yang penting mata dapat melihat ! |
Memperkatakan tentang kesihatan mata, ianya selalu dikaitkan dgn lobak..tak kira la lobak merah ka..putih ka..purple kaa..coklat kaa..yang penting namanya lobak. vit C dan beta karotena yg terkandung dlm lobak amat penting untuk kesihatan mata.
Dipendekkan cerita..prestasi mata bergantung juga pada usia seseorang..semakin senja usia kita, semakin berkurangan lah prestasi pencapaian si mata..alamat spek la jawapannya..
Berbalik pada si labu ni, prestasi mata ini mula merosot ketika tinggal d asrama kampung dulu..(mo pecah resiah dulu..:D
Gara-gara mo extend masa study untuk lulus periksa SRP, (PMR),kami pakai lilin. Takut pula aku ingat skrg. Memang prohibited sangat2..ya laa..takut nanti berlaku kebakaran allahuallammm...nasib baik, panjaaangg umur.
Di asrama kg dulu, masih ku ingat,jam 10.00pm jak,akan kedengaranlah teriakan.." Tutupp LLampuuuu"!!!...dan semua penghuni asrama mesti sudah stenby dengan selimut masing-masing.
Rasanya mukadimah dah meleret-leret.. hehe..belum lagi sentuh-sentuh topik sebenar..biasalah..pagi-pagi..idea keluar tajuk memang hao lio punya hahaha...
Yang aku heran ni plak..sejak bila aku mula switch on dgn contact lens aku dh lupa..rasanya ianya bermula oleh rasa ingin mencuba...dan ketika aku hairan bin ajaib,..Si Dia Orang Asia..Dusun tulin,tapi kenapa matanya biru? ..kolot..kolot..
Sebelum ini, aku telah bertukar cermin mata sebanyak lima kali.
Semua dah K.O cermin2 mata ku.Masing2 aku terpijak sc tdk sengaja, lupa di kedai makan,jatuh di laut, tercalar banyak..dan yang satu lgi tu,setiap kali aku pakai, mesti ada dua bekas merah di hidung aku kena penongkat cermin tu...tu yg bikin aku mlas sngat.. cermin mata murah hehe..dah malas bikin yg mahal2..rugi jak, last2 di buang juga..cuai punya pasal!
Dan mula lah si Labu surf-surf di internet tentang contact lens.. mana2 yg berkenan..apa-apa lah!
Alohaa! belambak pula iklan "mata" di internet..kalo nak befasion memang banyak pilihan! mau mata macam tu katun barbie ,mata nike, mata kuntilanak, mata bercahaya macam rimau pun ada..macam-macam ada..!.
So..sblum buat pilihan aku test balik degree mata ku.
Dari left 100, right 125 sekarang dah naik left 120, right 175..sesuatu yg tidak kuasa aku banggakan..patutlah cermin mata ku yg dulu..bila aku pakai pun , aku masih tidak dpt melihat dgn jelas objek jauh walaupun ada spek..cillabaiii...! kiranya aku ni rabun jauh..cahaya terfokus di hadapan retina.:D
a) jenis-jenis contact lens
Ni dia..mata yang ku cedok di internet..kalo nak ambik semua, grenti penuh ruangan blog aku ni..:D
mari !..ku bagi nama setiap satu ni..mata katak, mata zebra, mata org sakit, mata bintang, mata kucing, gelap mata hitamku, mata org baru mati, mata alien..mcam2..! |
Yang ini agak cool... semua aku suka kecuali mata kucing, mata salji, mata merah yg diselang selikn dgn warna hitam tu...(P/s- sembarang ja aku bagi nama..! ) |
amboii..amboii... |
wahh..! handsome gilaks la lu..mengancam..! |
Yang ni aku suka... |
Gambar yang di bawah ni pla adalah mata-mata si Labu..pas ni mo buang 3 pasang
( expire) Benda ni kalo dah expire..jan pandai-pandai nak extend. Itu pun kalo sayang mata..
b) Cara Pemakaian Contact Lens
Aku masi ingat..mula-mula aku pakai contact lens, lama juga la percubaan ku, berkali-kali lens tu jatuh di meja, dicuci balik2 oleh pekerja sana..malu pun ada.Lama-kelamaan ok juga la..kira dh expert daaa....
