Yang sebenar-benarnya..aku dah lama suka..sangat suka melihat baby booties yg aku selalu lihat kawan2 ku buat atau contoh-contoh baby booties di Youtube. Aku fikir menggunakan 2 jarum..ternyata satu jarum sahaja..mustahil aku tidak dapat buat..org kata, di mana ada keinginan di situ ada jalan..ehemmm...semangatlah kunu..!
Salah satu tutorial bagaimana membuat baby booties adalah di sini http://www.youtube.com/watch?v=hhje0RQM9KI ada 3 stages untuk membuat baby booties yang simple. Amat sesuai untuk aku yang baru nak belajar. Aku tengok tutorial itu sekali dan lihatlah baby bootiesku..;( dgn bangganya sebab dah dapat buat..hihi..walaupun senget2 kerana aku buat berdasarkan peraturan sendiri...)
Aduhaiii baby bootiesku..mungkin ianya akan tersimpan sahaja kerana aku tiada baby kecil untuk memakai ini...
.....end.
Hari ini 16 Nov '11,aku getting nuts membuat booties..terlalu comel aku rasa. Bukan tak ada panduan atau pattern membuat baby booties di internet, tapi rasanya aku jenis pemalas untuk belajar...jadinya aku create2 sendiri booties ikut suka hatiku.
Perkara yang perlu bagiku cuma lah beberapa asas;
a) tahu membuat tali air..paling asas.
b) mengira kaitan benang untuk memastikan keseragaman.
c) tahu macamana kaitan benang samaada menaik atau menurun, mengecilkan atau melebarkan bukaan.
d) berfikir design sendiri..hihi..atau tiru jak design org haha..
Dan semakin hari ,semakin aku admire baby booties ku..sambil2 membayangkan betapa cutenya kaki baby memakai kasut ini..
...mungkin akan bersambung lagi..:D
...............................................................................................
Hari ini, 1 Disember '11..ketika masa-masa terluang, aku mengambil jarum kait dan mula lah membooties..masih banyak lebihan benang..
Dalam segulung benang itu boleh menghasilkan antara 2-3 baby booties..aku cenderung juga menggunakan dua benang sekaligus..ianya amat kukuh..aku ada juga laa membeli benang yang mix colour tapi belum sempat menggunakannya..harga segulung benang kait yang paling murah aku jumpa sekitar rm 1.20, dan yang kira paling mahal ku jumpa berharga rm 24 ringgit segulung..
Ni yg baru aku buat..design bantai..! kalau aku disuruh menulis instructions booties yg ku buat atau disuruh membuat booties berdasarkan panduan bertulis..memang aku KO punya..:D
..rasanya dah banyak perhiasan booties ku..( smile & grin )
mungkin akan bersambung lagi....
.......................................................................................................
8th Dec '11..betullah..aktiviti membooties masih ku sambung..ada orang dengan sukarela memberiku beberapa gulungan benang yang tidak dipakainya..agak bosan dengan booties menggunakan satu warna sahaja..aku campur2 kan beberapa warna dalam sepasang booties itu..sekadar menghabiskan benang tersebut..benang mix colour yg ku beli, belum ku pakai lagi..:)
untuk si kembar tiga..! |
No comments:
Post a Comment