Banyak ORI tapi kadang-kadang CIPLAK !
Image by Cool Text: Logo and Button Generator - Create Your Own Logo

Friday 30 September 2011

kepurung ikan sardin

       Kepurung..ohh kepurung. Makanan yang dinamakan Kepurung ini,aku difahamkan adalah makanan orang berbangsa Bugis. Kadang-kadang mereka hanya makan nasi sekali sahaja dan dan masa makan yang selebihnya mereka mengambil Kepurung.

       Bahan yang mesti ada adalah kanji, dan campuran kuah Kepurung boleh menggunakan sayur-sayuran, ayam, tulang, malah ikan sardin juga boleh menjadi 'sup' atau kuah Kepurung. Lalu di tambahkan belacan atau ikan bilis, malah udang kering untuk menghasilkan rasa yang sedap.

     Semasa makan Kepurung..kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk halus, serta lada dicampurkan pada kuah kepurung..selepas itu..telinga serasanya bergoyang-goyang kerana terkena penangan kesedapan kepurung! hahaha.....

    Dan yang paling mengancam adalah menelan bebola kanji yang terapung-apung dalam kepurung.

      Ketika aku dihidangkan kepurung sardin di rumah birasku pada suatu petang, rasanya ada sedikit kelainan ku rasakan apabila menelan kanji yang  dibentuk bulat-bulat itu...almaklumlah..tidak biasa makan..:D.
    
      Beberapa bulan selepas itu, tetiba macam teringin pula aku makan kepurung sekali lagi..hehe..mereka menyenaraikan bahan -bahan untuk membuat Kepurung Sardin - sardin 2 tin,belacan, sayur manis atau sebarang jenis sayur yg akan dicampur adukkan, kanji,ikan bilis, lada, tomato, dan limau.


 Kepurung sardin ini kawan aku dihasilkan dengan;

1. Tumis ikan sardin dengan sedikit minyak lalu campurkan ikan bilis yang sudah ditumbuk bersama belacan yg sudah dibakar.( atau rebus sahaja..)
2. Masukkan hirisan tomato dan sedikit perahan air limau kasturi.
3. Apabila kuah tersebut suam, masukkan kanji yang sudah dibentuk bulat-bulat. Aku diberitahu bahawa kanji akan mencair apabila dicampurkan pada kuah yang masih panas.

4. Masukkan perasa masin-garam dan aji.
5. Sayur-sayuran dan telah dipotong-potong, dicelur berasingan dan dicampurkan pada kuah apabila tiba masa makan. Begitu juga dengan lada. ( atau dicampurkan terus pada kuah kepurung untuk memudahkan kerja orang yang memakannya!


...boleh tahan juga sedapnya..:D !

 Gambar;
kuah kepurung

kanji dicairkan menggunakan air sejuk, kemudian dijerang dengan air panas..dikacau dgn pantas.

aktiviti menguli kanji

menggunakan penyepit untuk menghasilkan bebola kanji

bebola kanji terapung -apung

kacang tak sempat ditumbuk..
lagi kuah kepurung..:D


     ..sedap..! syuk dimakan beramai-ramai...utk masa akan datang kami bercadang nak buat kepurung ayam & tulang lagi..hao liao....


     ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Trimas..
geng-geng kepurung !  
Read more...
Read more...

Wednesday 28 September 2011

1Komuniti 1JPJ

       1 program menarik yang memberikan subsidi sebanyak 50% bagi mereka yang berumur 21 tahun ke atas untuk mendapatkan lesen memandu bagi kenderaan kelas B dan D -motor dan kereta.

      Program seumpama ini telah diadakan di Pitas,selama 2 hari iaitu pada 24 dan 25 September 2011, bertempat di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen, Kudat, di Kampung Indah, Pitas.

       Ianya dianjurkan oleh YB Datuk Rahim Bakri, ADUN N1 Banggi, dengan kerjasama pihak JPJ daerah Pitas dan terbuka kepada penduduk di kawasan parlimen P167 yakni N1 Banggi-Daratan Kanibongan ,N2 Kudat-Tanjung Kapur dan N3 pitas.

       Selautan manusia dengan anggaran 3000-4000 orang mengambil peluang baik tersebut untuk mendapatkan lesen kenderaan. Pada hari pelancaran program tersebut pada 24 Sept 2011, pada hari itu juga diadakan pendaftaran bagi mereka yang berminat, pendaftaran diadakan selama dua hari.


      Terdapat juga penyertaan dari penduduk dari DUN lain, tetapi keutamaan diberikan kepada penduduk dari kawasan P167.

      Pemilikan lesen dalam program ini dipermudahkan dan amat menguntungkan peserta. Selepas subsidi bayaran untuk pemilikan lesen kereta hanya RM 550, manakala untuk pemilikan lesen motor RM200.

        Melalui program tersebut, kelas undang-undang dilaksanakan melalui bengkel yang diwujudkan. 1 bengkel terdapat 50 orang peserta. Dari segi aplikasi, mereka yang belum mempunyai pengalaman membawa kenderaan bagi kelas yang dipilih akan mengikuti kelas pemanduan seperti biasa.

      Walaupun terpaksa berdepan dengan suasana terik matahari pada hari pertama dan kedua program tersebut, para peserta tetap bersabar...mereka difahamkan bahawa jangkamasa paling lama untuk mereka memiliki lesen adalah selewat-lewatnya hujung bulan Nov 2011, setelah melalui proses yang telah diaturkan dalam program tersebut.

      Semoga Suksess...! semoga anda tidak perlu lagi sadaikan kereta di tepi- tepi jalan atau menyimpang di lorong-lorong sempit semata-mata ingin mengelakkan diri daripada road block!

      Tahniah program seumpama ini..!
 
Gambar;
( Hari Kedua pada sebelah petang)













.............................................................................................end.

Thanks;
1. Naybin Majuring
2. Ego Dodong
3.Jumon Masanun
Read more...
Read more...

Sunday 25 September 2011

daun bunga keladi besar...!


   
     Besarnya daun bunga keladi ini..! Aku tanam juga banyak spesis Calladium ni..tapi daunnya taklah sebesar ni..hehe..yg ini, jadi payung pun boleh! Tapi awas..jangan terpegang pada bekas potongan  batang daun keladi ini..Gatal ! 

     Corak pada daun bunga keladi ini begitu terserlah sekali kerana terdedah pada cahaya matahari..salah satu faktor yg membuatkan daun ini begitu lebar adalah disebabkan oleh faktor pembajaan..tanah ditempat dia tumbuh terkena baja..baja kelapa sawit! Aku dapat ini di kebun kelapa sawit :D


....aku ambil daun kamu..sorry yee bunga keladi..besok besok..tumbuhlah lagi..!


end.


   

     
Read more...
Read more...

Saturday 24 September 2011

Maggi dari Seberang...

     "Mee Maggi cepat dimasak sedap di makan"...selalu aku dengar di tv masa dulu-dulu..nak suruh kita beli maggi la tu..
     
        Akupun kadang-kadang suka juga makan maggi...maggi kari terutamanya..dahlah pedas aku tambah lada lagi..baru lah Haoo Liaooo. Makan maggi setiap hari orang bilang bikin mandul..ya ke..?:D. 
       Walau apapun, maggi pilihanku tetap maggi made in Malaysia !


       Jiran seberang pun tak kalah dgn jenama magginya..lain pula spesisnya aku tngok...:D:D;






dot.
Read more...
Read more...

Wednesday 21 September 2011

Filex Agus Kahwin

   Syoknya dengar orang kahwin ni...SELAMAT TINGGAL BUJANG Filex Agus & Lydia semoga bahagia hingga ke anak cucu cicit..!










Read more...
Read more...

Monday 19 September 2011

pattern mengait alas rak

   Lama sudah aku tak jenguk-jenguk blog ku..semuanya gara-gara ingin melihat segera alas rak yang aku buat siap dgn cepat. Susah berhenti..:D
  
   Pattern mengait menggunakan satu jarum ini adalah yang paling ringkas sekali aku rasa..dah hafal..masa-masa senggang walau di mana-manapun boleh buat..sampai rumah baru di sambung-sambungkan..lama2 besar lah ia..hihi..lagipun aku rasa jimat benang!

