Si siput ini, bergerak begitu aktif sekali melarikan diri bersama bebanan pada bahagian atas badannya iaitu cengkerangnya.
Si Siput ini, mungkin sedang asyik mencicipi jus buah rambutan, hingga tidak sempat melarikan diri ketika ada manusia mematahkan ranting tempat segugus buah rambutan bergayutan.
Atau mungkin di sebalik daun2 rambutan adalah tempat di mana dia sedang berehat setelah rasa begitu kenyang sekali. Malangnya, dia jatuh bersama daun yg melekat pada ranting pokok... dijolok dan dipatahkan oleh manusia yang mahu memakan buah rambutan..
Si siput ini, mungkin berasa takut nyawanya akan melayang dalam kekenyangannya itu.. atau mungkin, dia sedang hairan kenapa suasana begitu berbeza sekali berbanding keadaan sebelumnya..
Mungkin, sebab itu lah..dia cuba secepat mungkin untuk melarikan diri dan tidak sedar dia sudah melepaskan bahan buangannya..
yakk...! |
No comments:
Post a Comment