Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Thursday 23 June 2011

Pokok Tetulang


Apa dalam fikiranku ketika pertama kali nampak pokok Tetulang?
          a)   Hairan bin ajaib akan sifat fizikalnya.
          b)  Tidak tahu akan nama sebenarnya.
          c)  Ingin menanamnya- mengambil sebagai tanaman hiasan.
          d)  Berfikir- pasti ada manfaat disebalik keunikan pokok itu.

                        Nama Saitifik  : Euphorbia Tirucalli
                   Nama Tempatan  : Pokok Tetulang/Pokok Tulang-Tulang
                                             /Pokok  Patah Tulang


Kenapa Nama Pokok Tulang?

:D

A.              Pertama kali aku melihat pokok ini di halaman rumah jiranku, aku terus terpikat dengan keunikannya. Terlalu banyak dahan tanpa daun atau bunga apalagi buahnya.

           Jiranku mematahkan salah satu cabang pokok tersebut yang mempunyai banyak lagi dahan-dahan kecil bercabang-cabang untuk ku tanam. 

           Beberapa bulan kemudian, kulihat pokok tetulang yang kutanam itu semakin meninggi dan semakin tinggi di halaman rumah.

           Lalu, aku tanam dua pokok tetulang lagi di tempat yang terbuka yang dilimpahi cahaya sebagai penyeri laman bilik guru di sekolah...(tuu na dlm gmbar tu hehe...)

a) Pokok ini mengeluarkan getah putih apabila dahannya yang matang patah (getah
yang agak melekit) Orang Kampung mengatakan getah pokok tulang ini merbahaya jika terkena di mata, terutama bagi kanak-kanak.


b) Ianya tumbuh subur di tempat terbuka dan menyukai cahaya yang terang.

c) Pokok ini sebenarnya mempunyai daun apabila dilihat dengan teliti.
(Daun- daun yang 'kontot' halus-halus), salah seorang kawanku mengatakan, daun-daun halus itulah yang akan membesar/tumbuh berubah menjadi dahan/tulang pokok tersebut.

d) Semakin ia dicantas rendah, semakin rimbun ia dan semakin banyak
pula dahan/tulangnya tumbuh dalam keadaan yang tidak tersusun...( sepatah kata : unik ! )

          Pokok yang kedua ini, pada mulanya kusangkakan sudah mati. Ini kerana dahan utama pokok ini dahulu pernah kulihat sudah bertukar warna menjadi coklat. Aku hampir-hampir sahaja mencabut pokok ini dari dalam tayar itu dan menggantikannya dgn tanaman hiasan lain.

          Namun, aku belum berkesempatan mencabutnya, lalu tetiba kulihat ianya sudah subur sebegini selepas beberapa bulan aku terlepas pandang! masih hidup lagi rupanya..



Tengok dgn teliti..ianya mempunyai daun-daun yang halus...!
B.       Akhbar Mingguan Malaysia telah menyiarkan artikel tentang pokok tetulang ini. Ianya dikategorikan sebagai tumbuhan herba;

         Getah yang keluar daripada dahan pokok ini boleh digunakan untuk mengubati luka apabila terpijak kaca atau tertusuk duri dengan menyapukan getah tersebut pada bahagian yang sakit.

         Selain daripada itu, pokok tetulang ini juga mampu mengubati sakit-sakit urat, terseliuh/ patah-patah ringan anggota badan, bisul dan kesan bengkak, di mana ranting dahannya dilayurkan atas api, lalu dituapkan pada bahagian yang mrngalami sakit itu kemudian dibalut dengan kain bersih. Lakukan ini sehingga kesakitan reda dan hilang.

         Ataupun dengan melumatkan ranting/ dahan pokok ini lalu ditempelkan pada bahagian yang sakit kemudian dibalut dengan kain yang bersih.


Info terkini : www.rahsiaherba.com




.......................................End of Topic..!         
         

4 comments:

  1. Hai...dimana boleh dapat ni pokok a?mau dapatkan segera utk rawatan patah tulang abg saya.trma kasih.

    ReplyDelete
  2. CheSoh Pakar Urut Bangi.Guna pokok
    Setulang buat minyak urut sakit sendi
    tulang, patah, saraf.
    Siapa ada masalah tel.0176823768.

    ReplyDelete
  3. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    ReplyDelete