Pattern 1



cara sambung
siap..
   
Pattern 2




menanti untuk di sambung-sambungkan..





 -----waii ruun na------------------------------
 
Read more...
Read more...

Monday 12 September 2011

Peperiksaan UPSR 2011

    Murid-murid Tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR Tahun 2011 yang bermula hari ini Selasa 13SEPT 2011 sehingga Khamis 15SEPT 2011.


    Dengan doa restu para ibubapa, guru-guru dan usaha gigih selama ini, semoga murid2 yang terlibat memperoleh kesuksessan yang membanggakan setimpal dengan persediaan yang telah dilakukan.

 ......................dot.
Read more...
Read more...

Wednesday 7 September 2011

bedah payudara

       Kecanggihan teknologi dewasa ini khususnya dalam bidang perubatan, mampu mengubah setiap inci pada bahagian tubuh badan kita. Walau bagaimanapun..bergantung pada frasa NO Money..NO Talk...:D

     Ketika surf2 tenet, aku banyak nampak gambar2 terutamanya di kalangan artis barat yang ku lihat memiliki payudara semacam jak..tentu ada sesuatu. Payudara, salah satu bahagian yang ingin diletakkan di bawah mata pisau! samaada nak ditambah atau dimodifiy. Orang putih bilang breast implant..

Calon-calon bagi breast implant
a) Ingin kelihatan cantik dan seksi bila secara azalinya tidak memiliki bentuk atau saiz payudara yang diidam-idamkan.
b) Ingin mengembalikan keanjalan/ penampilan bentuk & saiz payudara yang 'rosak/ merosot' akibat penurunan berat badan yang ketara atau selepas melahirkan anak.
c) Pembentukan semula payudara yang terpaksa dibuang akibat kanser payudara.

Bahan yang digunakan untuk pembentukan/ penambahan semula payudara;
a) Silikon
b) Saline


    Gel Silikon kononnya memiliki kesan tonjolan yang lebih cantik dan real berbanding bahan Gel Saline. Ianya juga dipercayai tidak mudah leaking-bocor

Bagaimana?
Bahan  gel samada Silikon dan Saline akan diselitkan samaada di bawah atau pada bahagian atas otot dada.

Berapa?
   Sekitar 5 000-10 000 dolar, dalam RM sekitar 15-30 ribu..wahh...kalau nak cantik rela berkorban wang ringgit..!
   Kos ini bergantung pada doktor, lokasi dan jenis implant yang digunakan. Sebarang risiko adalah tanggungan sendiri kerana pembedahan kosmetik seperti ini tidak dilindungi insuran!

Risiko;
a) Rasa sakit pada bahagian yg dibedah..memanglah sakit hehe..tapi pelbagai ubat tahan sakit yang orang kampung kategorikan sebagai ubat 'bagus' banyak sehingga sakit tidak dirasai..
b) Perubahan rasa sensasi sekitar areola dan payudara..bukan original mcm tu laa..
c) Pembentukan parut atau bahagian yang dioperate mengeras.
d) Perdarahan
e) Kemungkinan 'leaking'
f)  scary

   Kecantikan dan keseksian payudara yang dimodify tidak kekal..perlu diganti jika terdapat komplikasi, saiznya pula sentiasa berubah-ubah. Bahaya jika terdedah pada tekanan tinggi seperti kejadian di bawah..;

 

 Santapan mata;
Bentuk yang mana satu..? :D

perlu di modify..?

kecik..:D..kureng seksi..!

Bahan implant yg digunakan..

dikesan X Ray..
 
bahan implant diselitkan di bhg bawah otot dada

seksi ke kalau dah sebesar buah kelapa begini..??

berat la woii....!

terkeluar..!

si besar seksi yang menyeksakan..!



cantik sekejap sahaja..




Extra;

...bersyukurlah dgn apa yang ada...jangan kerana nak cantik sangat hingga memudaratkan diri sendiri..oRigiNalkan bagus..:D


Read more...
Read more...