Kali pertama aku melihat Chinese Serial Drama 'Condor Hero'..mata ku terpana oleh seraut wajah yang paling cantik....paling cantik di dunia ini dalam pandanganku...
Kenapa lah ada yang menyatakan dia ada bedah sini, bedah sana..aku tak peduli. Undi ku mutlak. Dia paling cantik..wajahnya manis..comel keanak-anakan..dia kelihatan lemah lembut...clasical looks pun dia juga...aduhai....
Namanya Liu Yi Fei. Nama realnya Liu Qian Mei Zi. Seorang pelakon, penyanyi dan modeling. Lahir di Wuhan, Hubei, China pada 25 Aug 1987..kiranya sekarang, umurnya 24 tahun.
Pada usia muda 8 tahun, dia sudah memulakan karier modeling dan dilatih menyanyi, menari dan bermain piano. Pernah menetap selama 4 tahun di US, dan kembali ke China pada 2002 dan meneruskan karier modeling dan berlakon.
Dalam karier menyanyi, lagunya ' The Gate Of Late Night' menjadi lagu tema dalam filem animasi bersiri oleh Tokyo TV.
..tengok gambar-gambar di bawah..kamu pasti setuju dangan ku..bahawa dia paling cantik.
aduhai si cantik manis...lebiu.
....................The End.
Read more...
Read more...
Saturday, 25 June 2011
Friday, 24 June 2011
Bau Ketiak..!
Masih ku ingat...sungguh seksa rasanya apabila 'terpaksa' mencium bau ketiak orang...'lansi' dan memualkan..! kawan baik lagi tu!!..nak tegur segan..wajahnya cantik..boleh tahan..tapi bau badan tu..betul-betul bikin jatuh saham..
Aku dan dua org lagi kawan ku 'besorong-sorong' nak tegur..tapi memang kami tak sanggup..tak sampai hati..! Lepas mandi, memang 'fresh' duk dekat2 dia..sebab pakai talkum.. tapi lepas sahaja 2-3 jam, bau yang tidak menyenangkan tu..datang lagi..!!
Kelenjar peluh yang kecil2 terdapat di seluruh badan kita dan banyak didapati di bahagian tapak tangan, tapak kaki, dahi dan ketiak.
Ada dua jenis kelenjar peluh yang utama dalam badan iaitu;
a) Kelenjar peluh Ekrin
b) Kelenjar peluh Apokrin
Kelenjar peluh Ekrin, merembeskan peluh yang lebih berair dan tidak berbau. Peluh tersebut itulah yang biasanya kita lap menggunakan sapu tangan atau tuala-tuala kecil. Peluh ini mudah tersejat atau kering.
Berbeza pula halnya dengan peluh yang dirembeskan oleh kelenjar peluh Apokrin yang terdapat banyaknya di ketiak,bahagian pubic dan di kawasan berpigmen buah dada(areola).
Pada mulanya, peluh yang dikeluarkan oleh kelenjar Apokrin ini tidaklah berbau, tetapi apabila ianya terpecah oleh folikel rambut dan oleh sel-sel kulit di ketiak, dan bertindakbalas dengan bakteria, ia akan menghasilkan satu bahan bau yang dalam sainsnya dipanggil 3-methyl-2-hexenoic...Inilah spesis bau yang tidak ingin ku hidu..! masam..langsi..Bikin Muntah..!
Banyak petua2 yang ku baca tentang bagaimana menghilangkan bau peluh yang tidak menyenangkan itu..antaranya (kaedah tradisional)
a) Daun sirih- lumatkan dan disapu pada ketiak.
b) Daun Selasih/ kemangi
(basil-org putih/Lompodos-Rungus/ Baing-Dusun)-dijadikan ulam
c) Limau Purut- dibuat ulam & dilumur pada badanKaedah moden pula- penggunaan deodorant
Tidak kira secara tradisional atau moden yang anda gunakan..kenapa tidak ambil cara paling mudah,murah dan selamat?;
AGNESIA-Antiseptic Dusting Powder |
.................Habis.
Read more...
Read more...
Labels:
just sharing..
Thursday, 23 June 2011
Pokok Tetulang
Apa dalam fikiranku ketika pertama kali nampak pokok Tetulang?
a) Hairan bin ajaib akan sifat fizikalnya.
b) Tidak tahu akan nama sebenarnya.
c) Ingin menanamnya- mengambil sebagai tanaman hiasan.
d) Berfikir- pasti ada manfaat disebalik keunikan pokok itu.
