Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Sunday, 6 November 2011

Memungut biji sawit

    Penatnya memungut biji sawit....penatnya memungut duit 0.5sen atau kurang di bawah pokok. Jika dibiarkan sahaja biji-biji yang jatuh itu mereput sendiri, si pekebun kecil, pastinya akan membazirkan kos pengurusan, yang rasanya boleh ditampung dengan penjualan biji2 sawit yg gugur..


   Apabila selesai memuatkan sawit dalam lori, akan ketinggalanlah biji-biji sawit yang gugur daripada tandannya di tapak tandan2 sawit itu di kumpulkan. Agak banyak biji yang akan dipungut jikalau buah yang diambil sudah terlalu masak..

   Alkisah, maka terbongkok-bongkoklah para pekerja tambahan untuk memungut biji-biji yang tinggal..mungkin, si empunya kelapa sawit perlu memikirkan untuk mendapatkan alat suction biji yang mampu memisahkan antara biji-biji sawit dan sampah sarap..( daun2/ rumput2 kering..) pastinya,kerja akan menjadi lebih efesien!

   Di ladang-ladang syarikat kelapa sawit, muatan karung isipadu 50kg, berisi biji2 kelapa sawit,biasanya dibeli oleh kompeni atau pemilik ladang tersebut dengan harga RM 5 sekarung.  Di sini pula, si pekebun kecil akan membayar RM 3 bagi karung muatan 25kg.

  ..Jom pi pungut biji sawit! syok jga aktiviti ni daripada duduk mengumpul lemak jak di rumah ber Facebook..hehehe....



......dot.

No comments:

Post a Comment