" Ku siram selasih...ku siram selasih..di tengah halaman..saayangg..."..bait lagu yang selalu ku dengar mendodoi rasa suatu ketika dulu..Aku tertanya-tanya, apakah gerangan selasih itu..pokok selasih..daun selasih..emmm..memang miskin perbendaharaan kata hehe...
Tau-tau lagi, pokok selasih itu sebenarnya Baing..dlm bahasa orang aku..orang Dusun. Ianya dikenali d tempat aku bermastautin sebagai Lompodos..emm..satu lagi, org putih bilang Basil.
Daun selasih, memang tidak asing bagi ku, terutama dalam hal masak masakan terjun! Daunnya yang mempunyai haruman yang mengasyikkan memang ngam dalam hal rebus-merebus ikan.! bau langsi ikan akan hilang diganti rasa yang memang ku minati haha....!
Sebab itulah, lompodos ini mesti ada ditanam dekat2 dgn ruang dapur aku..:D ! Tidak asi kalau tiada..!Tidak susah menanamnya kerana benih tumbuhan ini terdapat dengan banyaknya apabila bunga tumbuhan ini kering. Samaada dalam pasu besar ka kecil..ianya boleh tumbuh dengan mudah!..tabur jak benih2 halus hitam lompodos tu, ianya akan tumbuh!
Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan herba dan dikatakan terkenal di India kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Dulu waktu penyakit Chikungunya tersebar dengan meluas di kampung aku, ada yang mengatakan Selasih ini baik untuk mencegah seseorang daripada terkena penyakit tersebut, dengan cara menjadikannya sebagai ulam. Aku tanya siapa cakap, jawapan yang ku dapat.." orang India" ! rupanya boleh juga sebagai ulam..tapi aku fikir2 luk la samaada akan mengambilnya sebagai ulam atau tdk..mcm tak masuk dlm mulutku halwa nya yang agak menusuk itu jika diambil begitu sahaja..:D
Tapi, kalau pasal dicampurkan semasa merebus ikan..hemmm...aku suka sangat!..mendidih jak air rebusan ikan ku..nahh...buang jak lompodos sana..!
|
Bunga daun selasih ( Google search image) |
|
Daun Selasih..( lebar-lebar tanda subur..:D ) |
|
Semakin banyak..! |
|
Mari menanam selasih di beranda dapur! |
--------------
abiss...!
kamangi ka dagai ti tobpinai....
ReplyDeleteSelasih Bunga pepel
ReplyDeleteKemangi@lompodos Bunga topurak
ReplyDeleteslm
ReplyDeleteAssalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
ReplyDeleteBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.