Nama Saitifik : Euphorbia Tirucalli
Nama Tempatan : Pokok Tetulang/Pokok Tulang-Tulang
/Pokok Patah Tulang
Kenapa Nama Pokok Tulang?
:D |
A. Pertama kali aku melihat pokok ini di halaman rumah jiranku, aku terus terpikat dengan keunikannya. Terlalu banyak dahan tanpa daun atau bunga apalagi buahnya.
Jiranku mematahkan salah satu cabang pokok tersebut yang mempunyai banyak lagi dahan-dahan kecil bercabang-cabang untuk ku tanam.
Beberapa bulan kemudian, kulihat pokok tetulang yang kutanam itu semakin meninggi dan semakin tinggi di halaman rumah.
Lalu, aku tanam dua pokok tetulang lagi di tempat yang terbuka yang dilimpahi cahaya sebagai penyeri laman bilik guru di sekolah...(tuu na dlm gmbar tu hehe...)
a) Pokok ini mengeluarkan getah putih apabila dahannya yang matang patah (getah
yang agak melekit) Orang Kampung mengatakan getah pokok tulang ini merbahaya jika terkena di mata, terutama bagi kanak-kanak.
b) Ianya tumbuh subur di tempat terbuka dan menyukai cahaya yang terang.
c) Pokok ini sebenarnya mempunyai daun apabila dilihat dengan teliti.
(Daun- daun yang 'kontot' halus-halus), salah seorang kawanku mengatakan, daun-daun halus itulah yang akan membesar/tumbuh berubah menjadi dahan/tulang pokok tersebut.
d) Semakin ia dicantas rendah, semakin rimbun ia dan semakin banyak
pula dahan/tulangnya tumbuh dalam keadaan yang tidak tersusun...( sepatah kata : unik ! )
Pokok yang kedua ini, pada mulanya kusangkakan sudah mati. Ini kerana dahan utama pokok ini dahulu pernah kulihat sudah bertukar warna menjadi coklat. Aku hampir-hampir sahaja mencabut pokok ini dari dalam tayar itu dan menggantikannya dgn tanaman hiasan lain.
Namun, aku belum berkesempatan mencabutnya, lalu tetiba kulihat ianya sudah subur sebegini selepas beberapa bulan aku terlepas pandang! masih hidup lagi rupanya..
Tengok dgn teliti..ianya mempunyai daun-daun yang halus...! |
Getah yang keluar daripada dahan pokok ini boleh digunakan untuk mengubati luka apabila terpijak kaca atau tertusuk duri dengan menyapukan getah tersebut pada bahagian yang sakit.
Selain daripada itu, pokok tetulang ini juga mampu mengubati sakit-sakit urat, terseliuh/ patah-patah ringan anggota badan, bisul dan kesan bengkak, di mana ranting dahannya dilayurkan atas api, lalu dituapkan pada bahagian yang mrngalami sakit itu kemudian dibalut dengan kain bersih. Lakukan ini sehingga kesakitan reda dan hilang.
Ataupun dengan melumatkan ranting/ dahan pokok ini lalu ditempelkan pada bahagian yang sakit kemudian dibalut dengan kain yang bersih.
Info terkini : www.rahsiaherba.com
.......................................End of Topic..!
Read more...
Read more...
Labels:
flora
Pokok Lipan (Perubatan Moden VS Tradisional)
Family : Euphorbiaceae
Sifat fizikal pokok ini yang beruas-ruas, susunan daunnya yang menyerupai lipan menyebabkan pokok ini digelar Pokok Lipan.
Pokok lipan ini tampil dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hijau tua,hijau sahaja tapi punyai daun yang agak besar, daun berselang warna pink,merah-bergantung pada pendedahan pokok ini kepada cahaya.
Pokok Lipan,sesuai dijadikan tanaman hiasan, tidak perlukan penjagaan rapi. siram sekali sekala pun masih boleh bertahan lama..!
Kawanku memberitahu, pokok lipan ini boleh menghilangkan bengkak atau bisa sengatan lebah.Ibunya memberitahu perkara ini kepada beliau, kerana petua menggunakan getah yang keluar daripada pokok ini, dan disapukan pada bekas sengatan, selalu digunakan oleh ibunya apabila dia disengat penyengat. Almaklum, tinggal di kampung.
Kiranya, secara tradisional, tumbuhan renek ini dikategorikan sebagai tumbuhan herba.
Sebab itulah ibunya mengesyorkan agar dia menanam pokok ini. Di samping sebagai hiasan laman rumahnya...
Walaubagaimana pun, fakta yang menjadi kepercayaan dan amalan tradisional, kadang-kadang bercanggah dengan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh mereka yang Pro.
