Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Saturday, 18 June 2011

Duri Landak dan kegunaannya

A)  porcupine = landak = vutun

                                  Nama Orang Putihnya  : Porcupine 
                                   Nama Tempatan         : Landak Raya
                                   Di Kampung, dipanggil : Vutun
                                                                        
             Landak tergolong dalam golongan haiwan eksotik- istimewa dan merupakan antara haiwan yang dilindungi. Keseluruhan badannya ditumbuhi duri yang berfungsi sebagai senjata apabila berdepan pemangsa.

Apa dah jadi..?

             Walau bagaimanapun, tidak semua jenis landak mempunyai bulu yang keras/ duri pada badannya. Landak Trichy Lipura yang terdapat di Borneo, mempunyai bulu yang lembut dan boleh dijadikan haiwan peliharaan.
           Daging landak, menurut orang yang pernah memakannya, sedap dimakan dan boleh meningkatkan stamina/tenaga dalaman si pemakan.

       
B) Kegunaan Duri Landak
i)  Digunakan sebagai telunjuk masa mengaji.

ii) Orang kampung mempercayai, penyimpan bulu landak tidak akan terkena 'buatan orang', kerana dipercayai duri landak dapat menangkis ilmu-ilmu jahat yang didatangkan dari luar.

iii)Amat berkesan untuk menghilangkan  bisa sengatan/ gigitan lebah,kala jengking, lipan dan sebarang bisa yang dikeluarkan oleh serangga/ haiwan2 lain yang sewaktu dengannya!
 Lihat testimoni...:D
                                                      
Kawasan yang dibulatkan adalah kesan gigitan lipan besar!
          Tangan yang gemuk di atas adalah tangan Cikgu Juwi B.Jina. Gemuk itu disebabkan gigitan lipan (di bahagian yang dibulatkan.). Menurut beliau, dia digigit oleh seekor lipan yang agak besar kelmarin. Jadi, kiranya bengkak pada tangan itu adalah hari kedua selepas gigitan lipan.

Bengkak pada hari ketiga
                                            Hari keempat : Normal

              Beliau menggunakan magic pada duri landak untuk menghilangkan bisa gigitan lipan dengan;

a) Membakar sedikit sahaja bahagian pada duri tersebut sehingga hangus.

b) Kikiskan bahagian duri yang telah hangus itu dalam bekas yang sesuai.

c) Hancurkan kikisan tersebut hingga menjadi abu dan tambahkan sedikit minyak pada abu itu untuk membolehkan ianya melekat pada bahagian disengat/gigit.

d) Oleskan pada bahagian yang sakit.

e) Biarkan seberapa lama yang boleh. Bisa sengatan/gigitan akan hilang dengan segera.

            Menurut beliau, walaupun masih nampak bengkak , namun rasa sakit tidak terasa lagi. Beliau sering menggunakan cara yang sama apabila disengat lebah ataupun ada ahli keluarganya yang mengalami sengatan atau gigitan binatang berbisa.

Duri Landak Cikgu Juwi. Hujungnya sudah tumpul kerana sudah digunakan.
             Gambar di atas adalah satu-satunya duri landak yang Cikgu Juwi ada. Dia memintanya daripada salah seorang murid beliau yang membawa banyak  duri landak ke sekolah untuk dijadikan bahan mainan.
              Lepas ni saya pun akan cuba dapatkan satu..hehe..banyak sarang pomosuvon dan lakas bergayutan sana-sini di rumah..


Ending: Special thanks to Mr Juwi Jina.
            Pinjamkan aku duri landak tu kalo aku kena sengat pomosuvon! 
           :D

7 comments:

  1. Saya ada menjual duri landak untuk kegunaan:

    1). Mengaji
    2). Menghindari perbuatan orang dan ilmu hitam

    Terdapat banyak saiz
    -besar
    -sederhana besar
    -sederhana
    -kecil
    -sederhana kecil

    ReplyDelete
  2. Yang berminat boleh la menghubungi saya melalui email.... danielraffie98@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Ada ka yg putih saja nak buat ubat

    ReplyDelete
  4. Ada boss yg putih semua...sya ada dlm simpanan 3btg je....berminat bole whatsapp 0197442525

    ReplyDelete
  5. Aslkm.. ada lagi ke nak guna utk mengaji

    ReplyDelete
  6. Salam sy Ade byak during lndak

    ReplyDelete
  7. Sy BG ikhlas..klu untk BT ubat..dgn untk mgaji 0134921500

    ReplyDelete