Tapai manis merupakan makanan kegemaran ramai orang ( tolak diri saya ). Entah kenapa makanan ni tak dpt masuk dalam mulut ku..hehe..mungkin sebab pada baunya..bau tapai.
Ketika kali pertama aku dihidangkan makanan tersebut, aku cuma mencubit sebutir dua beras lenyek tapai manis tersebut , menahan nafas kemudian memasukkan dalam mulut ku..syukur-syukur saja tidak di kata sombong..:) Rasa manisnya agak tajam apabila menyentuh pori-pori lidahku.
Kawanku pula, berlainan pula kejadiannya. Dia makan begitu berselera sekali..sambil bercerita dengan rancaknya..sempat pula menjeling-jeling ke arah ku dan berkata " sadap bai ni"...sambil menunjukkan raut wajahnya yang kelihatan di mataku macam saja sedang makan KFC.....
Sampai pada ketikanya, aku dan kawanku menerima pesanan agar kami membeli 'sasad'( ragi) apabila keluar ke pekan nanti. Pesanan itu menegaskan agar sasad tersebut mestilah spesis yang manis punya. Aku diberitahu bahawa ada dua jenis sasad iaitu sasad pahit dan sasad manis.
Terus terbayang-bayang di mata ku, akan benda-benda putih bulat yang di 'susuk' kan pada tali panjang, membentuk seakan-akan kalung dan banyak tersangkut di sana-sini di jual di pasar-pasar.
Apabila aku tanya, untuk apa dia memesan 'sasad'(ragi) tersebut,' untuk membuat tapai manis' katanya..tiaakan kasan do tapai manis..alaid suda kunu tida makan...:D
Ragi/ 'sasad' |
Ini dia Ragi tapai manis yang dimaksudkan. Rm 3.50 jak sekalung!
Membuat Tapai Manis
A. Cuci tangan dahulu.
B. Nasi yang sudah sejuk diperlukan.
Nasi Sejuk |
Setalam kecil nasi sejuk,( 2 gelas kecil beras ), digunakan untuk membuat tapai manis ini. Nasi yang digunakan mestilah benar-benar sudah sejuk. Jika sebaliknya, tapai manis tidak akan menjadi kerana nasi tersebut akan menjadi basi bila bertindakbalas dengan ragi. Jikalau jadi pun, rasanya masam dan ianya akan berkesudahan bukan dalam mulut tapi dalam tong sampah.
Kandungan mikroorganisme dalam ragi kurang bertindakbalas dengan kehadiran haba daripada nasi yang digunakan.
'Sasad' ditaburkan dengan rata di permukaan nasi |
C. 2 biji ragi ditumbuk halus kemudian ditaburkan rata pada permukaan nasi tersebut.
Sasad- mempunyai struktur yang rapuh |
Ragi mempunyai struktur yang rapuh. Ianya boleh terus dipecah-pecahkan menggunakan tangan dan ditaburkan dengan rata pada permukaan nasi.
Campuran nasi dan 'sasad' digaulkan sehingga sebati |
D. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati.
Daun Pokok Rungin ( Bahasa Rungus )
Campuran nasi dan sasad di bungkus menggunakan daun rungin |
Proses membungkus bakal tapai manis |
E. Campuran yang sudah sebati, kemudiannya di bungkus menggunakan daun pokok 'rungin' yang sudah dibersihkan dan telah dibuang 'tulang'nya. Selain itu, daun pisang dan daun 'Kobu' juga boleh digunakan untuk membungkus tapai manis.
Siap dibungkus..! |
Bakal tapai manis yang sudah dibungkus!
Kerja bungkus-membungkus ni..perlukan kemahiran juga...:) Kalau akulah disuruh membungkus menggunakan daun ini, kompom. bentuk muka buminya tidak akan jadi semantap ini..hehe...
Dimasukkan dalam besen lalu dibungkus menggunakan kain. |
F. Bakal tapai manis yang sudah dibungkus dimasukkan dalam sebuah besen lalu ditutupi dengan kain untuk tujuan memerangkap haba bagi membantu proses fermentasi.
ODDs on..There's something to be consider..!
Ada sesuatu yang membuatkan aku berfikir ketika melihat tapai manis ini dibuat..;
c) Tambahkan sedikit gula untuk menghasilkan rasa manis yang pekat.kemudian kacau.
Pas tu..minumlah..hehe... rasanya manis, dan ada perisa yang seakan-akan rasa coca-cola..hehe...
Ada sesuatu yang membuatkan aku berfikir ketika melihat tapai manis ini dibuat..;
Tarong |
Gambar di atas dinamakan 'tarong'( bahasa Rungus), iaitu arang kayu. Ianya diperlukan oleh pembikin tapai manis dalam proses penyediaan makanan ini. Menurut kepercayaan orang rungus suatu ketika dulu, tarong ini harus di letakkan di atas tapai manis yang sudah di tutupi kain bagi mengelakkan makhluk halus ( 'bubuha'-bahasa Rungus) menyentuh permukaan atas tapai manis tersebut hingga merosakkan rasa makanan itu.
