Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Friday, 17 June 2011

Susubu ( Setawar Putih ) & Kegunaannya di mata orang Kg.

Tumbuhan Liar yang cantik dijadikan tanaman hiasan
Nama Saintifik       : Costus Speciosus ( Family Zingiberaceae )
Nama Tempatan    :  Setawar Putih


         Orang Rungus yang tinggal di kawasan perkampungan daerah Pitas, menggelarkan tumbuhan liar ini 'Susubu' , 'Subu-Subu' atau ' Mubu-Subu'.
         Di mataku, tumbuhan ini cantik dan unik. Ianya mempunyai daun yang tersusun rapi pada batangnya yang melingkar bertingkat-tingkat.




           Bunganya yang putih, timbul pada tangkainya yang kelihatan seperti bentuk nanas yang berwarna merah.
           Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang biasanya tumbuh di hutan.  Walaubagaimanapun, kecantikan dan keunikan Susubu ini, menyebabkan ianya sesuai dijadikan tanaman hiasan.  Ianya tidak memerlukan penjagaan yang rapi.


tangkai bunga sebegini menandakan tumbuhan ini tidak subur.

Tangkai bunga kering. Ianya akan kekal di tempatnya selama beberapa minggu.Tangkai bunga ini mengandungi biji.


           Apabila bunganya yang putih layu, tangkai bunga berbentuk nanas akan kekal pada tempatnya untuk beberapa minggu. Ianya akan kering dan bertukar warna menjadi coklat.       
           Dan dari tangkai bunga yang kering itulah terdapatnya biji bunga Susubu yang boleh diambil untuk pembiakbakaan bagi orang yang berminat mengkomersilkan tumbuhan ini.

Laagi gambar susubu..;


                                             Sepatah Kata : Cantik..!

Kegunaan Setawar Putih ( Susubu) di mata orang kampung
i)              Pada suatu ketika dulu, tumbuhan ini akan dicari jika ada ahli dalam sesebuah keluarga yang mengidap penyakit yang mereka panggil Penyakit kembung badan. ( Kembung seluruh badan).
           Tumbuhan ini dijadikan bahan sauna bagi pesakit tersebut;
a)  Susubu yang digunakan mesti yang mempunyai bunga. Keseluruhan tumbuhan tersebut diambil termasuk akarnya sekali, dibersihkan ala kadar kemudian direbus.
b)  Wap daripada rebusan tersebut digunakan oleh pesakit.
c)  Wap tersebut mestilah mengenai seluruh badan pesakit dengan cara menyelubungkan pesakit dengan kain dari aras kepala hingga ke kaki. Penyakit kembung seluruh badan akan segera hilang.


ii)      Orang kampung yang bercadang keluar berburu akan memastikan dahulu tempat di mana Susubu ini tumbuh dengan banyaknya.   
         Tempat itulah yang akan dituju, kerana binatang buruan ( payau ) gemar memakan tumbuhan ini. Habuannya pasti lumayan..!

ii)      Orang kg zaman dahulu tidak mempunyai sistem tandas yang sempurna. Apabila datang niat hendak 'membuang', dgn segera akan berlari ke semak2 yg berhampiran.
         Apa kaitan hal ini dengan Susubu pula? hehe..apabila ada orang yang dengan sengaja 'membuang' di tempat-tempat yang biasa dilalui orang, Susubu lah jawapannya.
         Batang Susubu akan dikerat dan dipacakkan pada 'bahan tinggalan' orang yang tidak bertanggungjawab itu. Hasilnya orang itu kelak akan mendapat Buasir! Siapa lah yang sanggup pi memacak tu arr..? hahaha....

    
Ending : Special thanks to Mr Juwi B.Jina and Mr Jomin B.Mogompit.

..HABIS CERITA.



No comments:

Post a Comment