Yang penting harus kena selalu tanya pada yang expert jika ada kemusykilan .or surf jak d tenet info2 yg diperlu kn..kn senang..
Beberapa perkara di bawah ni, kiranya aku senduk2 dari tmpat org/ dari site2 tertentu,tentang cara-cara pemakaian contact lens.
i ) Cuci tangan dulu.
ii) Dengan menggunakan alat penyepit
( boleh dilihat di gambar travel pack),letakkan contact lens tu
di hujung jari telunjuk.
iii) Tambahkan bukaan mata dgn menggunakan jari tengah
tangan kiri dan kanan ( terutama bagi yg mata sepet )
iV) Letakkan kanta pada anak mata,
pejamkan mata perlahan-lahan.
Mengeluarkan kanta Lekap;
i ) Cuci tangan dulu.
ii) Gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati
ke bahagian putih mata, dari situ kepit kanta lekap
perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk & ibu jari dan
keluarkannya dari mata.
Gambar di atas adalah sebagai petunjuk
bentuk kanta lekap yang betul dan salah sebelum dipakai.
Memakai kanta lekap yang terbalik akan menimbulkan
ketidakselesaan pada mata.
c) Penjagaan Contact Lens
i) Kuku yang panjang boleh mengoyakkan kanta.
ii) Simpan contact lens dalam bekas yang sesuai.
iii) Gunakan pembersih khas, bukan air biasa.
iv) Penggunaan ubat titis adalah mengikut keperluan.
d) Beberapa peringatan bila dah on dengan contact lens
i) Sentiasa cuci tangan dengan bersih sebelum memakai dan
sewaktu mengeluarkan contact lens.
ii) Cuci bekas sekali seminggu. Keringkan bekas dan bilas semula dengan
cecair pencuci khas.
iii) Contact lens direndam sekurang-kurangnya 4 jam dgn
bahan pencuci khas sebelum dipakai. Semakin lama direndam
semakin baik. Kurang daripada itu akan menyebabkan
ketidakselesaan pada mata.
iv) Jangan memakai/ extend pemakaian contact lens yang dah expire.
v) Elakkan memegang kanta jika membawa bahan kimia.
vi) Tempoh pemakaian contact lens adalah selama 8 jam.
Tanggalkan sebelum tidur.
Pencuci Kanta Lekap ( Contact Lens solution )
AO SEPT disinfecting solution - bahan pencuci pertama aku guna, kira ok juga la..bila dah habis, aku kirim dgn darling ku pencuci jenama yg sama..dia beli kan pula aku yang ini;
Aquify Multi purpose contact lens solution..Aku tidak tahu mana silapnya, aku guna yang ini,pandanganku kadang-kadang blurr.
OPTI-FREE Express-Lasting Comfort.. aku akan kekal menggunakan jenama ini! Kompom! with this brand..no more Blurry..!! cayoo..!
My Travel pack |
Alat penyepit kanta |
Cerita Pahitku menggunakan kanta lekap;
Seperti dalam tajuk lagu " Mentari Merah Di Ufuk Timur" yang diubahsuai menjadi "Mata Ku Merah DiTumbuk Timur" , mata kiri ku pernah seperti dalam gambar ini;
Aku memberi alasan kepada rakan-rakan sekerja yang mataku dilastik ranting bunga raya ketika aku sedang menguruskan bunga-bungaku. Tapi sebenarnya ianya terjadi akibat tindakbalas dua bahan pencuci kanta lekap yang bercampur akibat kecuaianku...alasan malu mengaku kecuaian lah tu..:D.
Memang padan muka ku. Seminggu lamanya pandanganku kabur kerana melupakan pemakaian kanta lekap ( cermin mata yang aku ada pula, tidak lagi sesuai dgn degree mataku ).
Ianya tidak sakit, tapi bila orang sekeliling tengok semacam jak..lain pula perasaan ini. Mungkin mereka fikir aku ini mempunyai sejenis penyakit mata yang merbahaya dan perlu dijauhi.
Kesimpulannya kena berhati-hati selalu, cuci bekas sebelum menyimpan contact lens agar tidak berlaku kejadian seperti yg aku alami di atas.
Ending : Demikianlah kisahnya, Credits pada info di sini
..............habiss...
No comments:
Post a Comment