Setiapkali, bila ada majlis-majlis tertentu yang dihadiri oleh kaum-kaum ibu veteren, akan tersangkutlah mataku apabila 2 hingga 4 orang kaum ibu tersebut berkumpul, berbual-bual sesama mereka, lalu mengeluarkan sesuatu dari dalam beg, kemudian diletakkan ditengah-tengah grup itu,
lalu, selepas itu ku lihat mereka mengunyah-ngunyah akan sesuatu yang tidak aku ketahui ( walaupun pada waktu itu mereka baru sahaja lepas menghabiskan hidangan makanan )
Apakah gerangannya makanan tambahan itu? sedap ka?
Lalu ku risik-risik seseorang yang pakar tentang hal ini, dan mendapat jawapannya,apa yang ku katakan makanan tambahan itu adalah " Tinggaton " , ditempatkan dalam satu tempat yang dinamakan "Kampil" (dalam bahasa Rungus), Po-nging-gatan ( dalam bahasa Dusun), tapak sirih ( dalam bahasa Melayu ), Bahasa Inggerisnya (aku tidak tahu..hehe...)<!-- more -->
A. Mengenal Kampil Dan Isinya
Kampil kosong. |
Ini gambar Kampil. Dalam kampil ada lugus( pinang ),Kalakati (pemotong),Toopuhan (tempat kapur sirih),tosu(sirih),gambir,miyak munung(pelembab bibir) dan Potokia(tempat sigup)
i - Tinggaton ( Bahasa Rungus ), Lugus (Bahasa Dusun), Pinang (B. Melayu), Battelnut (B.Inggeris)
Tinggaton merupakan satu bahan asas dalam sebuah kampil. Rasanya agak kelat. Kekelatannya berbeza mengikut baka pokok pinang.
Disebabkan ianya agak keras untuk dikunyah, generasi lama biasanya menghirisnya nipis-nipis, kemudian dimasukkan dalam 'Gugukan' untuk dihancur lumatkan. Gugukan diperbuat daripada besi yang dibuat lubang ditengah-tengahnya dan ada antannya yang tersendiri.
( macam lesung gitu..! )
Alternatif lain adalah menggantikan tinggaton tersebut dengan 'Kusop' iaitu pinang muda. Kusop dimakan sekali dengan kulitnya dan sisa yang akan dibuang dipanggil Sampal.
Tinggaton/ lugus ini banyak didapati di tamu-tamu yang kebanyakannya dijual oleh penduduk kampung dan dijual 3-5 biji seringgit.
ii) Kalakati
Pisau pemotong pinang yang diperbuat daripada besi, fungsinya mengupas kulit pinang tua, memotongnya kepada bahagian2 kecil serta menghiris pinang nipis-nipis sebelum dimakan atau dihancur lumatkan.
sedang menggunakan kalakati untuk mengupas kulit pinang. |
iii)Potokia ( izanan do noridis / tiesison )
Dalam potokia ada tisis/sigup/suntil.
Tisis adalah daun tembakau yang dihiris halus-halus, dikeringkan,diembunkan sehingga dia benar-benar masak. Rasanya agak pahit dan pedas. Apabila dipakai oleh orang yang tidak biasa, tisis tersebut akan membuat orang tersebut pening-pening lalat.
Tisis dipakai dengan cara membentuknya menjadi bulatan kecil ( kadang-kadang besar) lalu disisipkan diantara bibir dan gusi. Ataupun dikepit oleh bibir sahaja.
Inuhub ( daun tembakau yang di'uhub'(dibakar dengan api) juga sering digunakan selain tisis/sigup.
Saya pernah bertanya kepada orang yang memakai tisis ini, macamana kalau langsung tiada tisis/sigup ? kata mereka " Biar tidak makan nasi daripada tidak mengisis.." hahaha...
iv) Toopuhan
Tempat kapur sirih. Kapur sirih ini diperbuat daripada kerang-kerangan yang sudah kering.
Kapur yang biasanya dijual dalam bentuk tepung, akan dicampurkan sedikit air lalu diletakkan dalam toopuhan.
Kapur tersebut dioleskan sedikit sahaja pada daun sirih sebelum memakannya. Kapur yang dimakan bersama sirih inilah yang memberi warna merah coklat mulut si pemakan sirih.
v) Tosu
Ianya dimakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Rasanya agak tajam.
vi) Gambir
Ada pelbagai jenis gambir. Jenis gambir yang ditunjukkan dalam gambar dinamakan Kodoroi, iaitu daun pokok yang telah dikeringkan. Pokok Kodoroi tumbuh di hutan-hutan tebal sahaja.
Fungsi Kodoroi adalah untuk mengurangkan rasa kelat supaya rasa makan tinggaton lebih "orinsak" ( uUmmph..! )
vii) Miyak ( Rilin )
Miyak-(minyak), bertindak sebagai 'Lip Balm'. Miyak munung ( minyak bibir) yang digunakan dinamakan 'Rilin', iaitu bahan yang didapati apabila mengambil madu lebah.
Ianya dipakai dengan cara mengoleskannya pada bibir untuk mengelakkan bibir kering.
B. Memakan Sirih Menurut Persepsi Si Pemakan Sirih
a) Layanan wajib kepada tetamu suatu ketika dahulu.
b) Menjadikan perbualan lebih mesra dan menarik.
c) Mengeratkan/ memelihara persahabatan.
d) menjimatkan. ( Tidak perlu menyediakan minuman/makanan, tetamu cuma disorongkan dengan kampil).
e) Amalan mengunyah pinang menurut veteren ini, boleh menguatkan gigi.
Sedang megingat..? hehe.. |
a ) Pada masa sekarang, penggunaan Kampil yang asli telah digantikan dengan beg-beg kecil untuk memudahkan ianya mudah dibawa ke mana-mana.
Kampil/tapak sirih Moden. |
c) Apabila tiesison 'hilang bisa' ( tidak pedas),ianya dioleskan sedikit kapur siri untuk mengembalikan bisanya.
d) Mengisis tidak semestinya makan sirih.
e) Kapur sirih boleh digunakan dalam masakan terutamanya pembuatan kuih-muih, agar kuih empuk dan lazat.
f) Kapur boleh melukakan gusi apabila digunakan berlebihan.
g) Amalan makan sirih di mata saya, boleh mengotorkan gigi..(SORRY..!;;:D)
Pengalaman Si Labu;
Bila si Labu makan sirih, dengan mengunyah, menelan,menyisipkan segala macam yg ada dalam kampil - fullblast semua ingredients :D, selepas 2-3 minit, peluh di muka si Labu mula mengalir...kemudian timbul tompok-tompok merah di tangan terutama di dada, Muka si Labu jadi merah & panas- rasa macam kena bahang, pas tu terasa rimas dan pening..! namun kesan itu sekejap saja..adalah 5-7 minit..hehe..
Habis cerita.....
No comments:
Post a Comment