Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Monday 31 October 2011

Torukakang

            Spesis siput laut yang dikenali sebagai Torukakang di area aku menetap adalah spesis siput laut yang boleh dimakan. Siput laut Torukakang, mempunyai bentuk yang cantik lagi unik. Aku sendiri pernah memungut cengkerang siput ini dan ku letakkan sahaja di rak almari atau paling sesuai ku rasa dekat dengan TV sebagai perhiasan.

         Yang menyebabkan aku hairan dan tertanya-tanya, kenapakah di sini,si Torukakang ini di ikat pada tali lalu di gantung di ruangan laluan memasuki rumah? Aku mendapat jawapannya dari si tuan rumah, bahawa Torukakang tersebut dipercayai dapat menghalang atau menghalau benda-benda halus daripada memasuki rumah. 


         Tidak kiralah samaada mengikat dan menggantung satu sahaja cengkerang ataupun dua, atau mungkin tiga, tuan rumah berkata..fungsinya akan tetap sama..

         Alkisahnya..begitulah...;





---END.
Read more...
Read more...

Saturday 15 October 2011

sarang burung di tingkap..

      Haishhh..ada satu spesis burung kecil yang suka sangat membuat sarang di cermin tingkap rumah..
     Dah lah rumah dekat jalan..habuk menyempitkan pernafasan..ditambah-tambah pula oleh aktiviti si burung pipit yang terlalu rajin mengangkut rumput-rumput kering di tingkap untuk membina sarangnya..
    Aduhaii burung pipit....pi main jauh-jauh..




  ....   
Read more...
Read more...

Thursday 13 October 2011

Aku Seekor Penyu....

       Aku... termasuk dalam salah satu kategori haiwan reptilia. Kami menghuni segenap ruang di sekitar benua di serata dunia kecuali di Antartika..Manusia kata, terdapat sekitar 6,500  spesis kami yang telah ditemui sehingga kini.

     Aku, si kura-kura dan si tuntung dikenali sebagai Chelopian..aku dan si tuntung hidup menetap dalam air, manakala saudara kami si kura-kura hidup di daratan..
     Aku dianugerahkan oleh Tuhan ciri yang begitu unik sekali iaitu kulitku yang bersisik tebal dan cengkerangku yang tebal dan berat. Cengkerang ku ini menjadi perisai apabila aku berhadapan dengan musuhku..sejurus aku diserang pemangsaku, aku dengan kelam kabut memasukkan kepala dan keempat-empat kakiku di dalam cengkerang..Gigi si Hiu yang paling tajam sekalipun tidak akan mampu memecahkan cengkerangku. 

     Majoriti bahagian badanku adalah cengkerangku ini. Ianya amat kuat dan keras...,terhasil sendiri dari zat sum-sum..tulang belakang dan tulang rusukku digabungkan dalam cengkerang ini..tulang selangkaku pun berada dalam cengkerang!...

    Bagaimana aku bernafas? Aku bernafas menggunakan paru-paru..aku boleh menyelam selama berjam-jam setelah timbul sekali sahaja di permukaan air untuk menyedut udara segar..

  ..aku memburu ikan-ikan kecil untuk ku menyambung hayat..aku juga pemangsa..! biasalah!...aku makan juga lumut dan obor-obor..aku masih ingat tentang kawasan terumbu karang tempat aku tinggal dan bermain-main sepanjang tempoh 'Lost Year' ku..

    Manusia tahu aku adalah penyu betina. Mereka begitu bijak mempastikan hal tersebut dengan melihat pada ekorku yang pendek dan cengkerangku yang agak kecil berbanding dengan abangku.

Penyu Leather back
    Memperkatakan tentang abangku, abangku penyu Leather back merupakan penyu yang terbesar sekali.  2 meter panjangnya dengan berat badan mencapai 800kg..

Penyu Ridley
    Adikku si penyu Ridley pula begitu kontot sekali..dia hanya berukuran 70cm panjang dan beratnya pula hanya 36kg..!(..)

    Yang menariknya, aku muncul di dunia ini sejak era dinosaur atau sekitar 200 juta tahun yang lalu..aku boleh hidup lebih daripada 100 tahun!..alangkah baiknya kalau aku dapat menikmati keindahan lautan ini di sepanjang usiaku selagi masih ada..
Alangkah indahnya hidup jika tanpa ancaman..
    Aku pencinta lautan..di sinilah duniaku...aku ingin selalu mengibas-ngibaskan keempat-empat kakiku  mengikut rentak ombak untuk pergi ke mana-mana sahaja aku suka tanpa ada sebarang ancaman...aku diciptakan oleh Tuhan sebagai makhluk yang amat pandai berenang walaupun aku tidak memiliki sirip seperti si ikan..namun anugerahku.. kaki yang kuat berselaput..menjadikan aku perenang yang handal..!

