Biasanya aku rujuk resipi apabila membuat sebarang kek termasuk kek pisang. Hari ini aku menyumbangkan satu resipi kek pisang kepada En Google. Resipi ini menggunakan pisang yang banyak..bukannya apa cuma bekalan pisang di rumah terlalu banyak..lagipun resipi kek pisang yang saya ada menggunakan sedikit pisang sahaja...sayang pisang fresh dari ladang tidak habis..di buang begitu sahaja..( bukan sekali dua sahaja pernah membuang pisang)...sayang peluh loukungku tercurah ketika menanam pisang-pisang kami.. kali ini..biar kek pisangku kaw rasa pisangnya;
Cawan, mangkuk, sudu yang digunakan. (Kek dlm kuantiti yg banyak yaa..) |
Pisang hijau |
Resipi Kek Pisang;
Pisang ( 2 mangkuk dipotong-potong)
1 cawan gula pasir
8 biji telur A
1 1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan air
6 cawan tepung
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
2 sk esen (terpulang esen apa..)
1 cubit garam
Cara-cara;
1. Blend pisang + soda + garam + air
2. Blend telur + gula + esen
* tuang bersama dalam satu bekas
3. Campur minyak masak - putar perlahan
4. Masukkan 3 cawan tepung, 1 st baking powder - putar perlahan
Tambah 3 cawan tepung, 1 st baking powder - putar perlahan. Pastikan sebati.
5. Masuk dalam loyang yang sudah dioleskan minyak dan dialaskan dengan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak dgn kepanasan 150ยบ C
( Pastikan oven sudah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 9 minit )
...ngam untuk kupi-kupi..tidak melekit..kurang manis.
Nota;
Berdasarkan pengalaman saya;
1. Kalau rajin menapis tepung bersama baking powder..struktur kek lebih mantap.
2. Demikian juga dengan cara memutar. Jika memutar sehala, lompang-lompang udara dalam kek akan lebih baik/kemas. (kurang ruang-ruang kosong yang besar-besar. Udara yang terperangkap semasa memutar membuatkan kek itu naik..tidak bantat.
3. Jika minyak digantikan dengan butter, kek lebih sedap.
4. Kek pisang ini lagi sedap jika dimakan beramai-ramai sambil minum2 kupi..ngehh..ngehh..
Read more...
Read more...