Bedak Sam Pong, bedak nostalgia. Amat popular di kalangan sumandak dulu-dulu.Malah ketika aku masih lagi berhingus, aku selalu nampak bedak ini dipakai oleh kakak-kakak aku.Ianya turut menjadi pilihan ku semasa aku di sekolah menengah. Lambat habis. Murah.Serbaguna! Selain dipakaikan pada muka,bedak sam pong ini amat sesuai untuk memudahkan kerja-kerja mencabut bulu ketiak atau bulu kening..:D. Ini adalah kerana bedak kompak sam pong ini kering dan tidak berminyak.
Ianya juga sering kami gunakan sebagai bedak sejuk masa di asrama dulu..dicampur sedikit air dan disapukan pada muka..dibiarkan sehingga ke pagi. Muka jadi ala2 pelakon opera cina! Kadang-kala kawan-kawan seasrama, berteriakan apabila kami berpapasan ketika ke tandas..disangkanya kita ni hantu...
Amoi cina yang menjadi model pada kulit luar bedak Sam pong ini selalu saja tersenyum manis..seakan-akan mempertayang-tayangkan kehalus- mulusan kulit wajahnya yang kemerah-merahan.."nak wajah seperti saya" ?, "pakailah bedak Sampong"! katanya.
Bedak Sampong diperbuat daripada enapan beras. Dikompakkan dalam bekasnya yang empat segi. Bedak Sam pong yang original, apabila jatuh,akan pecah sedikit sahaja.3-4 bahagian. tapi kalo yang tidak original 70-80% kompakannya berkecai.
Masa dulu-dulu, aku suka lagi kalo dia pecah, sebab ada bahagian kecil yang boleh ku tapau masuk dalam plastik keropok yang sudah dibersihkan untuk di bawa ke mana-mana. Bila masuk sahaja dlm tandas atau tempat2 tersorok, aku ambik kesempatan untuk menyapukan bedak sam pong ke muka agar kulit kelihatan sentiasa kering tidak berminyak.
Pada bahagian belakang bedak ini, ada kertas dilekatkan dengan tulisan cina padanya. Aku tidak tahu apakah gerangan maksud tulisan itu. mungkin cara2 penggunaannya ataupun kebaikan menggunakan bedak Sampong.
Dulunya hanya tulisan cina pada kertas belakang bedak Sampong,tapi sekarang tulisan kaling, tulisan jawi, bahasa indonesia pun ada..
Ada yang mengatakan bedak ini originally made in China, ada yang mengatakan buatan Malaysia, Buatan Indonesia..aku pun tak pasti..hehe(malas surf tenet..!)
Dulu, aku hanya melihat bedak kompak sampong dalam bekas empat seginya itu berwarna putih. Sekarang ada bedak Sampong warna pink, samaada bekasnya ataupun isinya.
Bedak Sampong,bedak nostalgia, mungkin ramai yang meninggalkan penggunaannya kerana kehadiran bedak-bedak berjenama dipasaran..macam aku lah juga..:D
Walaupun begitu,aku masih setia lagi membelinya,walaupun tidak lagi menggunakannya. Sekali-sekala tu ada juga lah..hehe..satu ku simpan dalam laci mejaku di sekolah, satu lagi atas peti ais...bila black out, bekas bedak Sam Fong Hoi Tong sesuai aku jadikan sebagai tapak lilin..hehe..
|
Bedak Sam Pong dalam laci... |
|
Isi bedak Sam-Pong.. |
|
Sam Pong Hoi Tong Vs Tia Amelia |
-------------abiss
Jaman dulu,semua perempuan malu bila mukanya berminyak,sebab itu mereka selalu menggunakan Bedak Botan,merk Sam Fong.Entah asal pabriknya dari mana,tak ada yg tau.saya pernah melihat dulu bedak yang dipake Nenek,gambarnya nona Cina dgn bunga Botan,sebab itu dinamakan Bedak Botan.kemudian mungcul dgn bunga Mawar,nonanya sama,merekpun berganti,Fambo,Palado,dll.
ReplyDeleteBedak warna pink nyonya ni bole ke jadi bedak sejuk
ReplyDeleteApa beza yang warna putih & pink?
ReplyDelete