Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday 22 June 2011

Larian 1murid 1sukan


Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan serentak di seluruh negara pada 2 Julai 2011, sempena pelancaran Dasar 1 Murid 1 sukan yang mula dilaksanakan tahun ini.

     " Larian ini bukan berbentuk pertandingan" kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

     Larian ini juga bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran msyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.

          Larian ini juga diharapkan akan dapat mencipta rekod bagi kategori 'Penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam satu larian' dalam Malaysia Book Of Records, dengan jangkaan penyertaan seramai 3 juta murid dan juga pendidik.

          Tarikh 2 Julai boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa.

          Maklumat boleh didapati di http://moe.gov.my/bsukan .

            Dasar 1 murid 1sukan mewajibkan setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

          Ia berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat yang cergas.

....BERNAMA 

No comments:

Post a Comment