Dewan Kosmik-Jan 2003 menyatakan tangkai dan daun pokok lipan-Pedilanthus Tithymaloides ini mengandungi bahan kimia Eupharbol yang mengakibatkan kesan alahan kepada individu yang sensitif terhadap alargen. (Kesan alahan- timbul tompokan merah, gatal, keras, melepuh pada kulit yang biasanya timbul beberapa hari selepas sentuhan atau terkena bahan alargen tertentu)
Kesimpulannya...sendiri lah mo ingat..Hehe...pokok lipan aku di bawah kulung rumah pun masih tetap dan berpencen di tempatnya walau pun agak lama juga ku tak sevis..:D
Ending: Special Thanks to Cikgu Murni Abd Hamid.
.......habis.
Pokok Lipan.Pedilanthus Tithymaloides'NANA'-Devil's Backbone |
Pokok lipan ini tampil dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hijau tua,hijau sahaja tapi punyai daun yang agak besar, daun berselang warna pink,merah-bergantung pada pendedahan pokok ini kepada cahaya.
Pokok Lipan,sesuai dijadikan tanaman hiasan, tidak perlukan penjagaan rapi. siram sekali sekala pun masih boleh bertahan lama..!
Kawanku memberitahu, pokok lipan ini boleh menghilangkan bengkak atau bisa sengatan lebah.Ibunya memberitahu perkara ini kepada beliau, kerana petua menggunakan getah yang keluar daripada pokok ini, dan disapukan pada bekas sengatan, selalu digunakan oleh ibunya apabila dia disengat penyengat. Almaklum, tinggal di kampung.
Kiranya, secara tradisional, tumbuhan renek ini dikategorikan sebagai tumbuhan herba.
Sebab itulah ibunya mengesyorkan agar dia menanam pokok ini. Di samping sebagai hiasan laman rumahnya...
Ni dia..pokok lipan yang dimaksudkan... |
Dewan Kosmik-Jan 2003 menyatakan tangkai dan daun pokok lipan-Pedilanthus Tithymaloides ini mengandungi bahan kimia Eupharbol yang mengakibatkan kesan alahan kepada individu yang sensitif terhadap alargen. (Kesan alahan- timbul tompokan merah, gatal, keras, melepuh pada kulit yang biasanya timbul beberapa hari selepas sentuhan atau terkena bahan alargen tertentu)
Kesimpulannya...sendiri lah mo ingat..Hehe...pokok lipan aku di bawah kulung rumah pun masih tetap dan berpencen di tempatnya walau pun agak lama juga ku tak sevis..:D
Ending: Special Thanks to Cikgu Murni Abd Hamid.
.......habis.
Read more...
Read more...
Labels:
flora
Wednesday, 22 June 2011
Larian 1murid 1sukan
Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan serentak di seluruh negara pada 2 Julai 2011, sempena pelancaran Dasar 1 Murid 1 sukan yang mula dilaksanakan tahun ini.
" Larian ini bukan berbentuk pertandingan" kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud.
Larian ini juga bertujuan memupuk budaya sukan dalam kalangan murid sekolah serta mempertingkatkan kesedaran msyarakat terhadap pentingnya penyertaan murid dalam aktiviti sukan.
Larian ini juga diharapkan akan dapat mencipta rekod bagi kategori 'Penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam satu larian' dalam Malaysia Book Of Records, dengan jangkaan penyertaan seramai 3 juta murid dan juga pendidik.
Tarikh 2 Julai boleh dijadikan sebagai hari persekolahan oleh sekolah-sekolah yang mengambil bahagian kerana selain acara larian itu, sekolah juga hendaklah mengadakan aktiviti pendidikan seperti hari persekolahan biasa.
Maklumat boleh didapati di http://moe.gov.my/bsukan .
Dasar 1 murid 1sukan mewajibkan setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan, untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan yang ditawarkan oleh pihak sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.
Ia berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan menyeluruh murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan agar mereka menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat yang cergas.
....BERNAMA
Read more...
Read more...
Labels:
pendidikan
Saturday, 18 June 2011
Duri Landak dan kegunaannya
A) =
Nama Orang Putihnya : Porcupine
Nama Tempatan : Landak Raya
Di Kampung, dipanggil : Vutun
Landak tergolong dalam golongan haiwan eksotik- istimewa dan merupakan antara haiwan yang dilindungi. Keseluruhan badannya ditumbuhi duri yang berfungsi sebagai senjata apabila berdepan pemangsa.
