Sigar atau Tinohian amat popular sebagai pelengkap pakaian tradisi kaum lelaki bangsa Rungus. Ianya dipakaikan di kepala sebagai tengkolok. Fungsi sigar pada suatu ketika dahulu adalah sebagai topi untuk melindungi kepala.
Tinohian mempunyai corak sulaman yang agak berat. Sulaman-sulaman tersebut di buat secara manual tanpa menggunakan mesin moden..cukup kreatif..! Kaum wanita berbangsa Rungus di Kudat amat terkenal dalam penghasilan Tinohian ini.
Corak pada Tinohian bermotifkan flora dan fauna. Motif flora cth: bunga, motif fauna cth : burung,naga. Aplikasi corak dizahirkan dalam bentuk geometri dan bentuk organik.
Kombinasi kesemua corak pada Tinohian membentuk satu lagi corak baru yang agak besar. Tinohian di bawah, jika diperhatikan dengan teliti, kombinasi motif flora dan fauna dalam pelbagai bentuk telah menghasilkan 'muka' seekor makhluk/naga yang sedang membeliakkan matanya..!;
Corak pada Tinohian disulam menggunakan benang sulam pelbagai warna yang garang seperti warna-warna utama/ primer cth merah, kuning dan biru dan juga warna2 sekunder dan tertier termasuk warna hitam dan putih.
Dua lapis kain berwarna oren dan hitam digunakan pada Tinohian. Pada lapisan kain bahagian atas dan bawah hampir tidak dapat dibezakan yang mana satu bahagian luar atau dalamnya kerana sulaman corak yang nampak begitu kemas sekali.
Namun terdapat juga Tinohian yang menggunakan satu jenis warna sahaja seperti warna oren di bahagian atas mahupun di bahagian dalamnya.
Corak sulaman pada Tinohian;
dua helai Tinohian |
corak keseluruhan bahagian atas |
close up |
corak sulaman pada bucu kanan |
corak sulaman bahagian tengah |
aku dan Tinohian..:D |
memakai Tinohian semasa menari tarian Mongigol |
Saya melihat bagaimana Tinohian ini diusai menjadi sigar dan dipakai ( secara demonstrasi..);
lipat dua membentuk segitiga |
pemakaian pertama: bentuk 3segi pada bahagian depan |
pemakaian kedua: bentuk 3segi pada bahagian belakang |
" Amu kagi ma rumatu iti sigar diti Mamang..?"
" Aiii..amu ilo..opihot no topihot ilo no.."
" oooo....."
END..(gembira mengenali dan mengetahui kebudayaan masyarakat setempat..)
No comments:
Post a Comment