Aku teringin nak berkurapak tentang bunga-bungaku....
Sambil2 tu menjenguk-jenguk juga la di internet info2 yang boleh diguna pakai..mungkin ada juga benefitnya pada org2 yang dah mula terpikat dengan keindahan bunga-bungaan ini tentang panduan bagaimana cara menanam bunga2 tertentu, penjagaannya dan hal2 lain yang sewaktu dengannya..
Amboii..hot si Bunga ni..! |
Halaman rumahpun akan berseri-seri andai dihiasi dengan bunga-bungaan..dan yg paling penting, boleh dijadikan bahan bussiness bagi yg berminat.
Tapi aku tanam bunga ni sekadar hobi jak..manalah tau..kot2 keluar satu gayung peluh..kira salah satu exersice juga untuk mengurangkan lemak-lemak yang bergayutan di badanku ini..hehe..
Ko tinguk!..ada orang namanya Bunga Cinta Lestari..mcm janggal plak aku rasa nama tu..( sorry ye BCL- chayooo!)
Aku sempat snap kereta Hilux double cab yg sarat dengan bunga-bunga yang dijual !
a. Mari mula...!!
Aku sudah lupa sejak bila minatku terhadap menanam bunga ini bermula..yg pastinya, setiap kali aku keluar ke pekan, aku akan melalui rumah jiran2 ku..amboii..bukan main berseri-seri halaman rumah mereka...Warna-warni..dan kelihatan begitu meriah sekali..!!
Sana sini topik bunga....terutamanya bunga keladi. Lalu aku check2 di internet tekejut beruk juga, rupanya ada lebih 200 spesis bunga keladi pelbagai corak dan warna di dunia ini.
Yang aku ni, biasa tngok keladi yg tumbuh meliar di belakang rumah jak.. keladi yang boleh dibuat sayur..sedap kalau dicampur sambaat atau dibuat Bintanok.( makanan tradisi org Dusun ),
Jadi umpama virus yang mudah berjangkit, dan aku pula lemah antibodi, maka aku pun terjangkitlah dengan penyakit 'bebunga' ini. Ni semua kengkawan ku tu punya pasal, begitu rancak ajak aku tanam bunga..
Langkah pertama ku, selain daripada bertanya kawan-kawan sejiran bagaimana mo menanam bunga ni, aku dapatkan buku untuk aku sebagai panduan....( ada dua tapi, yg satu lagi orang pinjam, tidak di kembalikan..aku lupa siapa pinjam..derma paksa lah..!:D )
Tanaman Hiasan RM 21.00 |
Minat aku cenderung pada bunga keladi, sekarang ini, kira punya kira aku ada 49 spesis bunga keladi.
Walau bagaimana pun selain keladi, asal saja nama bunga dan cantik di mataku.. memang aku suka punya. Sekarang, penuh bawah kulung rumah ku oleh bunga-bungaan..
b. Asas Tanaman Pokok Dalam Bekas / Pasu
Maklumat atau info di atas memang aku suka dan amat berguna sekali!
Sebelum dapat info ni, penuh satu pasu tu dengan tanah oleh ku..aku siram saja, tanah sampai melimpah keluar!
Sungkup menyungkup ni pula, sebelum ini tiada lah dalam kamus aku menanam bunga.
Medium tanaman pula, cincai lah..asal saja namanya tanah..masuk teruss dalam pasu..begitu juga dgn lapisan penapis medium..binatang apa tu?! patutlah bunga-bungaku sebelum ni terkulai semacam jak...lembik tak bermaya..
Ruang Air - membolehkan air siraman atau air hujan dapat bertakung
seketika untuk proses penyerapan bagi membasahi
keseluruhan medium tanaman.
Sungkupan - contoh : serbuk kayu, sekam padi
( bahan buangan kilang), sabut kelapa (disiat-siat kecil),
Hampas atau bahan buangan kilang memproses kelapa sawit,
bunga kelapa sawit
- fungsi- i) menutup medium daripada terkena bahang
terik matahari yang boleh mengakibatkan
medium keras dan menyukarkan pertumbuhan
akar pokok-mengekalkan kelembaban.
ii) Baja bijian yang ditabur tidak mudah terpercik.
iii) Bahan sungkupan yang mereput boleh membekalkan
bahan organik pada pokok,
iv) Mencantikkan permukaan pasu.
Medium Tanaman - Campuran tanah peroi, Tanah gambut, Pasir sungai
dan Bahan Organik mengikut nisbah yang sesuai..
