Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Thursday 8 December 2011

ohh...jatuh di longkang..!

   Owhh..kasihannya aku dengan seorang budak perempuan umur sekitar 11 tahun ini , dia telah jatuh ke dalam longkang sedalam 1 meter, dan mempunyai berkelebaran hampir semeter juga....
   Longkang ini tidak ditutup sedangkan ianya terletak di tengah-tengah tamu mingguan..Laluan pejalan pula, nun di hujung sana...bagi mereka yang mengejar masa serta mereka yang tidak sabar, mustahil mereka berjalan puluhan langkah lagi untuk sampai ke laluan pejalan sempit yang disediakan...pilihan utama, pastinya membuat aktiviti ' lompat jauh aka langkah panjang..'






 
   Akibatnya..beginilah kejadiannya..;
orang ramai berkerumun melihat...!



    Budak perempuan itu mengatakan bahawa dia sedang kelam-kabut mengejar pakciknya yang dah nak balik, dan mengambil jalan pintas melompat longkang tersebut agar tidak ketinggalan kereta..

   Dia ditolong oleh seorang pakcik yang tidak dikenali, yang mana menuntunnya ke sebuah kenderaan untuk dihantar ke hospital..budak perempuan itu mengatakan, bahawa tulang pinggulnya amat sakit..

   Melihat kembali gambar ini, macam ada pula yang tidak ngam ku rasa..:D


 ..end.

No comments:

Post a Comment