Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Sunday, 24 July 2011

Selasih

   " Ku siram selasih...ku siram selasih..di tengah halaman..saayangg..."..bait lagu yang selalu ku dengar mendodoi rasa suatu ketika dulu..Aku tertanya-tanya, apakah gerangan selasih itu..pokok selasih..daun selasih..emmm..memang miskin perbendaharaan kata hehe...

   Tau-tau lagi, pokok selasih itu sebenarnya Baing..dlm bahasa orang aku..orang Dusun. Ianya dikenali d tempat aku bermastautin sebagai Lompodos..emm..satu lagi, org putih bilang Basil.

   Daun selasih, memang tidak asing bagi ku, terutama dalam hal masak masakan terjun! Daunnya yang mempunyai haruman yang mengasyikkan memang ngam dalam hal rebus-merebus ikan.! bau langsi ikan akan hilang diganti rasa yang memang ku minati haha....!

   Sebab itulah, lompodos ini mesti ada ditanam dekat2 dgn ruang dapur aku..:D ! Tidak asi kalau tiada..!Tidak susah menanamnya kerana benih tumbuhan ini terdapat dengan banyaknya apabila bunga tumbuhan ini  kering. Samaada dalam pasu besar ka kecil..ianya boleh tumbuh dengan mudah!..tabur jak benih2 halus hitam lompodos tu, ianya akan tumbuh!

  Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan herba dan dikatakan terkenal di India kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Dulu waktu penyakit Chikungunya tersebar dengan meluas di kampung aku, ada yang mengatakan Selasih ini baik untuk mencegah seseorang daripada terkena penyakit tersebut, dengan cara menjadikannya sebagai ulam. Aku tanya siapa cakap, jawapan yang ku dapat.." orang India" ! rupanya boleh juga sebagai ulam..tapi aku fikir2 luk la samaada akan mengambilnya sebagai ulam atau tdk..mcm tak masuk dlm mulutku halwa nya yang agak menusuk itu jika diambil begitu sahaja..:D

  Tapi, kalau pasal dicampurkan semasa merebus ikan..hemmm...aku suka sangat!..mendidih jak air rebusan ikan ku..nahh...buang jak lompodos sana..!

Bunga daun selasih ( Google search image)

Daun Selasih..( lebar-lebar tanda subur..:D )



Semakin banyak..!

Mari menanam selasih di beranda dapur!
 --------------abiss...!

3 comments: