Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Wednesday, 28 September 2011

1Komuniti 1JPJ

       1 program menarik yang memberikan subsidi sebanyak 50% bagi mereka yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen memandu bagi kenderaan kelas B dan D -motor dan kereta.

      Program seumpama ini telah diadakan di Pitas,selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 September 2011, bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen, Kudat, di Kampung Indah, Pitas.

       Ianya dianjurkan oleh YB Datuk Rahim Bakri, ADUN N1 Banggi, dengan kerjasama pihak JPJ daerah Pitas dan terbuka kepada penduduk di kawasan parlimen P167 yakni N1 Banggi-Daratan Kanibongan ,N2 Kudat-Tanjung Kapur dan N3 pitas.

       Selautan manusia dengan anggaran 3000-4000 orang mengambil peluang baik tersebut untuk mendapatkan lesen kenderaan. Pada hari pelancaran program tersebut pada 24 Sept 2011, pada hari itu juga diadakan pendaftaran bagi mereka yang berminat, pendaftaran diadakan selama dua hari.


      Terdapat juga penyertaan dari penduduk dari DUN lain, tetapi keutamaan diberikan kepada penduduk dari kawasan P167.

      Pemilikan lesen dalam program ini dipermudahkan dan amat menguntungkan peserta. Selepas subsidi bayaran untuk pemilikan lesen kereta hanya RM 550, manakala untuk pemilikan lesen motor RM200.

        Melalui program tersebut, kelas undang-undang dilaksanakan melalui bengkel yang diwujudkan. 1 bengkel terdapat 50 orang peserta. Dari segi aplikasi, mereka yang belum mempunyai pengalaman membawa kenderaan bagi kelas yang dipilih akan mengikuti kelas pemanduan seperti biasa.

      Walaupun terpaksa berdepan dengan suasana terik matahari pada hari pertama dan kedua program tersebut, para peserta tetap bersabar...mereka difahamkan bahawa jangkamasa paling lama untuk mereka memiliki lesen adalah selewat-lewatnya hujung bulan Nov 2011, setelah melalui proses yang telah diaturkan dalam program tersebut.

      Semoga Suksess...! semoga anda tidak perlu lagi sadaikan kereta di tepi- tepi jalan atau menyimpang di lorong-lorong sempit semata-mata ingin mengelakkan diri daripada road block!

      Tahniah program seumpama ini..!
 
Gambar;
( Hari Kedua pada sebelah petang)













.............................................................................................end.

Thanks;
1. Naybin Majuring
2. Ego Dodong
3.Jumon Masanun

No comments:

Post a Comment