Kalau nak tahu,saya syorkan dapatkan buku di atas..
atau tanya cikgu2 yg mengajar kemahiran Hidup
Tahun 6 di sekolah2 kerajaan haha...
....Alkisahnya banyak lagi perkara2 penting yg perlu diketahui sekiranya ada keinginan untuk menanam bunga ni..( gambarajah dan maklumat --> aku ciplak tempat orang (TQ in advance kepada empunya)..kiranya bukan original dari dalam fikiran si LABU...hehe..sorry..jan saman yee...:D..)
c. Penjagaan
Lawalah Gonob..hehe.. |
Aku biasanya menyiram pokok-pokok bungaku waktu petang saja ( pagi aku pi keja..),
atau aku lihat pada keperluannya..aku menentukan samaada pokok2 bungaku perlu disiram atau tidak dengan
merasa menggunakan jari kelembaban pada medium tanaman. Kalau medium tanaman tu kering.. air lah jawapannya. Terlebih siram pula akan menyebabkan batang pokok bunga menjadi longlai semacam..semakin layu dan akhirnya akan mati...
Penggemburan tanah sering juga aku lakukan agar air dapat meresap dengan baik dan dapat digunakan oleh akar tanaman aku untuk proses tumbesaran.
Aktiviti weeding pun besa laa..ini dilakukan untuk mengelakkan tanaman kita kerebutan nutrien oleh tumbuhan yang tidak diingini yang tumbuh dalam pasu yang sama..lagi pun kurang cantik kalau pasu tu semak oleh tumbuhansing ( aikk..keluar pula bahasa baru aku..ada ke perkataan tu??!!hahaha...
Aku biasa menggunakan baja organik- tahi kambing ( yg sudah diproses ) serta baja bijian - slow release fertilizer untuk membekalkan nutrien pada pokok2 bungaku.
Baja slow release fertilizer ni,agak mahal tapi berbaloi..tidak perlu selalu membaja. Aku menggunakannya sekali dalam 6 bulan.. baja organik pula bubuhlah banyak pun ianya tidak memudaratkan atau mencederakan batang pokok..
Bahan sungkupan pula aku gunakan hampas kelapa sawit dan sabut kelapa yang biasa ku beli di satu tempat tertentu di kawasan aku ni, atau ku beli dari penjual2 bunga...tidak mahal..RM 3 jak satu plastik, satu karung RM 12.
Aku akan memindahkan pokok-pokok di pasu yang lebih besar jika bunga2 ku sampai ke tahap pembesaran yang tidak dapat ditampung oleh pasu yang kecil.
Bekas tanaman atau pasu, kalau tidak dibeli di kedai..hentam saja mana2 gelen yang besar sikit..buat lubang di dasarnya..sudah jadi !..hehe..janji lawas..!!:D..save bajet...
Oh ya..di mana aku dapatkan anak2 pokok bunga?? senang ja..setiap tamu mingguan, maka muka aku jak bertenggek bercerita dengan penjual bunga sambil round2 tngok mana jenis bunga yang ku suka.
Kalau hati dah terpikat....hemm..apa lagi? beli lah..:D!! setakat ni bungaku yang paling mahal ( spesis bunga keladi ) berharga RM 80 itu pun berabis suda ku les..less..
Kengkadang tu, main tukar2 dengan kawan-kawan sejiran, mana aku tiada, dia ada, mana dia tiada, aku ada..tukar-tukar..( sistem barter moden )..syok juga laa..siap dgn aktiviti berbalas-balas lawatan..!
Selain tu, kakak2 ku, mama ku rajin mencarikan aku bunga-buangan untuk ditambah pada koleksi bunga-bungaku.
Seperkara benda lucu yang aku buat untuk menjaga bunga-bungaku, aku cuci daun bungaku dengan menggunakan span pencuci piring!!nampak berkilat dan subur!
Pada waktu malam, aku keluar meronda..!- aktiviti suluh-menyuluh daun-daun bunga keladi untuk check samaada ,ada Giuk ka tiada.. tau ke apa tu Giuk? ulat besar! perosak bunga keladi..eeiii..geli..!Ulat ini biasanya keluar pada waktu malam untuk melahap daun-daun atau pucuk-pucuk muda..
Pasu kotor..!!! hahaha... |
d. Koleksi bunga keladi ku.( caladium )
Berikutnya aku aplod la kunu koleksi bunga-bungaan ku..;
Sesetengah bunga keladi ( caladium ) ini memerlukan cahaya matahari untuk tumbesaran yang UUmmphh..!