Aku diberitahu, tangan makhluk halus mengeluarkan haba yang sejuk dan bertentangan dengan proses pembuatan makanan ini yang perlukan haba untuk melengkapkan proses pembikinannya.
Jika sekiranya makhluk halus sudah menyentuh tempat di mana tapai manis itu disimpan, tapai manis tersebut akan bertukar rasa menjadi masam, dan akhirnya dibuang begitu sahaja.Keadaan ini akan merugikan masa dan tenaga apalagi jika ianya dibuat dalam kuantiti yang banyak.
Aku difahamkan, suatu ketika dulu, rumah panjang, amatlah berdekatan dengan kawasan perkuburan,..orang tua-tua kata, jaraknya hanyalah sejauh kita meludah.. dari tiang rumah panjang, dengan kuburan, dalam jarak meter, hanyalah sekitar 2- 3 meter sahaja dari tiang rumah, dan aku semakin seram apabila diberitahu, 'bubuha' tersebut sering mengganggu penghuni rumah panjang dengan gangguan yang nyata seperti menarik kain sarung( gonob) atau selimut, menjolok penghuni dari arah bawah kulung,melempar benda-benda kecil/ pasir, mengeluarkan bunyi menyeramkan 'sssshhsssss..' dan sebagainya.
Sebab itulah 'tarong' tersebut digunakan sebagai 'kolid' (penangkis) makanan tersebut daripada dirosakkan oleh makhluk halus. Dan nampaknya kepercayaan ini masih diteruskan oleh segelintir orang.
G. Tapai manis dibiarkan semalaman (24 jam), sebelum dimakan sebagai manisan(dimakan begitu sahaja) atau pembuka selera.
keesokan harinya...;
keesokan harinya...;
Tapai Manis sudah siap....!
Rasanya manis..nampak berlemak.2.5 % ku rasa kandungan asidnya!..baunya? bau tapai..
Lalab ( Kinomulok )
Tapai manis yang sudah menjadi, digunakan untuk membuat minuman yang dipanggil 'lalab' atau 'kinomulok';
a) Ambil 2 setengah sudu makan tapai manis tersebut,
b) Campurkannya dengan segelas air.c) Tambahkan sedikit gula untuk menghasilkan rasa manis yang pekat.kemudian kacau.
Pas tu..minumlah..hehe... rasanya manis, dan ada perisa yang seakan-akan rasa coca-cola..hehe...
'Lalab'/'Kinomulok'( tapai manis yang dicampur air dan gula)
Pada suatu ketika dulu, 'Lalab' atau 'Kinomulok' ini amat popular dan menjadi satu kemestian hidangan ketika musim membuat kerja-kerja di ladang seperti menugal, mengetam padi dan sebagainya.
Tuan rumah akan 'menuki' ( menuangkan lalab dalam bekas bambu ( gelas atau cawan dulu-dulu ) lalu diberikan kepada semua orang, seorang demi seorang. Para petani akan sentiasa terhibur, bergurau-senda sambil membuat kerja-kerja dengan semangat sekali.
Tapai Manis,'Lalab' atau 'Kinomulok' tidak memabukkan. Ianya makanan atau minuman yang digemari oleh kanak-kanak.!
Air Tapai ( Kinomol )
Berbeza dengan tapai manis dan 'Lalab'/'kinomulok', Air tapai boleh membuatkan seseorang mabuk.
a) Beberapa bungkus tapai manis dimasukkan dalam satu bekas yang dipanggil 'runggou' (tajau) yang sudah dibersihkan.
b) Air yang sudah dicampurkan gula, dituangkan dalam 'runggou' tersebut.
c) Tajau/ 'runggou' tersebut kemudiannya di tutup rapat-rapat.
d) Selepas seminggu atau dua minggu, air tapai tersebut sudah sedia untuk diminum.
Menurut kepercayaan dan pantang larang yang aku diberitahu, air yang digunakan untuk dituangkan dalam 'runggou' berisi tapai manis bagi menghasilkan air tapai, mestilah air mentah.
Campuran air mentah dan tapai manis dalam 'luping', tidak boleh di gaulkan/ dikacau.
Pada ketika air tersebut dituangkan, pergaduhan atau sebarang pertengkaran di antara ahli keluarga si pembikin air tapai, haruslah dielakkan. Termasuklah kanak-kanak. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya pertengkaran,perkelahian atau salah faham di kalangan orang-orang yang akan meminum air tapai itu kelak, ketika sedang berkumpul bersama-sama mengambil minuman itu.
Pada waktu itu juga, ahli keluarga si pembikin tapai, tidak dibenarkan mengambil sebarang makanan yang masam seperti limau, mangga dan sebagainya, kerana dikhuatiri, air tapai yang akan dihasilkan nanti mempunyai rasa yang masam iaitu bukan rasa air tapai yang diinginkan.
Believe it or not? It's up to the brain's owner!
.............................................................................................................
Special Thanks to;
a) Si Kawan
b) Si Ungau
c) mama kepada si kawan
ARAMAI TI...!
No comments:
Post a Comment