Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Thursday, 3 November 2011

Tikus alaf baru terperangkap!

     Pada waktu tengah malam, dalam lena tidurku..tiba-tiba sahaja aku dikejutkan dengan bunyi dentuman-dentuman aneh yang agak kuat dan hentakan-hentakan yang seolah-olah dihasilkan oleh benda yang berat. 

    Jika telingaku silap mendengar, ianya seperti bunyi-bunyi tapak kaki kanak-kanak berumur sekitar 1-2 tahun sedang riang-ria berkejaran...mungkin ada yang terguling-guling kerana bunyi itu kedengaran begitu jelas sekali.

    Tapi, perkara ini berlaku di syiling rumah..Haisshh...tidak syak lagi..jawapannya adalah ADA tikus. Banyak. 
    Tikus kotor..pambawa penyakit hawar..kencing tikus!
    Malangnya..haiwan ini begitu licik sekali, dan agak susah dibasmi..Nak pelihara kucing? aku paling alah pada bulu kucing...aku tidak suka memelihara kucing.
    Dulu, kucing jiran sebelah ada bertandang di rumah tanpa pengetahuanku untuk menyimpan kencing dan beraknya atas tilam dan baju2 kurungku yang belum ku urus..kesudahannya BUANG..geram,marah bercampur-baur..!

    Nak guna racun? takut pula sitikus mati di syiling..mati kita menghidu bau busuk.

    Satu cara sahaja yang ku kira selamat ialah menggunakan perangkap tikus.Mungkin tikus yang berjaya masuk perangkap ini adalah tikus alaf baru...sebabnya, umpan yang digunakan agak lucu iaitu cuma 
sebiji anggur hijau ! 






...end.

No comments:

Post a Comment