Walau bagaimanapun, tidak semua jenis landak mempunyai bulu yang keras/ duri pada badannya. Landak Trichy Lipura yang terdapat di Borneo, mempunyai bulu yang lembut dan boleh dijadikan haiwan peliharaan.
Daging landak, menurut orang yang pernah memakannya, sedap dimakan dan boleh meningkatkan stamina/tenaga dalaman si pemakan.
B)
i) Digunakan sebagai telunjuk masa mengaji.
ii) Orang kampung mempercayai, penyimpan bulu landak tidak akan terkena 'buatan orang', kerana dipercayai duri landak dapat menangkis ilmu-ilmu jahat yang didatangkan dari luar.
iii)Amat berkesan untuk menghilangkan bisa sengatan/ gigitan lebah,kala jengking, lipan dan sebarang bisa yang dikeluarkan oleh serangga/ haiwan2 lain yang sewaktu dengannya!
Lihat testimoni...:D
Tangan yang gemuk di atas adalah tangan Cikgu Juwi B.Jina. Gemuk itu disebabkan gigitan lipan (di bahagian yang dibulatkan.). Menurut beliau, dia digigit oleh seekor lipan yang agak besar kelmarin. Jadi, kiranya bengkak pada tangan itu adalah hari kedua selepas gigitan lipan.
Hari keempat : Normal
Beliau menggunakan magic pada duri landak untuk menghilangkan bisa gigitan lipan dengan;
a) Membakar sedikit sahaja bahagian pada duri tersebut sehingga hangus.
b) Kikiskan bahagian duri yang telah hangus itu dalam bekas yang sesuai.
c) Hancurkan kikisan tersebut hingga menjadi abu dan tambahkan sedikit minyak pada abu itu untuk membolehkan ianya melekat pada bahagian disengat/gigit.
d) Oleskan pada bahagian yang sakit.
e) Biarkan seberapa lama yang boleh. Bisa sengatan/gigitan akan hilang dengan segera.
Menurut beliau, walaupun masih nampak bengkak , namun rasa sakit tidak terasa lagi. Beliau sering menggunakan cara yang sama apabila disengat lebah ataupun ada ahli keluarganya yang mengalami sengatan atau gigitan binatang berbisa.
Gambar di atas adalah satu-satunya duri landak yang Cikgu Juwi ada. Dia memintanya daripada salah seorang murid beliau yang membawa banyak duri landak ke sekolah untuk dijadikan bahan mainan.
Lepas ni saya pun akan cuba dapatkan satu..hehe..banyak sarang pomosuvon dan lakas bergayutan sana-sini di rumah..
Ending: Special thanks to Mr Juwi Jina.
Pinjamkan aku duri landak tu kalo aku kena sengat pomosuvon!
:D
Read more...
Read more...
Nama Orang Putihnya : Porcupine
Nama Tempatan : Landak Raya
Di Kampung, dipanggil : Vutun
Landak tergolong dalam golongan haiwan eksotik- istimewa dan merupakan antara haiwan yang dilindungi. Keseluruhan badannya ditumbuhi duri yang berfungsi sebagai senjata apabila berdepan pemangsa.
Apa dah jadi..? |
Walau bagaimanapun, tidak semua jenis landak mempunyai bulu yang keras/ duri pada badannya. Landak Trichy Lipura yang terdapat di Borneo, mempunyai bulu yang lembut dan boleh dijadikan haiwan peliharaan.
Daging landak, menurut orang yang pernah memakannya, sedap dimakan dan boleh meningkatkan stamina/tenaga dalaman si pemakan.
B)
i) Digunakan sebagai telunjuk masa mengaji.
ii) Orang kampung mempercayai, penyimpan bulu landak tidak akan terkena 'buatan orang', kerana dipercayai duri landak dapat menangkis ilmu-ilmu jahat yang didatangkan dari luar.
iii)Amat berkesan untuk menghilangkan bisa sengatan/ gigitan lebah,kala jengking, lipan dan sebarang bisa yang dikeluarkan oleh serangga/ haiwan2 lain yang sewaktu dengannya!
Lihat testimoni...:D
Kawasan yang dibulatkan adalah kesan gigitan lipan besar! |
Bengkak pada hari ketiga |
Beliau menggunakan magic pada duri landak untuk menghilangkan bisa gigitan lipan dengan;
a) Membakar sedikit sahaja bahagian pada duri tersebut sehingga hangus.
b) Kikiskan bahagian duri yang telah hangus itu dalam bekas yang sesuai.
c) Hancurkan kikisan tersebut hingga menjadi abu dan tambahkan sedikit minyak pada abu itu untuk membolehkan ianya melekat pada bahagian disengat/gigit.
d) Oleskan pada bahagian yang sakit.
e) Biarkan seberapa lama yang boleh. Bisa sengatan/gigitan akan hilang dengan segera.
