Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Tuesday 1 November 2011

Pungut Biji Getah

      Terbaru, ada satu aktiviti yang pemes di lakukan oleh penduduk di tempat aku tidak kira tua, muda, kecil besar. Aktiviti yang aku maksudkan itu adalah aktiviti memungut biji getah ataupun paling siuk dipanggil mencari dan memungut duit syiling 1 sen di bawah pokok getah!

    Aktiviti tersebut biasanya dilakukan dalam kumpulan pada waktu petang setelah selesai menoreh pada sebelah pagi. Selain sebagai satu bentuk eksesais..aktiviti ini boleh mendatangkan income sikit2 apabila biji getah yang dikumpul dijual kepada LIGS dengan tawaran harga RM2 sekg..Boleh lah daripada tiada..:)

   Kumpulan tersebut, akan menyerang  ladang getah projek LIGS yang berekar-ekar luasnya, yang sekarang ini belum diagih-agihkan kepada peserta projek..selepas selesai beraktiviti, masing-masing akan sibuk bertanya kepada rakan mereka, berapa banyak yang berjaya dikumpul pada hari itu..memang seronok aku tengok..!


  Aku mendengar salah seorang daripada mereka berkata;
  ' Hisss...yg bikin ku lambat memungut biji getah, terpaksa ku pecahkan lagi cengkerang buah getah tu..kalau tidakk.....'
( Kalau tidak..barangkali banyak biji getah yg dia dpt kumpul..:D)

     Biji getah didapati dengan agak banyak sekarang ( sept- Dec), iaitu sebelum musim daun getah gugur atau lebih dikenali oleh para penoreh sebagai "Magalang". Waktu ini, adalah masa untuk merehatkan pokok getah daripada ditoreh.

   Biji-biji getah diperlukan oleh pusat-pusat semaian untuk dibiak cantumkan dengan mata tunas daripada klon-klon yang bermutu tinggi sebelum dijual kepada para pekebun.

Gambar;

Bentuk biji getah-bulat &lonjong. Berwarna coklat, hitam dan kemerahan- bergantung kepada bakanya.

Biji getah yang dikumpul

Biji getah dalam karung

pemilik..baru balik dari aktiviti memungut biji getah

sedang mengusai

geng2..

menggunakan motosikal untuk aktiviti pungut memungut..

Sdg memindahkan dlm karung..
Semoga banyaklah biji getah yang dpt kamu kumpul...

......END

2 comments:

  1. jual kt mane ni??
    sy nak beli dlm setengah tan.
    harga rm3.50 per kilo...

    ReplyDelete
  2. Kakitangan LIGS,Pitas yg beli dulu,mngkin bji gtah yg mrk nak dah cukup, skrg tdk lgi mnawar kn membeli..kalau saudara tnggl brdktan,prkara tu snang ja d urus..

    ReplyDelete