai di atasnya.

      Aku dan kawan-kawan sering berbaris dalam keadaan duduk, sambil bersorak kami slide/ meluncur hingga ke dalam air semula. Seronoknya..! Punggung seluar pendek berlubang kerana haus meluncur di batu..!! 

The Rocks
The rock in the shape of an elephant

The rock- close view

Lets climb up and slide..!
siukkk...!


Tengok org merambat ( buka Bombon )

Happy ..!

Me !

Another big Rock below;


Laagi batu besar..

Redzz Riccky tried to lift the rock..!!
 iv - Another view;(Pemandangan indah di Kg Melangkap)







v - Tempat menarik Kg Melangkap Kapa - Kiohuwan
      Apabila menyelusuri sungai Panataran hingga ke ulunya, masih terdapat banyak lagi tempat -tempat menarik di Kg Melangkap ini yang belum diterokai. Keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan sememangnya amat mengkagumkan;

      Berikut adalah gambar-gambar yang diambil oleh Sdr James Sungkit dan Venn Doinn dari kg Melangkap Kapa. Tempat ini dinamakan Kiohuwan.









vi- Pemandangan Waktu senja Kg Melangkap.
     Sunset view ( Have taken from somewhere in Kg Melangkap)
     Gambar-gambar secantik ini, dahulunya ku lihat hanya di poskad-poskad, tapi ternyata, pemandangan yang indah ini ada di kampung Melangkap, Kota Belud..!
 



vii - Bombon Kg Melangkap.
       Keindahan alam semulajadi di Kg Melangkap, Kota Belud serta aliran sungainya yang jernih mengalir sejuk dari Gunung Kinabalu, memang menyamankan.

         Walaubagaimanapun, kawasan sungai di beberapa tempat yang dikenalpasti di Kg Melangkap, adalah kawasan Bombon atau Tagal iaitu larangan setiap individu melakukan sebarang aktiviti menangkap ikan.

         Setiap ketua keluarga akan membayar RM50 untuk memastikan sebuah keluarga itu mendapat bahagian ikan-ikan yang dituai apabila sampai tempoh  matangnya atau lebih dikenali sebagai "Buka Bombon" .

         Kegagalan individu mematuhi larangan itu, akan mengakibatkan dia dikenakan denda sebanyak 10 ribu / 1 ekor sapi.
                                        
                                          Aktiviti Buka Bombon, Kg Melangkap
Gotong-royong
Mencari ikan di celah-celah batu
Dapat..!!
Ini saya dapat..!
Sedang menimbang ikan untuk diagih-agihkan kepada para peserta
  
 viii - Melangkap Homestay ( Inap Desa Kg Melangkap)
      Kg Melangkap, Kota Belud sememangnya mempunyai potensi dan aset yang tersendiri untuk diketengahkan sebagai daya tarikan pelancong. 

      Ianya telah berdaftar dengan  Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar,Sabah dan diberi peruntukan sebanyak RM100 ribu bagi menaiktaraf dewan termasuk kemudahan, landskap, penaikan taraf jalan,pusat riadah, papan tanda serta wakaf berciri asli tempatan.

      Pelancaran Melangkap Homestay telah diadakan pada 10 April 2010, bertempat di dewan Kg Melangkap Baru yang dirasmikan oleh YB Datuk Helbert Timbon Lagadan.

 
       Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti pameran kraftangan dan persembahan kebudayaan yang melibatkan 5 buah Kg Melangkap. 

Basung
Goroi
parang
Bakul
Main Gugundang
Basung 1 Malaysia
Kuron
Persembahan Kebudayaan
 




  Penutup;
      Kampungku indah dan cantik - kata-kata yang cukup untuk menutup blog ini :D

Ucapan terima kasih kepada;
1.  Jupiah Sambatan
2.  James Sungkit 
3.  Flora Liah
4.  Sam Kulian
5.  Venn Doinn
6.  Redzz Riccky
7.  Alius Modiqon Rumantis
8.  Triton Willie
9.  Saya
atas gambar Kampung Kita yang cantik..!     
      


         


8 comments:

  1. Saya mau beli 'kuron'..dlm gambar ini...siapa mau di hubung aaarr..?

    ReplyDelete
  2. Bukan si Panda sama si Jali ka yang mandi pakai santut sajaitu? ni kali la..hahaha...

    ReplyDelete
  3. Pounsikou susuyan Kokomoi Kg Melangkap Di osonong kopio.

    ReplyDelete