Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Thursday, 21 July 2011

Larian 1murid 1sukan SK.Pantai, Pitas.


     2 Julai, Larian serentak  di seluruh negara sempena pelancaran 1Murid 1 Sukan.
    SK. Pantai, Pitas juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam acara larian tersebut.
Suasana di bilik guru - 6.15pagi

    Pendaftaran peserta diadakan pada jam 6.30 pagi di padang mini SK. Pantai.
Larian tersebut bukan sahaja disertai oleh 198 orang murid-murid SK. Pantai, tetapi juga dari kalangan ibubapa, dan juga AJK PIBG sekolah.

Guru Besar SK.Pantai.



Murid-murid Tahun 6
Wajah-wajah murid Tahun 1 dan Tahun 2

    Tepat jam 7.15 pagi, kesemua peserta larian berkumpul dan diberikan taklimat ringkas seterusnya dimulakan acara pemanasan  iaitu Aerobik, Ust Amsani Pilen sebagai ketua conductor.Gempak..!






Pembahagian nombor oleh Mr Jomin

1MALAYSIA...!
Trek yang dipilih adalah sejauh 3km, iaitu bermula dari padang mini SK. Pantai sehingga ke Kg Limau Manis, dan masuk pula dalam kawasan kelompok getah, lalu kembali semula ke padang mini.
Pelepasan mula oleh Guru Besar SK.Pantai dan YDP PIBG

LARI...!















Check Point 1..Jln teruss akan sampai ke SK Dalas, Taradas.

Alahai..si Enrique..murid thn 1..bersemangat sekali!


   
Semangat..!

Cikgu Juwi, Cikgu Jony dan Si Bro.


Setia berlari sama mengiringi anaknya...
 


    Murid-murid diescort dengan menggunakan 3 buah motosikal yang diketuai oleh En Alin Ojuman  dan 3  buah kereta lagi yg diketuai oleh Mr Jomin. Ini untuk memastikan keselamatan para peserta, terutama murid-murid tahun 1 yang tidak ketinggalan menyertai acara larian tersebut. Sementara itu, Mr Agom dilantik menjadi cameraman. Beberapa orang guru pula di tugaskan di check points yang telah ditetapkan. 
Sakit kaki..murid- Tahun 1 & 2

Peserta pertama yg berjaya menamatkan larian
 



Selesai sahaja acara larian tersebut tepat jam 11.30 pagi, para peserta berehat seketika sebelum acara Sukaneka dijalankan.
Penat..




       Sukaneka yang dilaksanakan adalah Bola Beracun, Gelung Rotan, Ketingting, Belalang Belatuk. mengisi air dalam botol dan Konda-Kondi. Riuh dan meriah padang mini SK. Pantai oleh gelak tawa murid-murid dan ibubapa yang mengambil bahagian.















Sebelum bersurai, warga SK.Pantai serta ibubapa makan tengahari bersama-sama.
Chief cook RMT

Makan dulu...!




       
....................................................................................................

( EXTRA) Pemandangan sepanjang laluan...

Sepanjang laluan banyak tanda begini..Nama empunya tanah!
Pokok kelapa dan getah menjadi mata pencarian..

Ibu-ibu berlarian
Mengintai...menjaga bibit getah :D

 ------------MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..! ----------------------------end.



No comments:

Post a Comment