    Aku punya kekasih...dan tidak lama lagi aku akan menetaskan telur-telurku...
Aku bertelur di tempat yang sama di tunjukkan oleh nenek moyangku. Seingat ku, aku pernah mendengar manusia menyebut tempat itu iaitu Rantau Abang. Untuk ini, aku sanggup berenang sejauh beratus-ratus kilometer untuk bertelur..

   Telurku tidak ku sepahkan di mana-mana. Aku akan naik ke daratan pantai yang kupilih, ketika air sedang pasang untuk bertelur..pada waktu malam..suasana sunyi dan sepi..

   Telur ku banyak sehingga mencapai jumlah 100-200 biji..aku penat..mataku pedih ketika ini..sebab itulah ada rembesan cecair mengalir keluar dari mataku..yaa..aku mengeluarkan garam dari dalam tubuhku  melalui mataku..manusia kata aku menangis...ya! aku menangis kerana kamu mengambil telur-telurku.

   Aku menangis kerana memikirkan yang aku terpaksa meninggalkan telur-telurku..itu adalah suratannya! kerana telur-telurku di dalam pasir akan melalui proses inkubasi sendiri daripada cahaya matahari pada waktu siang...itulah azalinya... selepas dua bulan..akan keluarlah anak-anakku daripada cengkerang telur mereka...sungguh comel sekali....


   Apabila anak-anakku hadir ke dunia ini..mereka tidak akan pernah sesat untuk kembali ke laut kerana terpanggil oleh deruan ombak..dalam deru ombak itu ada suaraku memanggil-manggil...berbaur bersama alunan muzik ombak...

   Hati-hati anakku..dalam perjalanan ke lautan, kamu akan berdepan dengan pemangsa-pemangsa jahat...si serigala mengintai..si burung jahat..liar memerhatikan kamu..si jerung yang lapar..bisa menelan kamu..merangkaklah..berenanglah selaju mungkin agar kamu cepat sampai ke laut dalam..

      Kepupusan kita didorong oleh mereka...
      Lautan yang tercemar merosakkan terumbu karang tempat kita berlindung dan mencari sumber makanan..kita kehilangan habitat dan sumber makanan..aku sesak nafas..!
Aku sangkakan makanan..rupanya plastik yang akan meragut nyawaku..
       Nelayan pula begitu rakus..mereka menggunakan pukat tunda sehingga begitu ramai saudara-saudaraku terkorban. Telurku mungkin terlalu sedap untuk dimakan..dagingku mungkin akan memanjangkan hayat kamu seribu tahun lagi..dan mungkin mahligai kamu akan bertahan untuk sejuta tahun lagi di dunia ini andai cengkerangku kalian ambil untuk dijadikan perhiasan..tapi ketahuilah..kami semakin pupus... Kami semakin terancam. 
...kasihani kami...

 
 

ini aku si penyu..semakin lemah..dan hanya menanti saat untuk pergi...

di sini bukan dunia ku..

lepaskan kembali aku ke laut...

 ...........


      
Read more...
Read more...

Tuesday 11 October 2011

mengait topi

     Kali ini, aku cuba-cuba untuk mengait topi menggunakan satu jarum. Topi aku buat ni, aku namakan Topi Bantai kerana aku kait- kait jak tanpa panduan...sekadar menghabiskan banyak lagi lebihan benang dari kerja2 mengaitku dulu.


    Seperti selalunya..susah nak berhenti bila dah mula. Setelah menghasilkan 3 topi belang2..pinggang rasanya nak tercabut dari tulang belakang..pas ni..nak rehat panjang ...

   Topi ni, serasanya untuk orang dewasa kerana ukurlilitnya yang agak besar. Benang minlon sesuai untuk menghangatkan kepala..mungkin ianya akan tersimpan sahaja kerana cuaca di tempat aku memang panas sepanjang hari. Tapi yg bestnya..aku boleh katakan " akhirnya aku berjaya juga.."


   Lepas rehat panjang..rasanya aku try2 pula untuk belajar mengait menggunakan 2 jarum...hobiku tak menentu..kejap itu..kejap ini..:D biasalah.. 


  Jeng-jeng...ni la Topi-topi Bantai ku ;) ;




topi bantai ke-2 aku hasilkan..
the 3rd

ni yg first aku buat..bulatnya ada senget2 lagi..

siap..!



 ...end.






  
Read more...
Read more...