Ketika mengadakan lawatan sosial pada waktu petang di rumah seorang kawan, mata ku telah bertemu pandang pada satu benda yang 'terdampar' lesu di dinding rumah..
Benda tersebut mereka panggil sebagai 'pengecas solar'.
Benda berbentuk segi empat tepat tersebut adalah Solar Panel atau sel suria. Secara kasarnya, ianya kelihatan pipih dengan bulatan hitam yang banyak. Solar panel atau sel suria tersebut memanfaatkan cahaya matahari untuk mendapatkan tenaga letrik.
Ianya terdiri daripada sel-sel yang bertindak sebagai absorber cahaya matahari.
sel suria |
bahagian belakang sel suria..sudah terlalu lusuh kerana dah berkurun lama.. |
Kesemua bekalan tersebut diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua Kampung. Aku masih ingat, hampir semua penduduk kg,selain menonton berita jam 8.00 yang biasanya disampaikan oleh pemberita Farith Esmir Emir, tayangan P. Ramlee setiap hari Jumaat begitu pemes sekali. Hingga tak muat rumah Ketua Kampung..hihi..dan yang muda-muda pula meminta turn untuk menonton drama Inggeris The Battle Star Galactica dan BJ and The Bear....!
Alkisahnya, begitulah..sekarang dah ada bekalan tenaga elektrik, susah mo kumpul beramai-ramai penduduk 1 kampung sekaligus menonton TV bersama-sama..
Pengecas bateri itu..sekarang, hanya tinggal kenang-kenangan sahaja..
---abis.
No comments:
Post a Comment