Jika mendapat cahaya yang mencukupi, warnanya akan bertambah mantap- full volume! batangnya pula pendek tapi kuat....(pindik-pindik tagap!)
Tapi kalau sebaliknya, batang bunga tu sahaja yang akan memanjang..kurus dan mudah patah!...corak pada daunnya pula tidak terserlah..mcm sesetengah aku punya juga..:D
Jangan lupa tengok daun bunga keladi yang paling besar pernah ku jumpa di hutan...
e.Lagi bunga ku pelbagai spesis- Philodendron, Aglaonema, Sansevieria, Anthurium, Episcia..mcm2 lh..tak kuasa aku ingat/ sebut..melilit lidah!
Si dia yang beSaR..! |
Tiger! |
Spesis Sansevieria;
Anak2 bunga menunggu dgn sabar utk diurus.. |
Baru ku tahu..rupanya berbunga juga spesis ni..Cantikkk..! |
dengan teknik penjagaan tertentu mcam dlm link di atas
Spesis Aglaonema
Spesis ni kan..boleh tahan juga harganya di pasaran.. aku punya ni kn ..susah sangat aku tunggu daunnya melebat..mngkin silap teknik kot..:D.
Spesis Begonia (daun-daun bunga spesis Begonia ku mengintai..)
Hahh..ini lah yg aku ada..:), bunga spesis ni elok di tempatkan di ruangan yang agak redup kerana daunnya kurang lasak..mudah masak oleh cahaya matahari!
Ada pelbagai jenis bunga Begonia..tapi mlangnya stakat ini, ini jak yg ku jumpa. Mata ini betul2 rambang..! kalau dipenuhi smua keinginan ku..2 padang bola pun blum tntu cukup utk ku tmpat kn semua bunga2 ku..!
Pelbagai corak dan warna..cantikk..! ( Orang punya ) |
Satu kelemahan nya pula..aktiviti menyiram,..kadang-kadang kalau datang penyakit malasku..cuti-cuti Malaysia lah bunga-bunga ku ini minum air seharian....
f. Si dia..musuh aku.
Kalau sesuatu benda tu kita sayang..pastinya akan sentiasa kita jaga..betul tak?
Aku sayang semua bunga-bungaku..tapi kehadiran haiwan perosak cth : belalang, siput,sepah bulan, ulat yang suka makan daun muda, kengkadang pandai bikin aku biul dan geram..
Dah la penat-penat kita jaga, kalau tetiba habis daunnya menjelang keesokan harinya..Ermmm..! Geram! Jadinya aku on dengan racun serangga untuk menjaga bunga-bungaku..
Dan pastinya menggunakan racun tersebut berdasarkan pada arahan penggunaan seperti yang tertera di pek racun serangga tersebut..
Ni lagi satu..ayam2 jiran ku yang satu tu pun semacam.
Gara2 mo bertelur..habis pasu-pasuku tunggang tebalik siap dengan tanahnya bersepah. Patah mematah sana sini ...Adess!!! Geram Tahap Gaban! Ini macam arr..betul2 nda asi punya. Oii..!! kasi kurung ayam kamurang tu woiii...!!!
Selalu juga kiranya bunga-bunga ku ni datang penyakitnya.
Yang paling aku tidak suka jangkitan kulat pada pokok-pokok bunga ( biasanya kelihatan seperti serbuk putih yang bertompok-tompok pada daun ).
Masalah sebegini jawapannya- guna racun lah..yang tu Molotiun pun boleh ..tapi racun nama Molotiun ini, bau hapaknya pun bukan main lagi mencucuk hidung!
g. Gambar musuh ku..
Berikut adalah gambar salah satu musuh bunga-bunga keladiku..sempat ku snap sebelum dia bertemu ajalnya di tapak kaki ku..
Gambar Low Quality :D |
Si dia sedang bersantap... |
Rosak..!! |
Ini dia..comel pun ada..yakkk..! kalo tngah asyik, matanya tidak sebesar ini..diusik sikit saja..matanya akan terus terbuka..! |
Di sini dia sembunyi..! kadang2 di belakang daun. Lihat matanya..sdg tertutup.. |
Ni lagi si Hijau ni..macam keretapi bernyawa! |
Yang ni Si Hijau kecil..geli aku tengok..! |
h. Last sekali gambar bunga ku dikerjakan oleh musuhnya..!;
Botak..! |
........Pesanan penaja--> cintai alam hijau..jgn malas2 siram bunga!...
No comments:
Post a Comment