Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Saturday, 11 June 2011

Bunga Betik ( Tusak Tapayas )

        Ada ketikanya apabila aku memandang keluar rumah dan ternampak bunga betik jantan bergayutan, rasanya aku koroloi( meleleh air liur ) ingin memakannya. Tapi perasaan itu tidak datang selalu. kadang-kadang sekali saja dalam 2 atau tiga minggu. Ramai mengatakan..

            bahawa amalan suka memakan bunga betik samaada dimasak atau meminum air rebusannya akan menjadikan seseorang itu nampak awet muda, terhindar dari penyakit lemah jantung serta menurunkan tekanan darah tinggi. 



         Sejauhmana kebenaran hal-hal tersebut, setakat ini belum ku jumpa evidencenya. Doktor yang pernah ku tanya tentang hal ini mengingatkan aku bahawa "tidak baik terlampau memakan benda yang pahit". Barangkali ngam lah juga kalau keinginan ku memakan bunga betik ini timbul sekali-sekala sahaja..hehe..


Betik jantan mengeluarkan bunga

Betik berbunga di beranda dapur ku..:D
  

Menghilangkan pahit bunga betik(pelbagai cara) 
           1. Cuci dan ramas bunga betik tersebut bersama air garam.
               Biarkan lebih kurang  10-15 minit sebelum dibilas lalu dimasak.
           2. Rebus bersama daun jambu batu, asam gelugur dan garam.
               Toskan dan bolehlah dimasak.
           3. Rebus bersama garam,2-3 biji pinang, toskan dan masak.
           4. Rebus bersama daun senduduk ( Gosing dlm bahasa Dusun), Toskan dan dimasak.


           Cara yang ke-4, selalu mama aku guna, tapi rasa pahitnya yang sudah hilang membuatkan aku tidak berselera  memakannya. Kalau tidak ada lagi rasa pahit, ianya tidak ubah seperti sayur2 lain :D ..ndada UmMMPh..!


Senduduk ( Gosing
         
Bunga betik ngam dimasak bersama-sama 
           1. Bilis
           2. Udang kering 

            Banyak juga resipi bunga betik ni org buat, antaranya termasuklah masak kerabu dan masak taucu, tapi aku biasanya masak tumis ja..
            Dan berikutnya aku bagi tngok bunga betik ini dimasak style aku..hehe..;

Bahan Utama- bunga betik, daun  & tangkai betik muda

bawang & bilis
Bahan campuran lain
                          Bahan Campuran Lain;
                          A Tunduk Sopikul / Tunduk Tundok (pucuk ubi kayu)
                          B Sayur manis
                          C Bintorung (bahasa Rungus), 
                             Tua timbak-imbak(bahasa Dusun), Terung pipit (BM)
                          D Tunduk Lado (bahasa Dusun) dengan ladanya sekali 
                             ( pucuk lada serta buahnya sekali)

Complete ingredients
             Bahan-bahan sudah dipotong2 ( supaya senang masuk mulut )..ada api, ada kuali,ada minyak,ada sos tiram,garam secukup rasa, sekarang boleh panaskan kuali - tuang minyak,bawang, goreng bilis disusuli batang muda, bintorung, bunga betik ,pucuk ubi, pucuk muda sayur manis;


Sedang dimasak
                Sentiasa tambahkan air untuk memastikan ianya masak, biarkan ia kering, lakukan ini berulang kali sehingga ianya benar2 masak. Kemudian angkat.

SIAP !!! Mari makan;




             Rasa pahitnya ?? Meremang bulu roma!













 
                             























 


5 comments:

  1. boleh tahan resepi ni.. nda sabar mau cuba

    ReplyDelete
  2. Sy mo try ni resepi ni mlm..sawo sya mngidam kunun..hahaha..nmpk pun sedap..

    ReplyDelete
  3. Sy mo try ni resepi ni mlm..sawo sya mngidam kunun..hahaha..nmpk pun sedap..

    ReplyDelete
  4. byk yang sy google pasal macam mn mau masak pucuk betik..tpi sy jumpa semua pasal bunga betik jg..bunga betik tu biasa2 sdh sy masak..sma jak cara mcm di blog2 yang sy baca..kdg2 klau sy goreng biasa sj..mcm mn klau pucuk betik...?sama kah cara masak dgn bunga betik...?

    ReplyDelete
  5. sia lebih suka bunga betik kalau tidak dikacau rasa pahit dia..

    ReplyDelete