Menurut beliau, walaupun masih nampak bengkak , namun rasa sakit tidak terasa lagi. Beliau sering menggunakan cara yang sama apabila disengat lebah ataupun ada ahli keluarganya yang mengalami sengatan atau gigitan binatang berbisa.
Duri Landak Cikgu Juwi. Hujungnya sudah tumpul kerana sudah digunakan. |
Lepas ni saya pun akan cuba dapatkan satu..hehe..banyak sarang pomosuvon dan lakas bergayutan sana-sini di rumah..
Ending: Special thanks to Mr Juwi Jina.
Pinjamkan aku duri landak tu kalo aku kena sengat pomosuvon!
:D
Read more...
Read more...
Labels:
fauna
Friday, 17 June 2011
Susubu ( Setawar Putih ) & Kegunaannya di mata orang Kg.
Tumbuhan Liar yang cantik dijadikan tanaman hiasan |
Nama Tempatan : Setawar Putih
Orang Rungus yang tinggal di kawasan perkampungan daerah Pitas, menggelarkan tumbuhan liar ini 'Susubu' , 'Subu-Subu' atau ' Mubu-Subu'.
Di mataku, tumbuhan ini cantik dan unik. Ianya mempunyai daun yang tersusun rapi pada batangnya yang melingkar bertingkat-tingkat.
Bunganya yang putih, timbul pada tangkainya yang kelihatan seperti bentuk nanas yang berwarna merah.
Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan liar yang biasanya tumbuh di hutan. Walaubagaimanapun, kecantikan dan keunikan Susubu ini, menyebabkan ianya sesuai dijadikan tanaman hiasan. Ianya tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
tangkai bunga sebegini menandakan tumbuhan ini tidak subur. |
Tangkai bunga kering. Ianya akan kekal di tempatnya selama beberapa minggu.Tangkai bunga ini mengandungi biji. |
Apabila bunganya yang putih layu, tangkai bunga berbentuk nanas akan kekal pada tempatnya untuk beberapa minggu. Ianya akan kering dan bertukar warna menjadi coklat.
Dan dari tangkai bunga yang kering itulah terdapatnya biji bunga Susubu yang boleh diambil untuk pembiakbakaan bagi orang yang berminat mengkomersilkan tumbuhan ini.
Laagi gambar susubu..;
Sepatah Kata : Cantik..!
Kegunaan Setawar Putih ( Susubu) di mata orang kampung
i) Pada suatu ketika dulu, tumbuhan ini akan dicari jika ada ahli dalam sesebuah keluarga yang mengidap penyakit yang mereka panggil Penyakit kembung badan. ( Kembung seluruh badan).
Tumbuhan ini dijadikan bahan sauna bagi pesakit tersebut;
a) Susubu yang digunakan mesti yang mempunyai bunga. Keseluruhan tumbuhan tersebut diambil termasuk akarnya sekali, dibersihkan ala kadar kemudian direbus.
b) Wap daripada rebusan tersebut digunakan oleh pesakit.
c) Wap tersebut mestilah mengenai seluruh badan pesakit dengan cara menyelubungkan pesakit dengan kain dari aras kepala hingga ke kaki. Penyakit kembung seluruh badan akan segera hilang.
ii) Orang kampung yang bercadang keluar berburu akan memastikan dahulu tempat di mana Susubu ini tumbuh dengan banyaknya.
Tempat itulah yang akan dituju, kerana binatang buruan ( payau ) gemar memakan tumbuhan ini. Habuannya pasti lumayan..!
ii) Orang kg zaman dahulu tidak mempunyai sistem tandas yang sempurna. Apabila datang niat hendak 'membuang', dgn segera akan berlari ke semak2 yg berhampiran.
Apa kaitan hal ini dengan Susubu pula? hehe..apabila ada orang yang dengan sengaja 'membuang' di tempat-tempat yang biasa dilalui orang, Susubu lah jawapannya.
Batang Susubu akan dikerat dan dipacakkan pada 'bahan tinggalan' orang yang tidak bertanggungjawab itu. Hasilnya orang itu kelak akan mendapat Buasir! Siapa lah yang sanggup pi memacak tu arr..? hahaha....

Ending : Special thanks to Mr Juwi B.Jina and Mr Jomin B.Mogompit.
..HABIS CERITA.
..HABIS CERITA.
Read more...
Read more...
Labels:
flora
Subscribe to:
Posts (Atom)