Ketika sedang rancak proses pembikinan jalan di kawasan aku menetap, pada ketika itulah orang-orang kampung agak sibuk apabila ada tanaman mereka yang terpaksa dikorbankan. Hmmm...terima sahaja pampasan yang diberi jika ada..! Kalau sebaliknya hmm....! ini peluang untuk kita menikmati jalan raya yang bagus setelah sekian lama bergelumang dengan lumpur tebal di jalan utama..memang merimaskan..!
Terbisiklah di telingaku tentang Pokok Adat ini. Apabila memperkatakan tentang adat yang dicerobohi atau dimusnahkan..tentu urusan yang berkaitan dengannya agak tinggi juga...fikir-fikirlah sendiri apa disebalik kata-kata ini -->jalan raya..pokok adat..dan orang kampung...
Pokok Pinang, nama Botaninya : Pinanga Malaiana
Nama Ilmiahnya : Areca Catechu
Di kampung ianya di panggil Lugus atau Tinggaton.
Ianya adalah spesis tumbuhan Palma. Dari segi kepercayaan tradisi, pokok pinang ini dikatakan mampu menghalau hantu hutan. Ianya banyak ditanam di persekitaran rumah pada suatu ketika dahulu. Selain daripada menanam pokok ini untuk mendapatkan buahnya, ianya juga merupakan sumber pendapatan bagi kebanyakan penduduk kampung.
Pokok ini juga banyak ditanam sebagai tanaman hiasan untuk memperindahkan lanskap.
Kenapa Pokok Adat?
Pokok Pinang adalah sebahagian daripada kehidupan sehari-hari masyarakat Nusantara. Buah pinang adalah satu bahan penting dalam tapak sirih yang digunakan bagi dihidangkan kepada tetamu sebagai pengganti minuman atau makanan pada masa kini.
Amalan mengunyah pinang adalah pemula kepada perbincangan yang membawa kepada ikatan di antara dua pasangan, samaada dalam hal merisik, pertunangan dan perkahwinan. Dengan kata lain ianya merupakan simbol percintaan!
Pepatah Melayu seperti " Bagai Pinang Dibelah Dua" merujuk kepada pasangan yang baru berkahwin. Pepatah ini ibarat sebagai tanda restu dan persetujuan bahawa pasangan tersebut merupakan pasangan yang ideal.
Selain itu, amalan mengunyah buah pinang juga sering dilihat sebagai tanda persahabatan bagi orang kampung apabila menerima tetamu luar, namun dihalang oleh kesukaran proses komunikasi. Mengunyah pinang bersama-sama adalah sebagai 'token of friendship'!
Alkisahnya,wajarlah Pokok Pinang ini digelar sebagai Pokok Adat, kerana peranannya yang mungkin masih kekal sehingga kini di alaf baru ini!
Upih Pinang..
Masa aku kecik-kecik dulu, aku dan kawan-kawan ku paling suka bermain dengan upih pinang. Kami akan memilih upih pinang yang paling besar, kemudian membuang daun pada tangkai lalu menjadikannya sebagai 'kereta tarik'...lagi best kalau bermain di tempat yang agak cerun..tidak perlu menghabiskan tenaga yang banyak untuk menarik 'kereta tarik' tersebut kerana ianya akan meluncur sendiri..penumpangnya pula tidak kering gusi kerana berasa seronok.!
-----------------------Habis.
No comments:
Post a Comment