Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Friday, 30 September 2011

kepurung ikan sardin

       Kepurung..ohh kepurung. Makanan yang dinamakan Kepurung ini,aku difahamkan adalah makanan orang berbangsa Bugis. Kadang-kadang mereka hanya makan nasi sekali sahaja dan dan masa makan yang selebihnya mereka mengambil Kepurung.

       Bahan yang mesti ada adalah kanji, dan campuran kuah Kepurung boleh menggunakan sayur-sayuran, ayam, tulang, malah ikan sardin juga boleh menjadi 'sup' atau kuah Kepurung. Lalu di tambahkan belacan atau ikan bilis, malah udang kering untuk menghasilkan rasa yang sedap.

     Semasa makan Kepurung..kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk halus, serta lada dicampurkan pada kuah kepurung..selepas itu..telinga serasanya bergoyang-goyang kerana terkena penangan kesedapan kepurung! hahaha.....

    Dan yang paling mengancam adalah menelan bebola kanji yang terapung-apung dalam kepurung.

      Ketika aku dihidangkan kepurung sardin di rumah birasku pada suatu petang, rasanya ada sedikit kelainan ku rasakan apabila menelan kanji yang  dibentuk bulat-bulat itu...almaklumlah..tidak biasa makan..:D.
    
      Beberapa bulan selepas itu, tetiba macam teringin pula aku makan kepurung sekali lagi..hehe..mereka menyenaraikan bahan -bahan untuk membuat Kepurung Sardin - sardin 2 tin,belacan, sayur manis atau sebarang jenis sayur yg akan dicampur adukkan, kanji,ikan bilis, lada, tomato, dan limau.


 Kepurung sardin ini kawan aku dihasilkan dengan;

1. Tumis ikan sardin dengan sedikit minyak lalu campurkan ikan bilis yang sudah ditumbuk bersama belacan yg sudah dibakar.( atau rebus sahaja..)
2. Masukkan hirisan tomato dan sedikit perahan air limau kasturi.
3. Apabila kuah tersebut suam, masukkan kanji yang sudah dibentuk bulat-bulat. Aku diberitahu bahawa kanji akan mencair apabila dicampurkan pada kuah yang masih panas.

4. Masukkan perasa masin-garam dan aji.
5. Sayur-sayuran dan telah dipotong-potong, dicelur berasingan dan dicampurkan pada kuah apabila tiba masa makan. Begitu juga dengan lada. ( atau dicampurkan terus pada kuah kepurung untuk memudahkan kerja orang yang memakannya!


...boleh tahan juga sedapnya..:D !

 Gambar;

kuah kepurung

kanji dicairkan menggunakan air sejuk, kemudian dijerang dengan air panas..dikacau dgn pantas.

aktiviti menguli kanji

menggunakan penyepit untuk menghasilkan bebola kanji

bebola kanji terapung -apung

kacang tak sempat ditumbuk..
lagi kuah kepurung..:D


     ..sedap..! syuk dimakan beramai-ramai...utk masa akan datang kami bercadang nak buat kepurung ayam & tulang lagi..hao liao....


     ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Trimas..
geng-geng kepurung !  

No comments:

Post a Comment