Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Saturday, 12 November 2011

Baby booties..aduhaiii....

    Yang sebenar-benarnya..aku dah lama suka..sangat suka melihat baby booties yg aku selalu lihat kawan2 ku buat atau contoh-contoh baby booties di Youtube. Aku fikir menggunakan 2 jarum..ternyata satu jarum sahaja..mustahil aku tidak dapat buat..org kata, di mana ada keinginan di situ ada jalan..ehemmm...semangatlah kunu..!
   Salah satu tutorial bagaimana membuat baby booties adalah di sini http://www.youtube.com/watch?v=hhje0RQM9KI ada 3 stages untuk membuat baby booties yang simple. Amat sesuai untuk aku yang baru nak belajar. Aku tengok tutorial itu sekali dan lihatlah baby bootiesku..;( dgn bangganya sebab dah dapat buat..hihi..walaupun senget2 kerana aku buat berdasarkan peraturan sendiri...)







          Aduhaiii baby bootiesku..mungkin ianya akan tersimpan sahaja kerana aku tiada baby kecil untuk memakai ini...

.....end. 

      Hari ini 16 Nov '11,aku getting nuts membuat booties..terlalu comel aku rasa. Bukan tak ada panduan atau pattern membuat baby booties di internet, tapi rasanya aku jenis pemalas untuk belajar...jadinya aku create2 sendiri booties ikut suka hatiku. 

      Perkara yang perlu bagiku cuma lah beberapa asas;
a) tahu membuat tali air..paling asas.
b) mengira kaitan benang untuk memastikan keseragaman.
c) tahu macamana kaitan benang samaada menaik atau menurun, mengecilkan atau melebarkan bukaan.
d) berfikir design sendiri..hihi..atau tiru jak design org haha..


     Dan semakin hari ,semakin aku admire baby booties ku..sambil2 membayangkan betapa cutenya kaki baby memakai kasut ini..









...mungkin akan bersambung lagi..:D
...............................................................................................

     Hari ini,  1 Disember '11..ketika masa-masa terluang, aku mengambil jarum kait dan mula lah membooties..masih banyak lebihan benang..


     Dalam segulung benang itu boleh menghasilkan antara 2-3 baby booties..aku cenderung juga menggunakan dua benang sekaligus..ianya amat kukuh..aku ada juga laa membeli benang yang mix colour tapi belum sempat menggunakannya..harga segulung benang kait yang paling murah aku jumpa sekitar rm 1.20, dan yang kira paling mahal ku jumpa berharga rm 24 ringgit segulung..


     Ni yg baru aku buat..design bantai..! kalau aku disuruh menulis instructions booties yg ku buat atau disuruh membuat booties berdasarkan panduan bertulis..memang aku KO punya..:D












..rasanya dah banyak perhiasan booties ku..( smile & grin )


mungkin akan bersambung lagi....
.......................................................................................................

8th Dec '11..betullah..aktiviti membooties masih ku sambung..ada orang dengan sukarela memberiku beberapa gulungan benang yang tidak dipakainya..agak bosan dengan booties menggunakan satu warna sahaja..aku campur2 kan beberapa warna dalam sepasang booties itu..sekadar menghabiskan benang tersebut..benang mix colour yg ku beli, belum ku pakai lagi..:)








untuk si kembar tiga..!
......
Read more...
Read more...

Sunday, 6 November 2011

Mengubah Background Gambar dgn perisian AP CS3

      Ada bermacam-macam cara seseorang untuk menghilangkan keboringan..salah satunya mungkin bermain2 dengan gambar2 dengan mengubah suai background atau latar belakang gambar tersebut.

     Bukan semua orang boleh melakukan perkara tersebut, masa mula-mula belajar benda tu di Youtube..kepalaku pandai biul-biul juga...nasib baik adik ku ada menunjukajar dan membagi aku copy software ciplak AP ini Ssstt..free!..hehe..pas tu, aku pun 'bolehlah sikit-sikit'..kalau di beli online, ribu ribu Lemon juga harganya...

     Hasilnya, dalam gambar, aku boleh melancong ke mana-mana sahaja yang aku suka, malah boleh bergambar pula dengan artis2 yg ku minati..memang menjeleskan!..buyuk yang siok!

     Namun kerja ini tidaklah mudah..terutama di bahagian memadam pixel gambar asal dan hal adjust mengadjust colour agar nampak sama dengan background gambar yg kita nak..dan sebaliknya...

Ni gambar yg nak ku ubah backgroundnya..

Aku Print skrin di google search gambar yg aku suka, kemudian edit size gmbar trsebut mnggunakan Microsoft Office Pict. manager.

Ni dia background yang aku nak..
      Aku seterusnya membuka AP CS3, dan membuka kedua-dua gambar di canvas kerja;

 
     Dengan menggunakan Eraser tool di APCS3, aku padam pixel gambar pertama;
 
 Seterusnya, aku menggunakan tanda anak panah untuk memindahkan gambar yang sudah dipadam pixelnya ke atas gambar background ( Layer 2). Pada layer inilah aku buat adjustment colour dan blurkan sedikit bahagian tepi-tepi gambar pada layer 1 agar perbezaan kedua-dua gambar tidak ketara. 


Siap..!
      more..background gambar ciplak..!!:D




Dalam gua bersama urang putih..:D


Di Korea

Minum-minum di Tembok Besar China

Bersama aktor-aktor dari Korea

Taj Mahal India

 di paris..

di sebelah Perdana Menteri..

muka org lain..

pinjam badan orang..!




...abis.
Read more...
Read more...