Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Monday 5 September 2011

Mengait Kotak Tisu


      Boring...salah satu aktiviti masa lapang ialah mengait..mengait dan mengait..sampai jari naik kematu. Alas meja..TV..alas segala apa..besar..kecik..semua ku bantai sampai satu rak almari dah penuh..hobi..:D..tiba masanya tangan jadi ringan menghulurkan kepada kawan-kawan untuk dijadikan kenang-kenangan.


    Bagiku, kerja mengait seronok..susah ditinggalkan jika sudah bermula. Ingin segera melihat hasilnya..walaupun tidak cantik, atau cantik..mata puas melihat kerja sendiri..

    Kalau mahu dijangkiti penyakit mengait silakan mencari patern yg disukai. Buku panduan senang didapati di kedai..puluh2 juga lah harganya..kadang-kadang pattern2 tu di fotocopy oleh pekedai dan dijual sekeping-sekeping kerana mungkin ada yg kurang mampu membeli satu buku terus.

    'Baju' kotak tisu yg aku buat ni adalah patern aku suka buat..senang..sebab dah hafal..hehe.. yg lain aku belum suka..belambak juga pattern yg ada.

Gambar berbicara; 

 

 

 

  

 
































 .........End.

4 comments: