Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Monday, 18 July 2011

Sinamu Pazas

      Sinamu ( pekasam ) merupakan makanan tradisi orang Rungus. Sinamu boleh berasaskan buah-buahan - betik, nangka dan juga daging seperti daging payau, daging 'bak..', dan ikan air tawar. 


        Secara amnya, penyediaan sinamu cuma mencampurkan bahan yang dipilih dengan garam  serta sedikit nasi, atau garam sahaja, kemudian dibiarkan kedap dalam bekas yang tertutup rapat dlm jangka masa  lebih kurang seminggu sebelum sedia untuk dimakan.

    Walau bagaimanapun, dalam penyediaan Sinamu berasaskan berasaskan daging, daging yang digunakan terlebih dahulu haruslah dimasak (separuh masak) atau dibakar sebelum digunakan. 

   Sinamu boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan sebagai pelengkap hidangan  masa makan. 

   Memikirkan rasanya yang masam-masin..membuatkan saya tertelan air liur...!


Mari Membuat Sinamu..!
Alkisahnya, aku berkesempatan mengambil gambar biras saya yang sedang membuat Sinamu Pazas..!

Tiga biji pazas(betik)diperlukan.Dibelah dan dibuang biji.

Jangan terambil betik yang masak-->mumang munang/rumuta(hancur) jika diperam!

Kulit betik tidak perlu dikupas.Potong betik kecil-kecil 0.5mm tebal/kurang.

Lengkuas-Ambik yang masih muda.

Lengkuas dipotong kecil-kecil.

Tumbuk lengkuas.

Lengkuas yang sudah dihancurkan/ditumbuk.

Ini diaa...! lengkuas yg sudah hancur dan pazas yang sudah dipotong-potong!

Campurkan Lengkuas yg sudah ditumbuk dgn pazas dlm mundam!

Gaulkan sehingga sebati. Ramas teruss sehingga pazas menjadi lembut..!

Bubuh garam pada campuran yang telah diramas tadi. Gaulkan sehingga sebati.

Garam sebanyak ini sahaja utk pazas dalam mundam kecil..!


Inilah rupa bentuk pazas & lengkuas yg sudah dilumur dgn garam..

Masukkan dalam bekas..


Gambar biras ku yg bikin sinamu ini..:D

Tutup rapat-rapat..!

Siap...! menanti untuk dimakan...:D
 
   .............................to be continue..( sinamu belum masak lagi..)

Empat Hari Kemudian.......;

Amboi..seronok nampak..! makan apa tu..?

Makan Sinamu rupanya budak-budak ni..:D

Siap dengan cecahnya sekali..!

Licin..!

Ku bawa sedikit di rumah..hehe..
Close-up..! SEDAP....! asam-asam..masin2..pedas..Ringkas.
 ----------------------------------------abis.

1 comment:

  1. Mama blues ba pla ni...ingatkan siapa yg buat ni blog...berabis mcari resepi sinamu...

    ReplyDelete